Sunday, 8 July 2012

SUARAM MANIPULASI ISU SCORPENE UNTUK KEPENTINGAN WANG

Benarkah pertubuhan hak asasi manusia, Suaram betul-betul bebas daripada pengaruh politik seperti mana yang didakwa oleh anggota lembaga pengarahnya, Cynthia Gabriel?

Atau Suaram hanyalah sekadar satu unit di bawah PKR dan menjadi corong suara Ketua Pembangkang Anwar Ibrahim?

Tindakan Suaram mengadu perihal isu urusan pembelian kapal selam Scorpene kepada mahkamah Perancis pada 2010 atas dakwaan kononnya wujud elemen rasuah, tidak dinafikan menjadikan pertubuhan itu berprofil tinggi di peringkat antarabangsa.

Apa tidaknya, sebuah pertubuhan bukan kerajaan atau NGO cuba mencabar kewibawaan dan mengheret kerajaan sebuah negara yang berdaulat untuk diadili sebuah mahkamah asing!

Jadi meneliti persoalan samada Suaram benar-benar "Working For Human Rights" atau "Berjuang Untuk Hak Asasi Manusia" sudah tentu menjadi sama penting dengan dakwaan yang dilemparkan dalam kes Scorpene.

Kini terdedah status sebenar Suaram bahawa ia bukanlah sebuah pertubuhan yang didaftarkan di bawah Jabatan Pendaftaran Pertubuhan (ROS) tetapi beroperasi sebagai sebuah syarikat di bawah Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM).

Ini bermakna perjuangan Suaram bukan atas dasar sebuah NGO yang telus dan tidak bermotifkan keuntungan tetapi bertindak sebagai sebuah organisasi yang menjadikan isu hak asasi sebagai sumber pendapatan dan periuk nasinya.

Kalau bukan keuntungan yang dikejar Suaram, bagaimana sebuah NGO, mampu mengumpul dana berjumlah lebih RM1 juta daripada pelbagai sumber sejak tahun 2009?

Malah jika dikaji dengan lebih dekat, kebanyakan bantuan kewangan Suaram datangnya dari yayasan dan pertubuhan antarabangsa yang cukup kaya serta mempunyai kaitan rapoat dengan gerakan Zionis-Yahudi seperti Open Society Foundations milik Geoge Soros dan Tides Foundation.

Kedua-dua pertubuhan adalah pendokong kuat gerakan liberalisme serta agenda golongan homoseksual.

Suaram mengumpul dana lebih RM200,000 ketika mengadakan majlis makan malam bertemakan 'Ops Scorpene 2.0' Jun tahun lalu di mana ia juga berjaya mengutip RM250,000 pada acara yang sama tahun sebelumnya.

Isu Scorpene dijadikan kambing hitam dan yang untung ialah Suaram!

Satu lagi faktor penting mengapa penggerak Suaram mendaftarkan pertubuhan itu sebagai sebuah syarikat dan bukannya NGO adalah faktor pengawalan atau 'control'.

Sebuah NGO memilih kepimpinannya daripada kalangan ahli melalui proses pemilihan semasa mesyuarat agung tetapi sebuah syarikat dikawal selia oleh sebuah lembaga pengarah.

Antara individu yang pernah menyertai lembaga pengarah Suaram termasuklah Ahli Parlimen Batu, Tian Chua, Ahli Parlimen Subang, R. Sivarasa, Dr Syed Husin Ali dan Latheefa Koya, kesemuanya kini bergiat aktif dalam PKR.

Jadim untuk Cynthia mengatakan Suaram tidak kena mengenakan dengan politik adalah satu pembohongan yang jelas.

Individu-individu yang samalah kini terlibat sebagai jaguh isu Scorpene dan menjadi penggerak utama menyerang kerajaan di dalam dan luar negara atas arahan tidak lain tidak bukan Anwar sendiri.

Agenda utama Suaram menjadikan isu Scorpene adalah amat jelas iaitu untuk menjatuhkan kepimpinan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak.

Ini kerana Anwar melihat Perdana Menteri merupakan ancaman paling besar yang boleh mengugat impiannya ke Putrajaya.

Buktinya, sejak Datuk Seri Najib menerajui tampuk pentadbiran negara, Anwar telah melancarkan siri serangan yang bertali arus terhadap Perdana Menteri dengan tujuan melemahkan kepimpinannya dan seterusnya menghakis keyakinan rakyat.

Semua strategi Anwar tidak berjaya, malah populariti Perdana Menteri terus melonjak dan penerimaan serta sokongan rakyat terhadap program pembangunan beliau terus mendapat sambutan padu.

Pembohongan Suaram sudahpun terbongkar dan peranannya sebagai keldai Anwar tidak boleh disembunyikan lagi walau apapun alasan yang diberikan.

Strategi Anwar berlindung di belakang NGO dengan dibantu oleh media antarabangsa yang menjadi balacinya, tidak mudah memperbodohkan rakyat Malaysia.

Kapal selam Scorpene akan menenggelamkan Anwar bersama-sama Suaram dalam lautan konspirasi ciptaan mereka sendiri.

No comments:

Post a Comment