INI berita yang baru penulis terima,
20 ribu keping VCD lucah membabitkan pasangan lelaki dan perempuan yang
didakwa Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Shamsidar Taharin telah sedia
dicetak di Thailand dan akan diedar di Permatang Pauh menjelang
pilihanraya umum ke-13 akan datang.
20 ribu bukan jumlah yang sikit,
perbelanjaan menghasilkannya juga penulis percaya bukan murah. Siapa
atau apa yang mendalangi semua kerja terkutuk ini penulis tidak pasti.
Penulis ada suspeknya tapi penulis tidak ada bukti. Sumber yang
menyebutkan hal ini kepada penulis pun diketahui datang dari pihak
nuetral yang hanya mementingkan wang masuk dari wang keluar.
Belum lagi proses menghasilkan video tersebut.
Sekarang
fahamlah penulis kenapa nama Anwar diletak di 2 kerusi Parlimen (Nibong
Tebal dan Permatang Pauh), kerana ada pihak yang merasakan Anwar
mungkin tewas di kawasan yang selama ini dianggap kawasan selamat,
mengambil kira pendekatan tidak bertamadun yang digunakan musuh.
Dengan jumlah pengundi seramai 58,459
mengikut maklumat dari daftar pemilih terbaru, 20,000 video yang dicetak
ini mampu menjangkau hampir separuh dari pengundi disana. Katakan plus minus yang percaya dan tidak, mungkin sekitar 50%. Itupun sudah masalah besar untuk PKR dan Anwar.
Bagaimanapun, disebalik itu, terselit 2 persoalan besar yang timbul dari pendedahan ini.
Pertama,
bagaimana video yang penulis percaya adalah video sama yang diserahkan
Datuk S Nallakarupan kepada peguamnya untuk tujuan perbicaraan saman
dengan Anwar, boleh terdedah kepada pihak ketiga?
Kedua, dimana kebenarannya bahawa taktik
kotor sebegini tidak lagi mendapat sambutan di kalangan rakyat bila
pendekatan sama masih digunakan oleh pihak-pihak berkepentingan untuk
menjatuhkan aib dan maruah Anwar?
Penulis tidak ada jawapan kepada
persoalan yang pertama tapi penulis minta semua pihak terbabit bersedia
dengan perancangan sesuai bagaimana untuk menghadapi pendekatan kotor
pihak lawan yang dipandang sepi sebilangan dari kita selama ini, seperti
dijelaskan dalam persoalan kedua.
Orang Melayu, senang cakap orang
Malaysialah, memang suka dengan perkara-perkara lucah atau semi lucah
seumpama ini. Undang-undang negara kita yang melarang penayangan
cerita-cerita ‘dewasa’, tidak seperti di barat, menjadikan permintaan
untuk video seumpama ini tidak putus-putus.
Apatah lagi bila penayangan itu dihalalkan kerajaan atas nama ‘mendedahkan perilaku moral pemimpin pembangkang’.
Antara
punca kenapa akhbar-akhbar tabloid seperti Metro dan Kosmo mendapat
permintaan tinggi ialah kerana kegemaran menyiarkan berita ‘berunsurkan
lucah’ ini di muka depan untuk menarik pembaca membeli.
Jadi anggapan sesetengah pihak bahawa
video perlakuan seks membabitkan pemimpin Pakatan Rakyat ini tidak akan
mendapat sambutan, orang sudah muak dan sebagainya, tidak boleh lagi
dipakai.
Kalau orang sudah muak, takkan mereka berani mencetak video lucah ini sehingga 20 ribu keping?
Percayalah, penggunaan video seumpama ini
memang dan akan sentiasa mendapat sambutan kerana nilai sensasi
disebaliknya dan seperti yang disebutkan di atas, ‘dihalalkan’
penayangannya oleh kerajaan kerana membabitkan pemimpin pembangkang.
Yang penting cara bagaimana untuk
mengatasi pendekatan ini supaya kelebihan akan sentiasa memihak kepada
kita. Mungkin kita juga perlu mencipta video sama membabitkan pemimpin
BN pula?
Penulis percaya ini boleh dilakukan, memandangkan teknologi sekarang
membolehkan apa yang dulunya dianggap mustahil, dibuat. Lagipun ramai
di antara kita percaya video seks yang membabitkan Anwar sebelum ini
adalah direka menggunakan teknologi canggih oleh trio Datuk T.
Soal etika perlu diketepikan sementara
kerana sekarang ini fokusnya untuk menang pilihanraya. Kalau nak kira
bukti lengkap, kita tuduh Najib terlibat dalam pembunuhan Altantunya pun
tidak ada bukti lengkap tapi lihatlah kebenarannya, rakyat masih
percaya.
No comments:
Post a Comment