Wednesday, 6 June 2012
Tunku Aziz nasihat Melayu Jangan Pertaruh nasib negara
Menurut Tunku Aziz mentadbir sebuah negara pelbagai kaum seperti Malaysia bukanlah satu tugas yang mudah mudah dan hanya parti atau kerajaan yang mempunyai pengalaman serta rekod cemerlang sahaja mampu melakukannya.
Justeru rakyat terutamanya orang Melayu jangan cuba-cuba buat eksperimen terhadap nasib dan masa depan negara pada pilihan raya umum akan datang kerana kesilapan membuat keputusan bakal menjerumus Malaysia ke dalam situasi tidak menentu seandainya parti dipilih belum bersedia.
Bekas Naib Pengerusi DAP, Tunku Abdul Aziz Tunku Ibrahim yang membuat rumusan itu berkata, sehingga kini pakatan pembangkang yang bercita-cita mahu menggantikan Barisan Nasional (BN) masih lagi bertelagah mengenai soal pembahagian jawatan sehingga gagal membentuk Kabinet bayangan.
Katanya, sebagai sebuah parti yang mahu memerintah negara ini, pakatan pembangkang sepatutnya sudah menyelesaikan soal pembahagian tersebut lebih awal dan bukan hanya akan berbuat demikian selepas mereka berjaya menawan Putrajaya.
"Kalau mereka berjaya menawan Putrajaya dan pada masa itu bertelagah siapa akan jadi Perdana Menteri dan siapa Timbalan Perdana Menteri. Kedudukan apa yang akan diserah kepada Pas, Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan DAP, apa akan jadi kepada negara?
"Sebaik sahaja anda (pembangkang) melangkah ke Putrajaya, rakyat mahu tahu (senarai Kabinet) atau dalam kata lain negara tidak boleh tunggu. Sebab itu saya cakap mentadbir Malaysia yang terdiri daripada pelbagai bangsa bukan tugas mudah, ia tugas yang sangat kompleks.
"Tapi semua parti akan mendakwa mereka layak dan kalau begitu (dalam kes pembangkang) tunjukkan dulu Kabinet bayangan bagi memberi keyakinan kepada rakyat," katanya pada sidang akhbar di rumahnya di Bandar Sri Damansara, di sini hari ini.
Dalam pada itu, ditanya mengenai kenyataan terbuka Pengerusi DAP, Karpal Singh yang mahu bukan Melayu menjadi Perdana Menteri, Tunku Abdul Aziz berkata, sudah diduga itulah pendirian DAP sejak dulu lagi. Mereka mahukan supaya Pelembagaan Persekutuan yang memperuntukkan orang Melayu sebagai syarat diubah, kerana bagi mereka sudah tidak relevan lagi.
No comments:
Post a Comment