Monday, 25 June 2012

Sepina: Suaram Penipu Nombor 1 Di Malaysia

SETELAH penipuan Penyelaras SUARAM (sebut PKR), Cynthia Gabriel pada 15 Jun 2012 berhubung pengeluaran satu sepina oleh Mahkamah Perancis berhubung dengan skandal pembelian kapal selam Scorpene terbongkar, Malaysiakini semalam memetik sumber dari sekratariat NGO tersebut yang terus mempertahankan kenyataan Cynthia dengan memberi alasan yang penulis petik, “"Penghantaran sepina sedang dibuat dan akan mengambil masa beberapa hari. Kami tiada maklumat lanjut bilakah tempoh waktu sebenar untuk proses ini”

Masuk akalkah, dari 15 Jun sehingga sekarang (22 Jun), sejak Cynthia membuat kenyataan tersebut, sepina itu masih tidak sampai kepada penerimanya di sini yang dikenali sebagai Jasbir Singh Chahl?

Kita tidak bercakap tentang zaman-zaman dahulu bila mana serba serbinya berbentuk manual.  Zaman hari ini, semuanya semudah menekan butang di keyboard. Oleh itu, sangat-sangat mustahil sepina yang disebut Cynthia “dalam perjalanan” pada 15 Jun itu masih tidak tiba sehingga sekarang!!

Orang yang dinamakan dalam sepina tersebut pun sudah menafikan ada menerima sebarang sepina dari Perancis.  Kalau itu tidak cukup, wakil Kedutaan Perancis di Malaysia, Laurent Lemarchand (Penolong Ketua Misi) sendiri telah menafikan bahawa Mahkamah di negaranya ada mengeluarkan sepina ke atas Jasbir seperti yang di dakwa Cynthia.

Bukan setakat Jasbir, malah tidak ada sepina dikeluarkan kepada mana-mana rakyat negara ini berhubung dengan kes tersebut.

Untuk pengetahuan semua, peranan kedutaan Perancis dalam hal ini sangat penting kerana prosedur kehakiman Perancis yang berbeza dengan Malaysia.  Kalau benarlah seperti dakwaan Cynthia ada sepina yang dikeluarkan, kedutaan Perancis akan menjadi pihak yang pertama di negara ini tahu mengenainya, sebelum Kementerian Luar dan Polis Diraja Malaysia (PDRM).

Ini kerana mengikut prosedur perundangan  di Perancis, mereka tidak memerlukan saksi tersebut hadir di Mahkamah dalam tempoh siasatan, sebaliknya hanya menjawab soalan-soalan yang telah disediakan.

Ya, siasatan, kerana seperti dimaklum SUARAM sendiri di Bangkok pada 30 Mei, siasatan kes ini oleh Mahkamah Perancis masih berjalan dan mungkin mengambil masa antara 2 hingga 3 tahun.  Itu yang pelik bagaimana pada 30 Mei mereka sendiri menerangkan yang siasatan masih berjalan (di Bangkok), pada 15 Jun mereka memaklumkan sepina sedang dalam perjalanan.

Sepina apa kalau perbicaraan pun tidak ada?

Ini yang kita katakan SUARAM ini sebagai penipu nombor satu selain membayangkan kecelaruan ketara yang berlaku dalam Pakatan Rakyat.  Dikalangan mereka sendiri pun sering bercakap perkara yang bercanggah antara satu sama lain.  Tujuannya untuk membodoh-bodohkan rakyat selain mencipta sensasi untuk menjual meja (SUARAM mengadakan majlis makan malam mengutip derma pada 15 Jun) bagi mendapatkan dana, kononnya untuk membiayai Ops Scorpene 2.0.

Ini tidak jauh beza dengan Anwar mengumumkan kononnya ada beberapa ahli Parlimen dan bekas pemimpin UMNO Sabah yang akan melompat parti dalam kunjungannya ke negeri tersebut pada 10 Jun 2012.  Sama seperti kes SUARAM ini juga, pada malam itu juga diadakan majlis sama untuk mengutip derma bagi tujuan persediaan pilihanraya PKR Sabah.

Ini bukan kali pertama berlaku, peristiwa 16 September 2008 dan beberapa kes-kes kecil selepas itu menunjukkan bahawa Pakatan Rakyat adalah pertubuhan haram politik yang gemar mencipta sensasi untuk membodohkan rakyat.  Kita semua tidak lupa bagaimana galaknya Anwar bercakap tentang penipuan dalam pilihanraya sehingga mencetus Bersih 1, 2 dan 3 tapi dalam masa yang sama dia menyatakan keyakinan yang pembangkang akan menang sekian-sekian kerusi dan memperolehi kemenangan selesa.

Disitu pun dah nampak tak betul, bagaimana kata UMNO/BN menipu dalam pilihanraya tapi kemudiannya mendakwa Pakatan boleh menang?

Semua ini sepatutnya memberi alasan kepada rakyat kenapa BN perlu dipertahankan.  BN mungkin bukan kerajaan yang sempurna (siapa yang sempurna pun), tapi BN tidaklah bersandiwara sebegini hebat, dan dalam masa yang sama cuba membodoh-bodohkan rakyat

No comments:

Post a Comment