Tuesday, 12 June 2012

PENCURI ENJIN JET F-5E DILANTIK SEBAGAI PENASIHAT MAJLIS RUNDINGAN KESELAMATAN PKR!!!


Salam Saudara Askar Setia. Merujuk kepada entri Saudara mengenai pendedahan latar belakang Dato' Abdul Hadi Al Khatab, saya merasa terpanggil untuk menyatakan sedikit mengenai beliau kerana saya pernah berkhidmat dengannya dahulu. Penjelasan Saudara amat tepat dan memang benar seperti apa yang dikata bahawasanya saya amat terperanjat kerana pengkhianat seperti beliau telah menyertai PKR. apakah nasib pertahanan megara kita?

Saya bukanlah tidak mahu menghormati pangkat tauliah Brigadier Jeneral yang dimiliki oleh Dato’ Abdul Hadi bin Abdul Khatab, tetapi, jelas berdasarkan Perenggan 4 dan 5 PMAT Bilangan 1 Tahun 1975, Dato' telah dibatalkan tauliah daripada Perhidmatan Angkatan Tentera dibawah Seksyen 9, Akta Angkatan Tentera 1972 – yang membatalkan tauliah tetap seseorang pegawai tentera serta merta.
Menyokong dan menyertai mana-mana parti politik merupakan hak seseorang individu lebih lebih lagi kepada mana-mana pesara tentera. Namun, sebaik sahaja Dato’ menyertai PKR pada November 2011, saya sudah mengagak bahawa ada sesuatu yang tidak kena.

Persoalannya mudah. Siapa yang memperalatkan siapa? Adakah Dato’ mahu melakukan ‘come back’ dan menggunakan platform parti politik PKR untuk membalas dendam terhadap perkhidmatan yang telah menyediakan pelbagai kemudahan dan faedah dahulu atau PKR sendiri yang senyap-senyap memperalat Dato’ sebagai ‘Kepala Tentera Semut’ yang akan mencuri sedikit demi sedikit perihal dan isu dalam Angkatan Tentera Malaysia untuk modal politik murahan mereka?

Saya ada menonton ceramah-ceramah Dato’ di internet. Saling tidak tumpah seperti ceramah-ceramah politik murahan yang disulami dengan cemuhan dan maki hamun dan menggambarkan pemikiran dunia ketiga yang dibudayakan oleh parti pembangkang.

Dato’ bukanlah seorang murahan dan pendek akal kerana semasa berkhidmat dengan TUDM dahulu, pelbagai peluang kursus termasuk di luar negara seperti di Amerika Syarikat telah Dato’ perolehi. Bukan itu sahaja, Dato’ telah ditauliahkan ke pangkat Brigadier Jeneral (2001) dan pernah menjadi Panglima Logistik Udara (dari tahun 2003 hingga 2007).

Ia merupakan satu jawatan ‘impian’ untuk mana-mana pegawai TUDM kerana jawatan tersebut merupakan lubuk emas kepada segala macam kontrak dan tender TUDM. Janganlah Dato’ lupa bahawa Dato’ merupakan seorang pegawai tentera yang dahulunya berada dalam fast-lane kerana ditauliahkan ke pangkat Kolonel TUDM dalam umur 40an sahaja.
Dato’, cerita mengenai ‘makan lebih’ semasa menjawat jawatan sebagai Panglima Logistik Udara bukanlah cerita baru. Saya dan Pegawai-Pegawai TUDM yang pernah berkhidmat dibawah pemerintahan Dato’ tahu cerita dan latar belakang Dato’. Tetapi tidak mengapa kerana what happened there, stay there. Dato’ telah disabitkan kesalahan kerana kehilangan 2 buah enjin jet F-5E dari Matra 1 dan benar, pesalah yang terlibat, telah dikenakan tindakan.

Tetapi, bukankah Dato’ sebagai Panglima Logistik Udara juga perlu dipertanggungjawabkan kerana kehilangan enjin-enjin berkenaan? Tidak cukupkah segala kekayaaan yang Dato’ perolehi semasa menjadi Panglima Logistik Udara dan kini, Dato’ berlakon seolah-olah menjadi mangsa ‘kekejaman’ pihak kerajaan walhal Dato’ mahu melepaskan tanggungjawab dan cuci tangan diatas kecuaian Dato’ sendiri?

Adakah Dato’ tidak sedar implikasi yang bakal Dato’ hadapi? Ketahuilah kerana lebih ramai yang akan membuka pekung dan kesalahan yang Dato’ lakukan dahulu kesan daripada tindakan ‘kurang cerdik’ yang Dato’ lakukan.
Ironinya, agak mencuit hati apabila saya melihat Dato’ bersikap sama seperti ahli politik yang lain kerana pandai meletakkan kesalahan diatas orang lain. Siri ceramah Dato’, kenyataan media yang Dato’ lakukan telah menjelaskan bahawa Dato’ bukanlah seorang insane yang tahu bersyukur dengan nikmat dan kemudahan yang Dato’ perolehi selama ini.

Lebih mencuit hati apabila PKR telah menanam kepercayaan kepada Dato’ untuk mengepalai Majlis Rundingan Keselamatan walhal sikap cuai dan alpa yang Dato’ pamerkan telah menyebabkan dua enjin F-5E milik TUDM hilang. Persoalan yang sama ingin saya ajukan. Adakah PKR memperalat Dato’ untuk kepentingan parti atau Dato’ menggunakan PKR untuk mengaut lebih banyak keuntungan dimasa hadapan?
Lebih mencuit hati apabila Dato’ berlagak seperti hero kerana mahu berbicara tentang isu kapal selam scorpene walhal Dato’ bukanlah individu yang layak untuk membicarakan isu berkenaan. Kenyataan media yang Dato’ lakukan bersama-sama YB Azmin Ali tidak mempunyai apa-apa maklumat yang bermanfaat dan ia kosong sama seperti ceramah-ceramah politik yang Dato’ lakukan. Bagaimana ‘orang udara’ mahu bercerita mengenai ‘aset orang laut’?

Dato’ jangan lupa, masih terdapat ratusan pegawai dan anggota yang tahu kisah, latar belakang dan berapa banyak juta RM yang Dato’ perolehi semasa menjawat jawatan Panglima Logistik Udara.
Sebelum terlupa, Dato’ janganlah lupa sumber rezeki yang Dato’ telah berikan kepada Datin Zabedah, Fariz Hirzi dan Fadhli Hirzi. Rezeki yang telah menjadi darah daging hasil dari kerusi Ringgit Malaysia yang Dato’ duduki semasa menjadi Panglima Logistik Udara dahulu.

Kini, janganlah kerana mahu mengejar kekayaan dengan cara mudah, Dato’ telah berpaling tadah dan menjadi ‘pengkhianat negara’ dengan menjaja lebih banyak pembohongan melampau dalam ceramah-ceramah Dato’. Dato’ tidak ubah seperti haiwan Chameleon yang berubah-berubah warna kulit, sama seperti geralan political chameleon untuk Anwar Ibrahim.

Mudah-mudahan kita sama-sama memperoleh manfaat di Hari Pengadilan dan dipermudahkan untuk meniti titian Siratul Mustaqim.
Daripada: Log TUDM People

p/s: Terima kasih Tuan diatas Surat Terbuka yang diberikan. Askar Setia akan terus menyokong segala usaha untuk menghapuskan pengkhianat negara. ATM bukanlah satu entiti untuk diperjudikan dan amaran untuk pengkhianat-pengkhianat ATM diluar sana...


My eyes is on You!

SUMBER ASKAR SETIA

No comments:

Post a Comment