Thursday, 3 May 2012

TERBARU! WARTAWAN BUAT DEMO BANTAH KEGANASAN PERUSUH & SAMAN AMBIGA ANWAR...

Anda baca dulu laporan di bawah :
KUALA LUMPUR 2 Mei: Sekumpulan wartawan merancang mengadakan demontrasi depan pejabat Malaysiakini di Bangsar Utama di sini, membantah kekerasan polis terhadap pengamal media.

Ia bersempena Hari Kebebasan Media Sedunia esok, selain kekerasan pihak berkuasa itu terhadap wartawan dan jurugambar sepanjang perhimpunan Bersih 3.0 Sabtu lalu.

Wartawan dan jurugambar disaran memakai pakaian hitam & riben kuning jam 12 tengah hari esok, sebagai tanda solidariti.

Pengerusi Kumpulan Aktivis Media Independen (Kami), Ahmad Lutfi Othman berkata, sebanyak 10 kes yang melibatkan wartawan dan jurugambar dikasari oleh pihak polis.

"Kami sedang berunding dengan peguam Mohamed Hanipa Maidin untuk mengambil tindakan undang-undang kepada polis dan kerajaan untuk bawa kes ini ke mahkamah seberapa segera," katanya dipetik MalaysiaKini - SuaraKeadilan.
MiM ingin bertanya kepada kumpulan wartawan yang buat demo itu, bagaimana pula dengan rakan-rakan wartawan mereka yang dibelasah oleh perusuh-perusuh Bersih 3.0?

Kenapa mereka tutup mata dan buat-buat bodoh sahaja dengan kecederaan dan kerosakan kenderaan wartawan-wartawan tersebut?

Apakah mereka bersikap pilih kasih dan hipokrit tidak mahu memperdulikan rakan wartawan yang terpaksa mendapatkan rawatan di hospital?

Kenapa mereka tidak mahu mengambil tindakan undang-undang terhadap pihak Bersih 3.0 dan samseng-samseng yang membelasah wartawan Al-Hijrah dan Malay Mail itu?

Lihat di bawah :






Jika kumpulan wartawan yang mahu buat demo itu tidak mempertahankan rakan-rakan wartawan di atas, mereka memang layak dipanggil keldai tunggangan parti pembangkang!

So, jangan hipokrit. Tunjukkan solidariti anda yang sebenarnya dengan prihatin kepada wartawan Al-Hijrah dan Malay Mail. Saman Ambiga, Anwar Ibrahim dan Bersih 3.0 kalau anda berani!!
SUMBER

No comments:

Post a Comment