Wednesday, 16 May 2012

Presiden KERABAT Lt Kol(B) Mohd Nazri berikrar akan mempertahankan Ambiga



Presiden Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT)Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang menjadi kuda tungangan Anwar Ibrahim sedih apabila melihat sekumpulan bekas tentera mengadakan 'senaman punggung' depan rumah pengerusi bersama BERSIH Datuk S Ambiga.


Beliau berikrar akan mempertahankan Ambiga jika ahli-ahli Persatuan veteran Tentera Melayu mengapa-apakan Ambiga.

Kelab Kebajikan Veteran dan Pesara Tentera (KERABAT) yang ditubuhkan untuk menarik sokongan bekas tentera terhadap pembangkang terutamanya Anwar Ibrahim menyifatkan senaman aneh di Bukit Damansara pagi tadi bertentangan dengan prinsip kesopanan dan kesusilaan yang diterapkan dalam Rukun Negara.

Presidennya, Lt Kol (B) Mohd Nazari Mokhtar yang juga menyertai perhimpunan haram Bersih 3.0 berkata berkata tindakan itu tidak mencerminkan usia anggota pertubuhan itu yang telah bersara daripada perkhidmatan.
Senaman anjuran Persatuan Veteran Tentera Melayu (PVTM) pagi tadi bertujuan membantah penganjuran perhimpunan BERSIH pada 28 April lalu yang menimbulkan huru-hara sehingga mendatangkan kerosakan harta benda, kecederaan terhadap pihak polis dan kerugian kepada peniaga-peniaga Melayu di Kuala Lumpur.

Mohd Nazari berkata lagi kemungkinan KERABAT akan membuat tindakan balas terhadap perbuatan PVTM terhadap pemimpin tersohor mereka Ambiga.



Periksa punya periksa rupanya si Nazari ni bekerja dengan PKNS dibawah Anwar Ibrahim patutlah sanggup berjuang dan sanggup mampos demi Ambiga.

No comments:

Post a Comment