Wednesday, 16 May 2012

Polis Keluarkan Bukti Klip Video Peserta BERSIH 3.0 Sedia Untuk ‘Mati’

ambing hitam diperlukan,nyawa mahu dijadikan taruhan agar dapat menghasut rakyat kononnya polis dan kerajaan adalah zalim. Sebolehnya mereka mahukan revolusi Arab Spring seperti berlakunya di Mesir,Tunisia,Libya dan Bahrain.

Bersih 3.0 adalah rusuhan ganas,Haprak pakatan sedang dalam proses mahukan lebih banyak rusuhan dan keganasan dalam Bersih 4.0 kononnya jika keputusan PRU13 nanti jika tidak menyebelahi mereka maka pilihanraya itu adalah satu penipuan.

Timbalan Ketua Polis Negara, Datuk Khalid Abu Bakar hari ini menyokong dakwaan Menteri Dalam Negeri, Datuk Seri Hishammuddin Hussein bahawa terdapat unsur-unsur semasa perhimpunan BERSIH 3.0 yang mahu menyebabkan kematian.

Ini, katanya, berdasarkan kepada bukti video yang dikumpul oleh polis semasa perhimpunan tersebut.

Khalid berkata polis mempunyai klip video bahawa memang ada pihak yang mahu kematian berlaku.

Bercakap dalam satu sidang akhbar di Kuala Lumpur hari ini, beliau berkata, bukan menteri sahaja yang berkata demikian, tetapi pihak polis juga mempunyai bukti.

Klip itu, katanya, menunjukkan seorang individu membuat kenyataan mengenai kematian semasa bantahan pada 28 April.

Beliau berkata, pihaknya mempunyai rakaman klip seseorang yang mengatakan bahawa walaupun lima orang mati pun tidak mengapa.-sumber

Read more: http://www.pisau.net/2012/05/polis-keluarkan-bukti-klip-video.html#ixzz1uwSZTB70

No comments:

Post a Comment