Esok, 5 Mei bakal mencipta sejarah. Dijangkakan 30 ribu rakyat, bermula jam 1.45 tenghari; bakal membanjiri Dataran Plaza Angsana Johor Bharu. Kehangatan Himpunan Bersih 3.0 yang dihadiri 250,000 rakyat akan bersambung ke Negeri Johor; kubu terkuat Barisan Nasional. Isu Pulau Batu Putih, Penyenaraian Felda Global Venture ke Bursa Malaysia, penyerahan tanah KTM Tanjung Pagar, masadepan Penduduk Pengerang disebabkan projek Pembangunan Bersepadu Petrokimia, perampasan tanah rakyat, perobohan rumah Peneroka Bandar dan siri-siri kezaliman terhadap rakyat bakal dizahirkan dalam himpunan terbesar di Selatan tanahair. Suara rakyat adalah suara keramat. Terlalu lama rakyat bersabar. Tangisan dan derita rakyat tidak dipeduli kerajaan BN yang terus2an merampas tanah rakyat. Sudah kering air mata rakyat. Laporan Polis sudah, hantar memorandum pun sudah. Apa kesudahannya? Berkorban rakyat hingga ke Parlimen dan Putrajaya mencari pemimpin mereka. Tiada yang sudi bertemu muka. Mana janji pemimpin BN, apa yang telah dilakukan oleh Wakil Rakyat mereka? Kini, Plaza Angsana akan menerima ' tetamu yang paling ramai'. Selamat Datang kepada pencinta kebenaran dan teman-teman seluruh negara. Kita tamatkan keangkuhan dan kesombongan Kerajaan BN di Johor. Ini perhimpunan Aman. Kita bukan nak bermusuh dengan polis. Kita mahu beri isyarat kepada Kerajaan BN. Selesaikan segera masalah rakyat....atau Kerajaan BN bakal berkubur selepas PRU 13! * Penulis adalah Pengerusi Himpunan Tanah Rakyat (Tanah) merangkap Pengerusi Lajnah Pembangunan Tanah Dan Wilayah PAS Pusat
Saturday, 5 May 2012
MAZLAN ALIMAN 'MERASUK' DI JOHOR HARI INI(5/5/2012)
KENYATAAN DARI BLOG PEMBANGKANG.....
No comments:
Post a Comment