Wednesday, 9 May 2012

Luahan hati ibu Azmin, bukan plot Umno....

Luahan hati ibu Azmin, bukan plot Umno

8 Mei 2012
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali
KUALA LUMPUR - Pergerakan Puteri Umno hari ini menafikan dakwaan Timbalan Presiden PKR, Azmin Ali bahawa luahan hati ibunya, Che Tom Yahaya yang disiarkan baru-baru ini adalah plot cerita yang direka oleh parti itu.

Sambil menyifatkan tuduhan itu tidak berasas, Ketua sayap Datuk Rosnah Abdul Rashid Shirlin berkata Puteri Umno kesal dengan dakwaan Azmin bahawa wawancara tersebut dirancang Umno.

"Ini adalah satu tohmahan sempit untuk mengatakan Umno ada kuasa untuk mempengaruhi hubungan darah daging antara ibu dan anak. Jika wujud pergeseran dalam keluarga, Azmin sebagai anak dan orang penting dalam PKR serta pemimpin seharusnya menunjukkan teladan yang baik," katanya dalam kenyataan, di sini hari ini.

Rosnah yang juga Timbalan Menteri Kesihatan, berkata Puteri Umno berharap Azmin dapat mengambil iktibar daripada isu itu, selain cuba memperbaiki hubungan beliau dengan keluarga, tidak menyalahkan orang lain serta mengaitkan apa-apa perbuatan dengan agenda politik.

Sambil menegaskan bahawa Umno tidak mempunyai sebarang kaitan dengan isu tersebut, Rosnah berkata apa yang jelas sekarang adalah pemimpin pembangkang itu sudah tersepit akibat perbuatan sendiri.

"Rakyat sudah makin pandai menilai dan akan melihat pemimpin dari pelbagai sudut. Sebagai seorang anak, Azmin harus ingat bahawa keredaan ibu adalah penting untuk menghadapi kehidupan dunia dan akhirat kelak," katanya. - Bernama
sumber

No comments:

Post a Comment