Tuesday, 22 May 2012

'Kami benci keganasan'

MOHD FIRDAUS YON
21 Mei 2012
Syahrin (kanan) membakar baju-T Bersih 3.0 sebagai tanda protes kepada perhimpunan itu.
Syahrin (kanan) membakar baju-T Bersih 3.0 sebagai tanda protes kepada perhimpunan itu.
JOHOR BAHRU - Lebih 200 ahli Pergerakan Pemuda Umno Bahagian Tebrau mengadakan bantahan secara aman di perkarangan pusat membeli belah Jusco Tebrau, di sini, sebagai tanda mengutuk perhimpunan Bersih 3.0, 28 April lalu.
Bantahan diketuai oleh Ketua Pemuda Umno Bahagian Tebrau, Syahrin Md Jamaludin itu bermula sekitar jam 2.30 petang dengan mengagihkan risalah berhubung keburukan perhimpunan Bersih 3.0 dan mengedar balon kepada pengunjung pusat membeli belah berkenaan.
Kesemua Pemuda Umno Bahagian Tebrau yang hadir kemudiannya membakar pakaian perhimpunan Bersih 3.0 yang dipakai ketika kejadian di sebuah kawasan lapang berdekatan pusat membeli belah itu.
Syahrin berkata, bantahan itu diadakan untuk mengetengahkan suara ‘orang muda’ dalam kawasan Parlimen Tebrau terhadap perhimpunan itu yang disifatkan sebagai kotor.
"Kita menentang perhimpunan haram itu kerana jelas menerusi gambar dan laporan polis mendapati Bersih 3.0 sudah membohongi rakyat, Ia tidak aman dan didukung oleh pertubuhan bukan kerajaan (NGO), juga diperkudakan oleh pembangkang.
"Lebih penting, bantahan hari ini diadakan untuk menolak tindakan Bersih 3.0 yang mengadakan perhimpunan haram di Jusco Tebrau kerana ia menyinggung perasaan kami yang inginkan keamanan.
"Mengapa tempat membeli-belah untuk kita bersiar bersama keluarga dicemari dengan Bersih 3.0?," katanya kepada pemberita ketika ditemui selepas bantahan berkenaan, di sini, semalam.
Syahrin berkata, bantahan dibuat juga merupakan satu isyarat kepada Pengerusi Bersih 3.0, Datuk S Ambiga bahawa tempat awam tidak wajar dijadikan lokasi demonstrasi seperti 28 April lalu.
"Kalau Ambiga rasa terseksa dan tidak selesa dengan adanya gangguan orang menjual ‘burger’ serta melakukan senaman punggung di rumahnya, begitu juga perasaan kami yang rasa terhina dan tersinggung apabila tempat awam kami digunakan untuk dijadikan demonstrasi Bersih yang kononnya yang aman dan elok.
"Kami juga menyokong kerajaan dan polis seterusnya meminta agar membuat yang terbaik bagi memelihara keamanan di negara ini termasuklah negeri dan kawasan Parlimen Tebrau," katanya.
Mengulas mengenai cadangan penganjuran perhimpunan Bersih 4.0, Syahrin tidak menolak kemungkinan perkara berkenaan akan diadakan sebagai alat menimbulkan kekacauan dan memberi imej negatif negara di mata dunia luar.

SUMBER

No comments:

Post a Comment