Tuesday, 15 May 2012

Gaji minimum RM1'100 kalau saya jadi PM... - Anwar AlJuburi.

Gaji minimum RM1,100 yang ditawar Pakatan Rakyat kepada golongan pekerja tetap dilaksana jika gabungan itu diberi mandat mentadbir negara pada Pilihan Raya Umum (PRU) akan datang, kata Datuk Seri Anwar Ibrahim.

Ketua Pembangkang itu berkata, pelaksanaan tersebut diputuskan selepas mengambil kira pandangan pelbagai pihak termasuk kesatuan sekerja, majikan dan pakar ekonomi.

“RM1,100 ini, kalau kita ambil kira persekitaran ekonomi semasa masih rendah kerana harga barang tinggi, minyak masih tidak diturunkan selain tol terus membebankan rakyat, namun kita tetap komited melaksanakannya,” katanya pada Himpunan Pekerja di Stadium Malawati Shah Alam semalam.

Ketua Umum KEADILAN itu turut menempelak Najib ekoran gaji minimum BN yang membeza-bezakan antara pekerja di Semenanjung serta di Sabah dan Sarawak.


p/s: Barua Yahudi ni buat janji lagi... Bodoh lah kalau sesapa yang percaya... Kekekekekeke....
sumber

No comments:

Post a Comment