Thursday, 22 March 2012

Azizan Perlu Diganti Segera Elak Kedah Tumbang

Azizan Perlu Dganti Segera Elak Kedah Tumbang

KETIDAKUPAYAAN Menteri Besar Kedah, Datuk Seri Azizan Razak memimpin kerajaan Kedah sekarang semakin hebat diperkatakan.  Terbaru beliau dilapurkan akan mengambil cuti panjang dikala soal perlantikan 2 Exco Kedah iaitu, Datuk Phahrolrazi Zawawi dan Datuk Dr. Ismail Salleh masih belum selesai.
Azizan sekarang ibarat Jeneral yang hidup dalam ketakutan.  Penulis dimaklumkan, Azizan telah memecat salah seorang pemandunya kerana disyaki menjadi talibarut kepada Phahrolrazi minggu sudah.
Bagaimana Azizan boleh terfikir untuk pergi bercuti dikala masih banyak masalah yang perlu diselesaikan, agak membingungkan penulis.  Sememangnya sikap ini menunjukkan pergolakan politik yang dikatakan sudah selesai itu, masih tidak selesai lagi.  Masih ada yang berbaki dimana-mana, cuma tak tahu dimana.
Dalam masa yang sama tindakan ini menggambarkan kualiti kepimpinan Azizan yang begitu lemah dan boleh menjadi senjata pihak lawan untuk menjatuhkan kerajaan Kedah dan Pakatan Rakyat dalam masa yang sama.
Tidak cukup setakat itu, Azizan juga memberi ‘senjata’ kepada UMNO apabila menganugerahkan kontrak bernilai jutaan ringgit kepada syarikat yang ada kaitan dengan parti tersebut yang keuntungan dari projek itu kemudiannya akan digunakan untuk menguatkan kempen politik mereka dalam pilihanraya akan datang.
Laman ini berpendapat, semua justifikasi di atas sudah cukup untuk mengatakan Azizan adalah seorang pemimpin yang tidak boleh diharap untuk memimpin Pakatan Rakyat dan PAS dalam menghadapi pilihanraya akan datang.
Kedah dan PAS perlukan seorang pemimpin dengan halatuju dan kualiti kepimpinan baru dengan segera, atau kita menghadapi risiko kehilangan Kedah.  Ini adalah hakikat yang perlu diterima semua pihak.
Tidak ada apa yang pasti sekarang.  Pulau Pinang yang satu ketika dilihat bakal menjadi kubu kuat DAP buat satu ketika yang lama juga, menghadapi risiko jatuh ke tangan BN.  Ini dapat dilihat dari kenyataan Ketua Menteri, YB Lim Guan Eng, dalam akhbar Nanyang Siang Pau pada Selasa, bila bercakap tentang penggunaan wang dan jentera BN yang dilihat terlalu berkuasa untuk diatasi Pakatan Rakyat.
Hakikatnya, setiap negeri adalah penting.  Dalam satu pertemuan 2 malam sudah di Tropicana, Pengarah Eksekutif Merdeka Center, Ibrahim Suffian telah memklumkan bahawa Pakatan Rakyat boleh melupakan hasrat untuk menawan negeri-negeri lain, yang perlu diutamakan ialah mengekalkan kuasa di negeri-negeri sedia ada.
Jadi amat penting untuk PAS dan Pakatan Rakyat mengambil berat situasi di Kedah dan mengatur strategi yang sesuai.  Yang penulis lihat ialah, menyingkirkan Azizan adalah jalan terbaik kerana jelasnya beliau telah hilang sokongan di kalangan anggota Exconya sendiri dan menjadi liabiliti kepada Pakatan Rakyat.
Penulis tidak rasa kesannya begitu besar kerana kajian menunjukkan sokongan yang hilang dengan penyingkiran Azizan amatlah kecil dan tidak begitu mengancam kerajaan Pakatan Rakyat Kedah.  Memang ada kesan, tapi kesan yang sangat-sangat minima.

2 comments: