Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday, 14 September 2014

#PRKPengkalanKubor : Wan Rosdi Nak Lari ??? #PengkalanKubor #PrkDR

Inikah contoh pemimpin yang patut kita ikuti? 
Black mendapat berita bahawa calon PAS di PRK Pengkalan Kubor mempunyai saman yang masih tertunggak.


Dah kena saman pun tak bayar. Sudah la buat salah. Tidak mengakui kesalahan yang dilakukan. Inikah contoh pemimpin yang patut kita contohi?
Wan Rosdi bukannya tidak ada duit untuk bayar saman, tetapi melarikan diri dari membayar saman.
Saman yang dinyatakancitu ialah kenderaan yang dimiliki oleh Wan Rosdi iaitu DAJ 9916 pada 10 Disember 2011 dan 27 Ogos 2014 berjumlah RM 400.00 . Itupun tak mampu nak bayar ke? Kontraktor takkan tidak ada duit ? Kesalahannya itu ialah meletak kenderaan dimerata tempat. Memang tiada disiplin sungguh Wan Rosdi ni.

Saturday, 13 September 2014

#PengkalanKubor : Permainan Conteng Muka Telah Bermula #PrkDR



Pagi tadi baru sahaja penamaan calon bagi PRK N01 Pengkalan Kubor. Namun permainan menconteng banner calon dibuat. Black meninjau sekitar Bandar Pengkalan Kubor. Terdapat banner calon Barisan Nasional telah di 'spray' cat merah di muka calon iaitu Hj Mat Razi, Dato' Mustafa dan Tan Sri Mahyuddin.
Black percaya ini adalah perbuatan khianat orang yang tidak bertanggungjawab terhadap calon BN. Black tidak menuduh sesiapa, namun perbuatan ini adalah amat keji dan tidak profesional tentang pilihanraya. Sekiranya manusia durjana ini betul-betul berani, semburlah cat di muka calon yang sebenar. Black percaya orang yang 'spray' muka calon BN di banner tersebut tak de TELOQ. Konon macam berani, tapi rupanya pengecut.
Black amat mengharapkan agar perkara ini tidak berulang lagi kerana ini membuktikan bahawa tidak ada sifat profesional dalam pilihanraya di Malaysia ini khasnya di Pengkalan Kubor.

#PRKPengkalanKubor : Terbukti DAP tolak PAS !!! #PrkDR

Dapatan yang Black dapat pada hari penamaan calon di perkarangan Pejabat Daerah dan Tanah Jajahan Tumpat, tiada seorangpun pimpinan DAP termasuk la Lim Kit Siang. Ini membuktikan bahawa PAS adalah kuda tunggangan DAP sahaja. Oleh kerana kelancangan mulut Nik Ajis menyatakan bahawa PKR adalah "anak manja" DAP begitu marah kerana ianya satu hinaan kepada rakan sekutu dan terus memboikot PAS. PAS tiada lagi dihati DAP.
PKR hanya menghantar Sham Ketot, Dr Dorayah, Nik Nazmi dan Tian Chua sebagai wakil dari PKR. Mana Presiden PKR?
Dalam penamaan calon terdapat 3 orang calon iaitu 1 BN, 1 PAS dan 1 BEBAS.

Friday, 12 September 2014

#PRKPENGKALANKUBOR : RAHSIA CALON BN TERBONGKAR !!!


Mari kita kenali siapa sebenarnya calon BN ini untuk mewakili suara rakyat Pengkalan Kubor

Nama : Hj. Mat Razi bin Mat Ail
Umur : 49 tahun
Tempat Lahir : Kampung Ketil, Pengkalan Kubor, Tumpat, Kelantan
Status : Berkahwin (Pn. Khairos binti Husin)
Anak : 6 orang
Pekerjaan : Penolong Pegawai Pendidikan Daerah, Daerah Tumpat, Kelantan
Kelulusan Akademik : B.A (Hons) Sejarah dan Persuratan Melayu (UKM) 1999


Jawatan yang pernah / sedang dipegang dalam pertubuhan / persatuan :

1. Pengasas Pondok Simpang Tumpat, Kelantan (2012).

2. Pengerusi Madrasah Nurul Ehsan Kg. Telaga Bata, Tumpat.

3. Guru Al-Quran Kampung Simpangan, Tumpat.

4. Setiausaha Masjid Kampung Simpangan, Tumpat.

5. Setiausaha Pondok Tumpat.


Pengiktirafan :

1. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - SK Bunohan Tumpat (1995).

2. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - SMK Geting Tumpat (2005).

3. Anugerah Perkhidmatan Cemerlang - PPD Tumpat (2012).

Jadi, berdasarkan latarbelakang calon anak tempatan ini melayakkannya menjadi pilihan utama kepada pengundi Pengkalan Kubor untuk memilih beliau sebagai Wakil Rakyat mewakili suara rakyat dan penduduk setempat bagi membawa kepentingan dan kebaikkan rakyat Pengkalan Kubor. 

Tuesday, 2 September 2014

RAJA BERPELEMBAAN DI GANGGU GUGAT !!!!!!

SEJAK terhapusnya Akta Keselamatan Dalam Negeri atau ISA; sifat kehaiwanan dan kebinatangan para cauvinis, extremis dan parasit makin bertambah-tambah!Bukan sahaja biaDap dan kurang ajar, mereka juga pengkhianat dan penderahaka! Mereka adalah golongan yang buta sejarah! Sejarah negara ini!
SEBELUM 1957, negara ini dikenali sebagai Persekutuan Tanah Melayu. Iaitu gabungan sembilan buah negeri Melayu yang diperintah oleh Raja-Raja Melayu yang berkuasa mutlak didalam negeri masing-masing. Negeri-negeri tersebut ialah Kedah ( Pulau Pinang adalah sebahagian daripada Kedah), Perak, Selangor, Nege.ri Sembilan, Melaka, Johor-Riau, Pahang, Terengganu dan Kelantan.
TUANKU Raja-Raja Melayu adalah Kerajaan yang memerintah - sebab itu kita panggil keRAJAan - ianya duduk dibawah Raja-Raja Melayu. Raja-Raja Melayu itulah kerajaan. Bagindalah yang akan memberi kurnia tanah, kedudukan dan darjat kepada siapa sahaja yang Tuanku perkenan.
PERLU diingati Perjanjian Kemerdekaan telah ditandatangani oleh penjajah British dengan kesemua dan tiap seorang Raja-Raja Melayu. Kerana negeri-negeri Melayu ini adalah milik dan duduk dibawah pemerintahan Raja-Raja Melayu. Jika salah seorang tidak tandatangan dan bersetuju, Perjanjian itu tidak ada kesan!
UNIKNYA Malaysia ini sehingga hari ini mempunyai sembilan orang Raja yang masih berkuasa dalam negeri masing-masing; dengan wakilnya di peringkat Persekutuan mengambil gelaran DULI YANG MAHA MULIA SERI PADUKA BAGINDA YANG DIPERTUAN AGONG.
DALAM sistem perundangan Malaysia peranan Tuanku Raja-Raja Melayu masih dikekalkan - bukan sekadar simbolik atau ceremonial sahaja. Tuanku Raja-Raja Melayu dikekalkan kedaulatan, kekuasaan dan kedudukan mereka, terutama dalam soal pemerintahan, hal ehwal Islam dan adat istiadat Melayu.
KEDAULATAN, kekuasaan dan kedudukan Raja-Raja Melayu adalah mutlak; termasuk juga kepada persoalan perlantikan Menteri Besar. Kita telah memilih wakil rakyat - namun dalam penentuan siapa yang akan mengetuai Kerajaan sebagai Datuk Menteri Besar tetap terletak ditangan Baginda Tuanku Sultan secara mutlak.
TUANKU boleh memilih siapa sahaja dikalangan wakil rakyat - Ahli Dewan Undangan Negeri - yang pada pandangan Tuanku mendapat sokongan majoriti ADUN - dengan syarat calon itu mestilah berbangsa Melayu dan beragama Islam. Jika memenuhi tiga syarat diatas, maka Baginda Tuanku Sultan yang mempunyai kuasa mutlak akan memilih siapa diantara mereka yang layak dilantik sebagai Datuk Menteri Besar.
MAKA pendirian dan tindakan segelintir yang mempersoalkan kuasa Tuanku; adalah satu tindakan pengkhianatan dan penderhakaan kepada sebuah negara yang berdaulat! Ada juga kelompok yang cuba memilih jalan republik dan anti monarki. Mereka wajib dikenakan tindakan tegas dengan hukuman yang keras!

DAULAT TUANKU !

Monday, 25 August 2014

MP Lumut Bersandiwara Lagi!!!!


PENIPU..!!! Inilah Sikap Lakonan Pemimpin PKR Yang Dulu Kata Lahad Datu Sandiwara Tapi Kini Bersimpati
Laksamana (B) Imran Abdul Hamid semalam, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17. Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah. Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.
Apa yang Imran terlupa adalah beliau pernah menghina anggota-anggota tentera yang gugur di Lahad Datu dengan mengatakan tragedi di Lahad Datu adalah sandiwara Kerajaan. Hakikat yang sebenar, setiap perwira Negara yang terkorban di dalam tragedi Lahad Datu telah diberikan penghormatan tentera ketika pengurusan jenazah-jenazah mereka dahulu. Malah balu-balu anggota tentera yang terkorban di Lahad Datu telah dijaga kebajikan mereka dan diberi pampasan yang setimpal. Imran mungkin terlupa dulu beliau berkata Lahad Datu hanya sandiwara, sekarang pertikai istiadat mangsa MH17 lebih dari Lahad Datu.

Tuesday, 12 August 2014

KOMIK YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM KINI DIPASARAN !!!! #PrkDR


Umat Islam di Malaysia menghadapi satu lagi cabaran yang amat getir dalam mendidik anak-anak dengan pengetahuan agama. Mengapakah Black katakan begitu? Saudara saudari tuan puan lihat paparan gambar di atas iaitu salah satu komik yang terdapat dipasaran untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Tajuk buku memang menarik, tetapi dalam kandungannya mempunyai unsur kristianinasi. Penggunaan kalimah ALLAH dan Yesus dalam komik ini akan memesongkan aqidah umat Islam terutama kanak-kanak yang masih tidak mengetahui akibat daripada bacaan komik ini.

Black mengharapkan semua ibubapa terutama umat Islam memantau komik-komik yang di baca oleh anak-anak. Semoga kita semua terhindar dari menjadi MURTAD...