Tuesday 7 June 2016

#PRKKualaKangsar : PAN Bin DAP

PAN sebenarnya tahu mereka tidak akan mampu mencapai kemenangan, apa yang mereka hasratkan ialah mendapat undi lebih daripada Pas. Itu sahaja matlamat mereka. Ini boleh mereka jadikan modal bagi memberitahu orang Melayu bahawa parti mereka jauh lebih hebat daripada Pas.

PAN hanya parti serpihan. Dahulu PKR boleh hidup kerana diberi laluan oleh Pas. Tetapi sekarang Pas sudah tidak lagi bersedia berbuat demikian. Oleh itu PAN terpaksa bertembung dengan Pas dalam pilihanraya. Pemimpin PAN kena sedar mereka menjadi Ahli Parlimen atau ADUN pun adalah atas tiket Pas sebelum ini.

PAN perlu mencari kerusi paling selamat. Buat masa ini tiada satu pun kerusi yang berada pada kedudukan tersebut kecuali PAN memujuk bapak mereka DAP menyerahkan kerusi mereka sebagai tanda anak beranak. Tetapi rasanya ‘mati hidup semula’ pun belum tentu DAP bersedia. Malah DAP mahu Pas pula yang berkorban menyerahkan kerusinya kepada PAN!

PAN jangan ghairah atau bermimpi untuk ‘dihadiahkan’ kerusi oleh DAP dalam pilihanraya. Yang pasti PAN bersedialah untuk diperalatkan oleh DAP seperti mana yang dialami oleh Pas sebelum ini. PAN tidak ada apa-apa keistimewaan yang harus diberi perhatian oleh mana-mana pengundi.

PAN akan ‘tenggelam’ sendiri!
Biarkan! Biarkan......

No comments:

Post a Comment