Monday 6 June 2016

#PRKKualaKangsar : Adakah ini PROKSI TUN M ???

Gelanggang PRK Kuala Kangsar kini telah dibuka. 4 penjuru. PAS, PAN, BN dan BEBAS.

BEBAS. Siapa yang bertanding ? Izat Bukhary Ismail Bukhary bertanding atas tiket bebas dan menggunakan logo PEN sepertimana yang digunakan oleh beliau di Pengkalan Kubor dan Cemphaka. Mengapa beliau sanggup bertanding sedangkan telah mengetahui wang pertaruhan juga akan hilang.

Adakah beliau ini MAKSUM? Orang lain semuanya tidak betul. Die sahaja yang betul. Beliau mempertikaikan bahawa calon wanita dari PAS dan BN tidak layak bertanding kerana seharusnya diberikan kepada lelaki. Oleh sebab itu beliau terpanggil untuk bertanding walaupun mengetahui bahawa kemungkinan besar tidak berpihak kepada beliau.

Dulu pernah diperkatakan bahawa beliau bertanding di Pengkalan Kubor menjadi PROKSI Anwar... benar atau tidak hanya beliau yang mengetahui. (POSTING DAHULU)

Disini atas proksi siapa pula? Adakah Proksi TUN M??? Biarla Izat menjawab persoalan ini.

No comments:

Post a Comment