Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Tuesday 21 April 2015

Saifuddin Nasution Bakal Calon PKR Permatang Pauh ??? Penyokong PAS mahukannya ??? #PRKPermatang Pauh



Desas-desus kuat menyatakan bahawa Saifuddin Nasution akan dicalonkan menjadi calon di Permatang Pauh. Siapa Saifuddin Nasution ni? Saifuddin Nasution adalah Bekas Setiusaha Agung PKR.

Saifuddin Nasution berasal dari Pokok Sena Kedah. Nama 'Nasution' dapat dikaitkan dengan keturunan Mandailing di tengah Sumatera, Indonesia. Beliau mendapatkan pendidikan di Tamagawa Gakuen, Tokushima Jepun dan mendapatkan Sijil Pengurusan Latihan. Selain itu beliau mendapat Sarjana Sains (Agronomi) dari Universiti Putra Malaysia.

Saifuddin Nasution sememangnya layak menjadi calon PRK Permatang Pauh kerana disukai oleh penyokong PAS dan lebih berkaliber berbanding Dr Wan Azizah dan Nurul Nuha. 

Sembang-sembang kedai kopi juga kuat dikatakan kemungkinan besar bahawa Saifuddin akan memenangi PRK ini sekiranya dilletakkan sebagai calon. 

"Kami mahu Saifuddin menjadi calon kali ini, itupun kalau mahu menang" kata seorang penyokong tegar PAS yang tidak mahu dikenali. 




No comments:

Post a Comment