Monday 25 August 2014

MP Lumut Bersandiwara Lagi!!!!


PENIPU..!!! Inilah Sikap Lakonan Pemimpin PKR Yang Dulu Kata Lahad Datu Sandiwara Tapi Kini Bersimpati
Laksamana (B) Imran Abdul Hamid semalam, ketika menyampaikan ucapan dasar Presiden mempertikaikan penggunaan anggota tentera untuk istiadat penghormatan jenazah mangsa pesawat MH17. Katanya, tentera yang gugur mempertahankan negara dalam insiden pencerobohan Lahad Datu tidak pula diberikan penghormatan yang sebegitu gah. Imran yang juga MP Lumut juga berkata, pihak tentera digunakan secara "berlebih-lebih" dalam upacara perkabungan seluruh negara semalam.
Apa yang Imran terlupa adalah beliau pernah menghina anggota-anggota tentera yang gugur di Lahad Datu dengan mengatakan tragedi di Lahad Datu adalah sandiwara Kerajaan. Hakikat yang sebenar, setiap perwira Negara yang terkorban di dalam tragedi Lahad Datu telah diberikan penghormatan tentera ketika pengurusan jenazah-jenazah mereka dahulu. Malah balu-balu anggota tentera yang terkorban di Lahad Datu telah dijaga kebajikan mereka dan diberi pampasan yang setimpal. Imran mungkin terlupa dulu beliau berkata Lahad Datu hanya sandiwara, sekarang pertikai istiadat mangsa MH17 lebih dari Lahad Datu.

Tuesday 12 August 2014

KOMIK YANG MENYESATKAN UMAT ISLAM KINI DIPASARAN !!!! #PrkDR


Umat Islam di Malaysia menghadapi satu lagi cabaran yang amat getir dalam mendidik anak-anak dengan pengetahuan agama. Mengapakah Black katakan begitu? Saudara saudari tuan puan lihat paparan gambar di atas iaitu salah satu komik yang terdapat dipasaran untuk memesongkan aqidah umat Islam.

Tajuk buku memang menarik, tetapi dalam kandungannya mempunyai unsur kristianinasi. Penggunaan kalimah ALLAH dan Yesus dalam komik ini akan memesongkan aqidah umat Islam terutama kanak-kanak yang masih tidak mengetahui akibat daripada bacaan komik ini.

Black mengharapkan semua ibubapa terutama umat Islam memantau komik-komik yang di baca oleh anak-anak. Semoga kita semua terhindar dari menjadi MURTAD...

Monday 11 August 2014

SIAPA YANG MUNAFIK ???! #PrkDR #LangkahKajang



MAJLIS Syura Ulama Pas memutuskan untuk mempertahankan Tan Sri Abdul Khalid Ibrahim sebagai Menteri Besar (MB) Selangor. Majlis Syura adalah merupakan badan tertinggi dalam hierarki kepimpinan parti itu.
Majlis Syura bertanggungjawab untuk memastikan apa yang diputuskan dihormati oleh semua peringkat kepimpinan dalam Pas dan bukannya boleh berubah atau diubah sesuka hati.
JIKA pusingan U dilakukan, ia akan memberi impak yang cukup negatif kepada golongan ulama khususnya majlis syura kerana mereka dilihat tidak konsisten dalam mempertahankan keputusan serta sanggup menjadi 'pak turut' kepada kehendak politik PKR.
ATAU golongan ulama dalam Pas dilihat sebagai 'penghias' organisasi. Majlis Syura Ulama hanyalah sekadar hiasan parti. Maruah Pas begitu mudah diperkotak-katikkan oleh pemimpin-pemimpin PKR dan DAP, seolah-olah Pas hanya layak dilayan bagaikan parti melukut di tepi gantang.
APA yang berlaku di Selangor hari ini sudah diduga. Pakatan Pembangkang terlalu mentah dan terlalu dahagakan kuasa. Majlis Syura akan dikecam dan dituduh munafik apabila tidak berpegang kepada janji dan keputusan yang dibuat.
TUNGGU dan lihat seterusnya. Kita akan terus melalui fasa pertengkaran politik yang panjang kecuali kita sepakat untuk memadamkan riwayat politik seorang pemimpin itu. Beliaulah punca segala kemunafikan politik ini.

TERPANCAR! SIAPA KAH PUNCANYA?

SATU UNTUK KAMU, SATU UNTUK AKU! #PRKDR


BODOH dan bagang sungguh hujah pemimpin-pemimpin PKR; apabila mereka membandingkan senario Selangor dengan Kedah dan Pulau Pinang. Kata mereka, kalau Pas mempunyai kuasa mutlak ke atas kerusi MB Kedah manakala DAP untuk kerusi Ketua Menteri Pulau Pinang, maka PKR pula mempunyai hak yang sama untuk MB Selangor.
SOALNYA, berapa kerusi (DUN) Selangor yang dikuasai oleh PKR pada pilihan raya umum lalu? Adakah Teori matematik penyamun Nujum Pak Belalang digunakan sehingga tanpa rasa malu dengan hanya menguasai 14 kerusi berbanding Pas dan DAP masing-masing 15 kerusi, PKR boleh mendakwa mereka mempunyai kuasa mutlak ke atas kerusi MB Selangor? Sekarang dah tolak satu kerusi PKR!
DI KEDAH, Pas pada 2008 memperolehi kerusi terbanyak, begitu juga di Pulau Pinang, DAP menguasai kerusi majoriti, maka layaklah mereka mempunyai kuasa mutlak bagi jawatan MB dan Ketua Menteri; seperti mana di Kelantan. Tetapi di Selangor, Pas paling layak bukan PKR. Tetapi tiada apa yang perlu dihairankan kerana pemimpin-pemimpin PKR sememangnya pakar dalam memutar belit fakta dan sering mengamalkan politik imaginasi.
MEREKA boleh terpekik terlolong menyatakan mereka menang Pilihan Raya Umum Ke-13 kerana mendapat undi lebih banyak (undi popular) daripada Barisan Nasional (BN). Pada 2008 mereka berkhayal siang dan malam untuk menubuhkan kerajaan pada 16 September melalui pintu belakang.

MAKA Majlis Syura perlu bersedia menarik kembali ihsan yang diberikan kepada PKR menduduki kerusi MB Selangor. Soalnya beranikah Pas?