Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 28 March 2014

Perlantikan Ketua Kampung Negeri Perak : Ada Bekas Ketua Kampung tidak berpuashati !!!! @ZambryAbdKadir


27 Mac 2014, Seramai 788 orang telah menerima surat Watikah Perlantikan Ketua Kampung di Ipoh Semalam. KLIK SINI.
Tahniah kepada penerima. Ianya satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Kalau tak silap Black la. Semua Ketua Kampung yang Baru Dilantik, tidak kira yang lama ataupun yang baru semuanya berumur di bawah 65 tahun. Ini adalah kehendak Kerajaan Negeri Perak yang inginkan Ketua Kampung yang lebih muda dan boleh bekerja untuk rakyat.
Namun Black mendapat perkhabaran beberapa MANTAN Ketua Kampung tidak berpuashati dengan perlantikan ini. Mereka menyatakan bahawa pengganti mereka itu tidak layak. APSAL tidak layak? Adakah orang yang lebih muda dari mereka ini tidak berpelajaran ataupun tidak boleh berkhidmat.
Apa yang Black perhatikan dalam kawasan Black sendiri, beberapa Ketua Kampung dah lebih umur (monopous) pun ada yang tidak puashati. Cukup-cukup la. Berapa lama lagi nak pegang jawatan. Kalau kita tak mampu lagi untuk memimpin, biarlah orang yang lebih muda laksanakan. Mereka ini lebih sihat, agresif dan cepat bertindak. Ada yang memegang jawatan melebihi 20 tahun. Sudah-sudah la. Apa yang Black mahukan adalah "orang lama" membantu dengan memberi tunjuk ajar sekiranya "orang baru " tersilap.
Jangan disebabkan tidak dapat jawatan Ketua Kampung, muka kalahkan cuka. Terus tarik "Hand Brake". Sekiranya ini berlaku, membuktikan bahawa "orang lama" juga tidak matang.

PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG YANG BARU DI BAWAH UMUR 65 TAHUN INI ADALAH SELARAS DENGAN TRANSFORMASI YANG DIINGINKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA.
FIKIR-FIKIRKANLAH.....

No comments:

Post a Comment