Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday, 30 January 2014

Sendaloka Kajang Berlipat #PKRKacauBilau @Anwaribrahim @Azminali @Rafiziramli

Sendaloka Kajang Berlipat

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pakatan bermaksud satu muafakat
Tapi bertindak sendirian melulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Sesuka hati melepaskan mandat
Semata melempias agenda tertentu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Pedulikan susah dan perit rakyat
Yang penting tertunai kehendak nafsu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Jangan serabutkan rakan dan rakyat
Kerana berbalah sesama puakmu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Kalau pun sudah berasa kuat
Janganlah sampai rakyat jemu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Membazir tenaga dan harta rakyat
Ketika kos hidup perit membelenggu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Andai berkawan tak reti hormat
Jangan ditagih jentera membantu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Bertindak sendiri sebelum mesyuarat
Tanggung sendiri padan mukamu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Hajat nak jadi PM tak dapat
Baik gomol pulun MB dulu

Kajang Pak Malau kajang berlipat
Kajang kami mengkuang layu
Berjuang kalau tak peduli akhirat
Ikut hati mati, ikut nafsu lesu

Cetusan rasa ;

Mohamad Hazmi Dibok
Ahli Pas 
Kawasan Paya Besar

Tuesday, 28 January 2014

PRK Kajang.. #PKRKacauBilau @Anwaribrahim @Azminali @Khalidibrahim @Rafiziramli

Perletakan jawatan Adun PKR Kajang Lee Chin Cheh menjadi tanda tanya. Why ? Why ? Why ? Nampak sangat kerajaan yang diterjui oleh @khalidibrahim tidak disukai oleh pimpinan PKR. Engkau silap la Khalid sebab pecat @Azminali dari PKNS. Kan kedudukan engkau dah tergugat. Engkau bermain dengan api. Padan muka engkau Khalid.
Lagi satu hal... PRK Kajang nanti akan membazirkan wang rakyat. Bukan sebab mati pun. Selalunya PRK diadakan sebab penyandang mati. Ini tidak... Sihat je. Maybe dah nak mati kot. Tu pasal letak jawatan. Habis duit rakyat digunakan semata-mata nak bagi bang Non jadi MB. Duit yang bakal digunakan bukan seringgit atau seribu... Banyak ooo. Duit negeri Selangor disalahgunakan untuk kepentingan peribadi Bang Non untuk mencapai cita-cita.
Pengundi DUN Kajang terpaksa dilibatkan sama dalam kemelut Politik dalaman PKR. Naya orang Kajang. Kepercayaan telah diberi tetapi dikianati.
Orang Kajang kena la pikir balik. Adakah ini kerajaan yang menjadi pilihan?
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Nak jadi MB punya pasal !!!!

Kah kah kah... Demi mengejar cita-cita.. Anwar ibrahim sanggup tukar alamat ke Kajang. Siapa lagi nak jadi calon PRK di Kajang ? Cepat-cepat tukar alamat ke Kajang. Air ini Anwar dah comfirm akan bertanding jadi calon di PRK tersebut. Tragedi nak jadi MB lak tu... Gila kuasa.

Tau tak kenapa bapak kepada Nurul Izzah ni bertanding sangat? 
1. Nak tutup cerita pasal die dengan Jepun. Biar orang lupa. Bila ceramah nanti pasti orang kata die dianiaya.
2. Nak tutup kes Tuntutan fasakh oleh Nurul Izzah kepada suami beliau iaitu kerabat raja Johor.

Kurang semua bukan budak kecil lagi.. Pikir lah dengan waras....

Monday, 27 January 2014

Kemalangan Jalanraya.. Siapa yang salah?? @ZambryAbdKadir @MPManjung @NajibRazak

Semalam satu kejadian yang memilukan iaitu seorang pendidik dari SK Dato' Ishak, Teluk Muruh telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Als Fatihah untuk Cikgu Azli.

Pasti ada pihak menyatakan bahawa Cikgu Azli yang salah dan ada pula yang menyatakan pemandu kereta Myvi yang salah dalam kejadian ini. Sudah suratan takdir arwah relah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Manjung. Black amat berterima kasih kepada semua rakan, sahabat dan orangramai yang membantu arwah ketika kejadian dan yang sudi datang ziarah arwah di Hospital Manjung dan di rumah serta pengkebumian arwah. Turut hadir di Bilik Mayat Hospital Manjung iaitu YB Rashidi Ibrahim ADUN Pasir Panjang juga merupakan bekas guru di SK Dato' Ishak.

Siapa yang bersalah dalam kejadian ini tidak dapat dipastikan. Tetapi pada pandangan Black yang bersalah berkemungkinan adalah pihak JKR dan MPM. Mengapa Black katakan begitu? Mungkin anda fikir Black merapu.

Lampu isyarat di tempat kejadian telah lama dipasang. Ianya berfungsi seketika sahaja iaitu selepas pemasangan lampu tersebut. Selepas beberapa minggu dipasang, lampu isyarat tersebut sudah tidak berfungsi sehingga hari ini.

Sila lihat gambar di tempat kejadian. Lampu isyarat yang dimaksudkan tidak berfungsi. Dalam kes ini siapa yang hendak dipersalahkan?

Black amat mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan dan JKR mengambil iktibar dari kejadian ini agar berlaku lagi ditempat yang sama.
NYAWA tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Tuesday, 21 January 2014

Apsal Anwar Tak Boleh Masuk Jepun ??? @ZambryAbdKadir @NajibRazak

ANWAR IBRAHIM DAN HALANGAN MEMASUKI JEPUN.

Seperti semua sedia maklum, sebelum ini rakyat Malaysia perlu memohon Visa untuk memasuki Jepun. Namun, pada tahun 2013 Kerajaan Jepun telah menguatkuasakan peraturan rakyat Malaysia yang memegang pasport biometrik dilengkapi mikrocip TIDAK PERLU MENDAPATKAN VISA untuk berkunjung ke Jepun.

Kesilapan Anwar Ibrahim ialah, apabila dia beranggapan kelonggaran syarat tersebut terpakai bagi dirinya juga. Apa yang Anwar Ibrahim terlupa, mereka yang pernah memasuki PENJARA tetap perlu memohon VISA untuk memasuki negara Jepun. Hal ini kerana kelonggaran syarat tersebut hanya terpakai bagi mereka yang bebas dari rekod jenayah atau rekod tahanan penjara.

Apa yang berlaku terhadap Anwar Ibrahim juga telah termaktub dengan jelas melalui undang-undang Jepun, apabila pihak dia gagal mengemukakan dokumen sewajarnya (VISA bagi mereka yang pernah memasuki penjara), dia akan dihantar pulang serta-merta ke negara asal.

Rujuk Undang-Undang Kerajaan Japan: CHAPTER II ENTRY AND LANDING, SECTION I ENTRY OF AN ALIEN (Entry of an Alien)
Article 3 Any alien who falls under any of the following items shall not enter Japan.
(ii) A person who intends to land in Japan without receiving a seal of verification for landing or undergoing the recording of the prescribed data pursuant to the provision of Article 9, paragraph (4), or without obtaining authorized permission for landing (hereinafter referred to as "permission for landing") from an immigration inspector (except for those set forth in the preceding item).
(xiv) In addition to those persons listed in items (i) to (xiii), a person whom the Minister of Justice has reasonable grounds to believe is likely to commit an act which could be detrimental to the interests or public security of Japan.
(2) Even in cases where an alien seeking to land in Japan does not fall under any of the items of the preceding paragraph, if the country of which he or she is a national or citizen denies landing to a Japanese national therein for any reasons other than those set forth in the items of the same paragraph, the Minister of Justice may deny his/her landing for the same reasons.
**Rujuk Section ii Landing of an Alien

Bagi yang tertanya-tanya kenapa sebelum ini Anwar bebas memasuki Japan pada 2006, 2009 & 2012, anda perlu sedar ketika itu memang permohonan VISA merupakan syarat wajib, jadi semestinya dia masuk ke Jepun menggunakan VISA. Yang menjadi masalah sekarang, apabila dia menyangkakan kelonggaran tidak memohon VISA laku untuk diri dia juga.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

Wednesday, 8 January 2014

Betul ke @hairul_own jadi KP Perak?

Malam ni Pemuda UMNO Perak mengadakan jamuan makan malam bersama media dan blogger seluruh Perak. Sejak dilantik menjadi Ketua Pemuda UMNO @hairul _own atau nama sebenarnya Hairul Anwar Mohamed Noor merupakan Ketua Pemuda Bahagian Ipoh Timor.
Beliau juga merupakan Ketua Operasi Yayasan Bina Upaya Darul Ridzuan, Ahli Lembaga Pemegang Amanah YBU Holdings, TYDP Bolasepak Ipoh, Bendahari Kehormat Persatuan Bolasepak Melayu Perak, Pengurus YBUFC dan sebagai Penolong Pengurus Skuad Piala Emas Raja-Raja Negeri Perak.
Tahniah atas perlantikan sebagai Ketua Pemuda Perak dan jadikan ianya satu amanah yang harus dipikul dengan penuh tanggungjawab.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone