Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 17 June 2013

Tuan Ibrahim SANGKAL @HjHusamMusa Tuduh Tidak Hadir Blackout 505 adalah PENGKHIANAT PARTI !

Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man
SHAH ALAM - Ketua Penerangan Pas, Datuk Tuan Ibrahim Tuan Man menyangkal dakwaan yang menyifatkan tidak hadir ke perhimpunan Blackout 505 sebagai mengkhianati parti.

Tuan Ibrahim berkata, walaupun selaras dengan arahan Timbalan Presiden Pas, Mohamad Sabu yang mahu kesemua pemimpin bersama dalam himpunan bantahan tersebut, namun memberitahu bahawa pemimpin yang tidak hadir bukan bererti tidak menyokong.

"Setiap arahan parti, semua pemimpin akur, tapi saya yakin kalau ada pun pemimpin tidak hadir sebenarnya bukan tidak menyokong tapi mempunyai komitmen atau uzur.

"Semua pemimpin Pas secara konsisten menyatakan sokongan terhadap himpunan itu," katanya.

Beliau berkata demikian ketika mengulas dakwaan Naib Presiden Pas, Datuk Husam Musa yang menyifatkan pemimpin-pemimpin Pas yang tidak menyokong himpunan Blackout 505 sebagai pengkhianat parti berkenaan.

Husam juga dilaporkan berkata, mereka adalah pemimpin yang lupa asal-usul dan bukan sahaja menolak semangat anak muda yang mahukan perubahan tetapi mengkhianati dakwah yang diasaskan oleh pimpinan Pas terdahulu.

Husam turut melemparkan sindiran kepada pemimpin yang tidak menyokong perhimpunan itu seolah-olah membawa suara Umno dan Barisan Nasional, namun dalam masa sama menasihatkan pemimpin Pas agar mencetuskan perubahan dalam politik negara.

Tuan Ibrahim berkata, apa yang dikatakan Husam itu bukan bermaksud melakukan 'khianat', sebaliknya mengingatkan pemimpin memberikan sokongan dalam himpunan tersebut.

"Pemimpin yang tidak hadir bukannya khianat, mereka tetap menyokong. Saya yakin tiada pemimpin yang tidak menyokong, semuanya bersatu hati.

"Bantahan mereka mungkin tidak terjemah dengan kehadiran, tapi tetap sokong dengan himpunan itu," katanya.
 

1 comment:

  1. Biaq la dia sorang saja yang 'yakin'. Nampak sangat jawapan nak play safe.

    ReplyDelete