Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Thursday 6 June 2013

Pemergian yang amat dirasai..

Pemergian ayahanda kepada YAB Menteri Besar Perak, Dato' Seri DiRaja Dr Zambry Abd Kadir ke Rahmatullah pada jam 7.48 malam semalam 5/6/13 dan akan dikebumikan sebelum zohor hari ini. Pemergian Ayahanda kepada YAB MB ini amat dirasai oleh seluruh warga Pangkor. Allahyarham adalah orang yang bertanggungjawab membesarkan dan memastikan pelajaran YAB di zaman persekolahan dan di universiti dahulu. Black juga tidak ketinggalan untuk hadir menziarahi arwah di Pangkor. Black juga amat terasa kehilangan allahyarham kerana setiap kali Black datang kerumah allahyarham, setiap kali itulah dilayan seperti anak sendiri. Black juga tidak pernah menganggap allahyarham seperti orang lain, bahkan allahyarham seperti ayah sendiri. Semoga roh Allahyarham diletakkan bersama orang-orang beriman. Amin.

Black Panther
Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment