Tuesday 14 May 2013

SIAPA PEGAWAI KANAN YANG BEKALKAN SEGALA MAKLUMAT KEPADA HUSAM MUSA DI PUTRAJAYA?


Apabila Husam Musa dicalonkan oleh PAS untuk bertanding di kerusi Parlimen Putrajaya, ramai yang bersorak hebat terutama sekali para penyokong PAS. Mereka menggambarkan yang Husam Musa akan menjadi ahli dan pemimpin PAS pertama yang dapat mengalahkan UMNO di kawasan yang menjadi kubu kuat mereka.

Namun keputusan PRU13 tidak berpihak kepada Husam Musa. Husam Musa telah berjaya dikalahkan oleh penyandang kerusi Parlimen Putrajaya, Tengku Adnan Tengku Mansor.

Walaupun sebelum ini didedahkan bagaimana Husam Musa menggunakan kekuatan jentera-jentera PAS dari kawasan-kawasan berhampiran, termasuklah mengimport awang-awang gedebe dari Kelantan serta ditempatkan di homestay yang amat selesa, namun ada perkara lain sebenarnya yang menjadi persoalan.

Husam Musa dilihat bekerja lebih 'bijak' dengan menggunakan orang dalam atau lebih tepat lagi, pegawai-pegawai kanan kerajaan yang bekerja di Putrajaya.

Adalah difahamkan jentera Husam Musa mempunyai kaedah gerakan yang cukup hebat. Mereka mempunyai maklumat yang sangat lengkap sehinggakan sekolah anak kepada kakitangan awam pun mereka mempunyai butirannya. Bahkan lebih menarik lagi ialah data-data atau perincian berhubung pinjaman perumahan kakitangan awam, pinjaman ANGKASA, Bank Rakyat dan segala macam perincian yang lain juga mereka ada.

Perincian-perincian tersebut digunakan oleh Husam Musa untuk mencucuk jarum hasutan yang paling halus ketika berkempen bagi memenangkan dirinya.

Berdasarkan maklumat, perincian-perincian tersebut telah DISERAHKAN SECARA SUKARELA oleh pimpinan kanan kakitangan awam yang sememangnya merupakan ahli PAS atau PKR.

Pendedahan butiran dan pembocoran maklumat awam sebenarnya adalah satu kesalahan besar di negara ini. Bagaimanapun, sehingga sekarang, belum ada apa-apa tindakan diambil terhadap mereka.

Ini bukan cerita politik dan ini juga bukan cerita partisan. Sebaliknya ia melibatkan kakitangan awam yang tidak amanah dan tidak bertanggungjawab. Kalau perincian tentang kawan-kawan mereka boleh didedahkan kepada pihak yang memunculkan perasaan simpati dan kecenderungan mereka, bayangkanlah sekiranya pihak musuh asing pula berjaya melembutkan hati mereka.

Menyimpan puak-puak pengkhianat ini di dalam perkhidmatan awam, hanya akan membuatkan negara semakin porak-peranda. Kita telah dapat melihat bagaimana kakitangan awam gagal menjalankan fungsi dan dasar-dasar kerajaan menerusi pelbagai kerenah birokrasi dan sebagainya, tetapi yang dipersalahkan adalah kerajaan. Kakitangan awam yang amat mudah menerima rasuah, tetapi kerajaan pula yang dikatakan pengamal rasuah.

Seharusnya tindakan pantas dan cekap diperlukan untuk menghapuskan fenomena ini. Tidak mustahil sekiranya, sudah terlalu banyak rahsia kerajaan yang mengalir ke pihak asing dan musuh kerana sikap pegawai-pegawai kerajaan dan kakitangan yang melihat parti politik adalah lebih hebat daripada tugas serta tanggungjawab yang mereka diamanahkan.

Jangan seronok sangat dengan kemenangan tetapi pada masa yang sama, tidak sedar bahawa ada musuh yang sedang bersembunyi di sebalik gebar bergelar kakitangan awam!!!

Bersihkan Perkhidmatan Awam daripada manusia-manusia hipokrit yang menjadi lintah ini!!!

sumber

No comments:

Post a Comment