Sunday 19 May 2013

SAH! PAS TIDAK SEHALUAN DENGAN ANWAR!

Ketika Datuk Seri Anwar Ibrahim masih tidak boleh menerima kegagalan beliau menduduki Putrajaya, Pas pula dengan berlapang dada dan akur dengan kehendak pengundi yang memilih Barisan Nasional (BN) sebagai kerajaan pada Pilihan Raya Umum Ke-13 lalu.

Timbalan Menteri Besar, Datuk Mohd. Amar Nik Abdullah berkata, Pas menerima keputusan itu dengan hati yang terbuka dan menganggap itu sebenarnya adalah suatu ujian daripada Allah. 
"Kemenangan di Malaysia ini sudah hampir cuma Allah tidak berikan lagi, boleh jadi untuk menguji kita supaya terus mempersiapkan diri. 
"Boleh jadi pada pilihan raya ini kita belum bersedia sepenuhnya untuk memikul tanggungjawab besar di Putrajaya maka sebab itu Allah tangguhkan dulu kemenangan kita supaya kita betul-betul bersedia. 
"Dan apabila Allah memberikan kita kemenangan nanti kita mesti melaksanakan
amanah yang diberikan itu dengan baik dan memenuhi kehendak serta hasrat rakyat," katanya ketika berucap pada ceramah perdana di dataran Stadium Sultan Muhammad Ke-IV di sini malam tadi. 
Anwar yang memenangi kerusi Parlimen Permatang Pauh pada PRU-13 sebaliknya terus mengadakan siri perhimpunan haram di seluruh negara untuk mengajak rakyat membantah keputusan PRU-13 lalu dengan pelbagai alasan yang tidak masuk akal. 
Ini termasuk mendakwa pakatan pembangkang sepatutnya diisytiharkan sebagai pemenang walaupun kenyataannya BN memenangi 133 kerusi daripada 222 kerusi Parlimen manakala pakatan DAP, PKR dan Pas hanya memenangi 89 kerusi. - Utusan
Kenyataan PAS ini sudah pasti menempelak keghairahan Anwar dan kuncu-kuncunya yang masih hidup dalam angan-angan setelah gagal 'menawan' Putra Jaya.

Tetapi kita faham tindakan Anwar itu kerana beliau telah berjanji untuk undur diri dari arena politik jika gagal di PRU13 ini. Jika beliau tidak menimbulkan konflik maka rakyat akan fokus melihat beliau keluar dari politik negara ini untuk selama-lamanya.

Tambahan pula, Anwar telah mungkir janji sebelum ini seperti isu 16 September dan sebagainya. Kali ini Anwar sudah pasti mencari helah untuk tidak menunaikan janji beliau itu.

sumber

1 comment:

  1. Bekas MB Kedah Azizan kata nasib baik PAS tak menang. Kalau tidak huru hara jadinya. Ni bekas MB kedah yang cakap. Mesejnya jelas: PAS tak boleh diberi kuasa memerintah. Perangai tikam belakang akan berlaku walaupun sama puak-puak mereka.

    ReplyDelete