Thursday 30 May 2013

PESURUHJAYA PAS SELANGOR TERCICIR DARI BARISAN EXCO KHALID GAGAP!!

TERKEJUT dengan berita yang macam tak percaya ni. Dr. Abdul Rani Osman, ADUN Meru yang juga Pesuruhjaya PAS Selangor sekali lagi tercicir dari nama barisan exco yang bakal dilantik untuk menerajui negeri Selangor. Malang bertimpa-timpa selepas beliau memerangkap Hasan Ali sehingga terbuang dari PAS Selangor.

Mungkin ada agenda tersembunyi yang telah dirancang oleh PAS Pusat bagi memberikan tugas khas kepada Rani untuk menstabilkan kembali sokongan rakyat Selangor terhadap parti dalam pakatan haram ini.

Apa-apa pun, tahniah kepada empat orang ADUN Selangor yang bakal terpilih mewakili PAS Selangor untuk menjadi Exco Selangor iaitu Dr. Halimah Ali (Selat Klang), Dr. Ahmad Yunus Hairi (Sijangkang), Sallehin Mukhyi (Sabak), Iskandar A. Samad (Cempaka). Semoga PAS boleh menjadi kuat dengan pelaksanaan hukum hudud pertama di negeri pakatan.

Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment