Wednesday 29 May 2013

MAHFUZ PERLU DEDAH, SIAPA PENGKHIANAT PAS KEDAH???

Ya! Itu perkara yang patut dilakukan oleh Si Mahfuz Bean memandangkan dia dah buat kenyataan di laman lidah rasmi puak - puak Parti Angguk Saja tu.

Dalam kenyataan tersebut, Mahfuz diminta mengulas mengenai perlaksanaan sistem AES di Negeri Kedah oleh Exco Pendidikan, Pengangkutan dan Kerja Rayanya:
Kata Pesuruhjaya PAS Kedah, Datuk Mahfuz Omar kesediaan Barisan Nasional (BN) Kedah melaksanakan Sistem Penguatkuasaan Automatik (AES) di negeri itu adalah sebagai hadiah BN kepada rakyat Kedah.

Tetapi dalam masa yang sama perlu diakui ini juga adalah hadiah atau penghargaan dari Barisan Nasional buat Ahli-ahli PAS yang telah membantu Barisan Nasional merampas Kedah dengan kaedah sabotaj parti..  

Menurut Mahfuz, selain bersifat hadiah kepada rakyat Kedah ia turut membuktikan Exco Kerajaan Kedah tidak mengetahui langsung apa yang berlaku di sebalik pelaksanaan AES yang menyebabkan Pakatan Rakyat khususnya PAS mendesak agar AES dihapuskan.

"Mungkin Tajul tidak mengetahui kenapa kita mendesak agar membatalkan terus pelaksanaan AES dan saya rasakan beliau hanya mengetahui AES ini hanya melalui media-media masa milik mereka. sebab itu beliau bersetuju untuk pelaksanaan.

"Saya yakin jika beliau telitikan kelemahan perjanjian di sebalik pelaksanaan AES tentu beliau akan berfikir dua kali untuk memberi kebenaran pelaksanaanya di Kedah," kata Naib Presiden PAS itu kepada Harakahdaily
Demikian yang dilaporkan melalui blog pencacai PAS berkaitan dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh Naib Presiden PAS itu yang turut dilaporkan dalam Haprak Daily.

Maka, adalah wajar bagi Si Mahfuz perlu tampil dan menjelaskan kepada rakyat umum siapakah yang dia labelkan sebagai 'Pengkhianat PAS Kedah' tu sebenarnya? 

Pendedahan itu perlu untuk pengetahuan umum. Terutama dikalangan ahli - ahli PAS sendiri kerana mereka pun nak tau jugak siapa yang Mahfuz maksudkan?

Atau adakah ayat itu merupakan ayat yang dikeluarkan oleh blogger pencacai Pakatan tu sendiri? Adakah dia hanya menanam ayat dibibir Mahfuz?

Apa - apa pun, penjelasan perlu dibuat bagi mengelakkan kekeliruan dikalangan rakyat berkaitan dengan perkara ini. Dah kalah tu, kalah je la. Terima je hakikat. Jangan la nak tunding jari dan salahkan orang lain tak tentu arah pulak!!

Sumber : http://bit.ly/10GzBp3


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment