Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 12 April 2013

MUSTAFA ALI TERIMA NASIB MALANG SELEPAS ENGGAN BERKOMPROMI DENGAN PKR DI TERENGGANU!!!

PAS Terengganu sepatutnya mengumumkan calon-calon DUN mereka malam ini. Bagaimanapun, pengumuman tersebut terpaksa ditunda ke 18 April memandangkan tentangan sengit telah dibuat oleh PKR yang masih dan enggan berganjak daripada tuntutan untuk bertanding di beberapa kerusi kuat PAS.

Orang yang dianggap menjadi PENGHALANG terbesar kepada PKR di Terengganu adalah Mustafa Ali, Setiausaha Agung PAS. Malah Setiausaha Agung PAS itu dilihat sebagai ancaman utama kepada PKR di seluruh Malaysia apabila dikatakan dan dituduh menjadi PEMAIN UTAMA meletakkan nama calon-calon PAS untuk kerusi Parlimen, jauh lebih pantas daripada PKR sendiri.

Dek kerana itulah, PKR terpaksa mencari jalan dan mengusahakan sesuatu yang dilihat dapat memusnahkan Mustafa Ali. Mustafa Ali perlu diugut dan digertak. Mustafa Ali perlu ditakutkan dan perlu diundurkan kalau perlu. Semangat PAS perlu dicairkan dengan menakut-nakutkan Setiausaha Agung PAS.

Dan itulah yang dilakukan oleh PKR menerusi AMK!

VCD lucah yang memaparkan aksi lucah seorang lelaki dipercayai Mustafa Ali bersama-sama seorang wanita yang dipercayai warganegara Indonesia diedarkan untuk tujuan berkenaan. Sasarannya ialah Mustafa Ali dan pada masa yang sama, UMNO-BN.

Malangnya, kerja-kerja jahat yang dilakukan oleh PKR membabitkan AMK, gagal. Tembelang mereka telah diketahui. Dua orang ahli AMK yang sedang mengedarkan VCD tersebut telah ditangkap dan disoalsiasat.

Itulah nasib yang diterima oleh para pemimpin PAS setelah mereka meletakkan sepenuh kepercayaan kepada PKR dan DAP. PAS akan dilunyai-lunyaikan oleh PKR dan DAP, bukan oleh UMNO dan Barisan Nasional.

Justeru, tidak hairanlah mengapa di seluruh Kedah, bendera-bendera hitam PAS sedang dinaikkan. Walaupun ada yang mengatakan, bendera hitam berkenaan adalah untuk Dewan Himpunan Penyokong PAS, tetapi hakikatnya, lebih banyak bendera berkenaan di kawasan perkampungan yang kesemua penduduknya adalah Melayu!!!

Sumber : http://bit.ly/XvqcSK


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment