Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 10 December 2012

Kabilah Bani Lim Terima Islam? – Hadi Awang

Kenyataan Presiden PAS, Dato’ Seri Hadi Awang berkenaan kesediaannya
untuk menjadi Perdana Menteri sekiranya Pakatan Rakyat memenangi PRU
kali ini menjadi kontroversi terhangat kerana ia bertentangan dengan
persetujuan yang dimeterai dalam Pakatan Rakyat.

Sebagai respon, PAS membayangkan bahawa media telah melaporkan
kenyataan tersebut secara keterlaluan dan sengaja melaga-lagakan
pemimpin PR.  Bagi membela diri, kenyataan penuh Hadi Awang pun
disiarkan oleh Harakahdaily dan Malaysian Insider bagi menerangkan
maksud sebenar.

Apa yang difahamkan dari transkrip yang disiarkan kedua-dua media
pro-PR berkenaan kenyataan Hadi Awang itu tidak bercanggah dengan
fahaman orang ramai iaitu Hadi Awang bersedia menjadi Perdana Menteri
dan merasa ‘syok’ atau seronok juga dengan idea itu.   Beliau juga
menggambarkan kemenangan PR dalam pilihanraya sebagai membawa makna
kemenangan Islam.   Katanya, “Saya alu-alukan nak lantik saya jadi
Perdana Menteri.  Syok juga sepintas lalu.  Tetapi saya kata di sini,
saya minta Tuhan jadikan cita-cita saya ini biar menangkan Islam,
kemudian kalau nak mati, matilah.”

Beliau kemudian meminta PAS menghayati peristiwa hijrah di mana bila
Nabi SAW berhijrah ke Madinah, baginda berjumpa dengan
pemimpin-pemimpin kabilah, antaranya kabilah Bani Amir lalu menawarkan
Islam sebagai jalan kemenangan untuk menegakkan sebuah negara.
Walaupun mulanya mereka mempersoalkan siapakah yang akan menjadi Raja
tetapi akhirnya akur dengan jawapan Nabi SAW bahawa kemenangan adalah
milik Allah SWT dan jawatan tertinggi juga akan ditentukan Allah SWT.
Dengan itu, kabilah-kabilah tersebut menerima Islam dan mendapat
kemenangan.

Dalam sidang akhbar kemudiannya, Hadi dilaporkan menolak cadangan
perlantikannya sebagai PM dan rela kembali menjadi nelayan jika Islam
menang.
Kita faham yang Hadi tidak mungkin berani menentang apa yang telah
disepakati dengan PKR dan DAP berkenaan jawatan PM adalah milik Anwar
Ibrahim.  Namun, kita juga faham bahawa Hadi perlu menenangkan hati
akar umbi yang tidak sanggup menerima Anwar sebagai PM.

Justeru, kenyataan Hadi semasa ucapan dasar dan ketika sidang akhbar
adalah kenyataan politik semata-mata dan tidak membawa apa-apa makna
kepada PAS kerana kita sedia maklum bahawa PAS kekal berada di bawah
kelengkang Anwar dan di bawah telapak kaki DAP.

Namun, yang kita tidak faham ialah bagaimana Hadi mengaitkan
kemenangan PR dengan kemenangan Islam, mahupun peristiwa hijrah
tersebut.   Jika menurut sejarah hijrah, kabilah-kabilah yang ditemui
Nabi SAW menerima Islam sebelum bersetuju bekerjasama mendirikan
sebuah negara.

Tetapi, dalam kisah PAS ingin memenangkan Islam hari ini, kabilah
‘Bani Lim’ dan kabilah ‘Bani Anwar’ belum pun menerima Islam PAS,
tetapi PAS tetap bersetuju bekerjasama dengan mereka untuk memerintah
negara.

Apakah Hadi pekak badak tidak mendengar suara kabilah Bani Lim yang
hampir serak menjerit-jerit Negara Sekular yakni menghapuskan klausa
‘Islam sebagai agama rasmi’ serta menolak sekeras-kerasnya sebarang
usaha untuk menegakkan undang-undang Islam di negara ini?  Tanpa
klausa ‘Islam sebagai agama rasmi’ yang dipertahankan mati-matian oleh
UMNO, bermakna Islam akan di sama-ratakan dengan agama lain dan tidak
lagi mempunyai hak untuk menguasai medium dakwah dalam negara sekali
gus memberi ruang agama lain berdakwah secara meluas serta membuka hak
untuk murtad bagi Umat Islam.   Tiada lagi peruntukan khas untuk
program-program pembangunan Islam mahupun prasarana untuk menyampaikan
syiar Islam.  Sebaliknya, peruntukan tersebut akan di sama ratakan
bagi semua agama di mana agama Kristian, yang diketahui sebagai paling
berkemampuan dari segi kewangan pasti akan mendapat ruang paling luas
untuk berkembang.

Justeru, kerjasama PAS dengan kabilah Bani Lim ini jelas akan
mengalahkan Islam dan bukan memenangkannya, sekiranya PR memenangi
pilihanraya.

Kabilah Bani Anwar pula jelas berkiblatkan barat, menganggap
undang-undang Islam mengenai homoseksual atau LGBT sebagai lapuk serta
meletakkan semua agama sebagai sama di mana Islam bukan satu-satunya
agama yang benar.

Maka, bagaimana Hadi boleh menjelaskan yang kerjasama PAS dengan
kabilah Bani Anwar juga akan memenangkan Islam jika memenangi
pilihanraya?

Mungkin kita perlu bertanya, apakah Islam bagi Hadi Awang?   Apakah
erti kemenangan Islam yang beliau maksudkan?

Jelas, Hadi telah keliru dengan putar-belitnya sendiri iaitu bahawa
Islam itu PAS dan PAS itu Islam.   Hakikatnya, kemenangan PAS tidak
bermakna kemenangan Islam kerana PAS bukan Islam.

PAS hanya sebuah parti politik biasa yang ditubuhkan oleh manusia
biasa yang takbur mengangkat diri sendiri sebagai Ulama.  Tiada
pengiktirafan khas dari langit yang mengesahkan PAS sebagai parti
paling mulia atau benar menurut Islam.   Malah, pemimpin-pemimpin PAS
juga penuh dengan skandal - zina, khalwat, rasuah seperti juga
pemimpin-pemimpin parti-parti politik di seluruh dunia.
Tiada kelebihan dari segi Islam bagi PAS melainkan nama partinya
semata-mata.  Tidak juga pada pakaian kerana pakaian ala Arab yang
dipakai oleh pemimpin mereka bukan bermakna pakaian Islam, tetapi
sekadar pakaian Arab.  Jubah dan serban adalah pakaian tradisi tok-tok
Arab tidak kira yang alim atau yang jahil, yang Islam atau yang kafir
dan ia dipakai mereka di mana saja tak kira ke masjid atau ke pusat
hiburan.

Selain itu, PAS juga tidak boleh menafikan hakikat yang parti itu
bukan lagi berdiri dengan sendirinya.  Kaki PAS terikat sebelah dengan
kabilah Bani Lim DAP dan sebelah lagi dengan kabilah Bani Anwar PKR.
Sehingga kini kedua-dua kabilah tersebut masih belum menerima Islam
unjuran PAS, maka ia menjadikan nisbah menolak Islam dan menegakkan
Islam dalam kerjasama antara kabilah-kabilah seperti yang diumpamakan
oleh Hadi Awang, adalah 2-1.

Dengan Ketua Dewan Ulama PAS sendiri mengaku untuk akur dengan sistem
demokrasi, maka ini bermakna PAS atau Islam PAS, telah pun kalah
sebelum bertanding lagi.   Dalam ertikata lain, andainya PR menang PRU
sekalipun, Islam PAS akan tetap kalah.

Justeru, jika benar Hadi Awang ingin melihat Islam menang sebelum
menutup mata, maka beliau sudah boleh menutup mata sekarang.  Ini
kerana Islam sentiasa menang di bawah pemerintahan UMNO yang tidak
jemu berjuang bermati-matian memastikan Islam kekal di tempat
tertinggi sebagai agama rasmi dengan dipelihara di bawah Institusi
Raja-raja Melayu.

No comments:

Post a Comment