Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 18 June 2012

#PASerabut UMNO Kedah bawa pembangunan


Dulu ramai orang yang buat bendang hidup susah, sewa bendang kena bayar, sewa traktor putak tanah kena bayar, beneh padi kena bayar, racun dan baja kena beli, semua pakai duit. Melalui MADA dan LPP Kerajaan bantu petani bagi subsidi. La ni depa dah senang daripada dulu, senang pasai Kerajaan banyak bagi subsidi bantu pak tani. LPN bagi lagi subsidi bila mesin padi. MARDI bagi beneh padi baru yang boleh keluar hasil kerat berlipat ganda dari padi mahsuri dulu. Semua keuntungan penanam padi ini adalah kerana Kerajaan UMNO nak orang Melayu hidup lebih senang daripada dahulu.
Orang bendng yang miskin tak dah tanah Kerajaan galak masuk Felda. Berduyun masuk Felda Guar Napai, Felda Bukit Tangga, Felda Bt 8 Changlun, Felda Laka Temin, Felda Bukit Tembaga, Felda Teloi Timor dan banyak lagi rancangan di Kedah, Perak, Pahang dan Johor. Mula-mula dulu susah la chek oi kena pugar tanah hutan, kena halau gajah dan rimau, rumah pun ala kadar saja, jalan pun tanah merah, api letrik pun tak dak pakai lampu geslin.
Puak-puak PAS masuk rancangan Felda dok racun orang Felda, tudoh Kerajaan buat Felda kerana nak curi balak, kata Kerajaan hina orang Melayu halau depa masuk hutan, kata Kerajaan nak jadikan orang Felda kuli batak, ramai juga yang termakan hasutan PAS dan balik semula ke kampung buat bendang. Mereka yang tak peduli hasutan PAS la ni dah senang lenang kat Felda, yang balik semula ke kampong dok gigit jari.
Kerajaan UMNO selama dok perintah Kedah sejak zaman Datuk Syed Ahmad, Datuk Syed Nahar, Tok Man Arop, Tok Sanusi Joned, Tok Det Khalid, depa bawak banyak kemajuan kat Kedah. Tok Det Khalid masa jadi MB Kedah dia buat jalan baru ke Kuala Nerang, bypass pekan Langgar. Kalau tidak jem giler kata orang la ni. Masa zaman dia juga dia bina Hospital Baru Alor Star. Ada juga nampak jasa dia kat orang kawasan Padang Terap. Ustaz Azizan buat projek apa yang bagi pekdah kat orang Sungai Limau? Habok pun tarak.
Banyak projek ekonomi yang memberi pekerjaan kat rakyat Kedah macam kilang Modenas, kilang kereta Naza dan kilang besi di Gurun, Kilang baja urea, kilang honda kat Sg Petani, kilang komposit kat Changlun, kilang letronik dan solar kat Kulim, kilang tayar kat Mergong, semua kilang bagi kerja kat puluhan ribu rakyat Kedah.  Pulau Langkawi dulu tempat jin bertendang yang ada hanya biji jangguih, ikan bilis dan ayak gamat la ni tersohor sebagai pulau pelancongan, ada pameran kapal terbang dan kapal perang (LIMA), beratus ribu mai melancong, anak Langkawi jadi kaya raya bukankah kerana UMNO?
Cuba habak mai Kerajaan PAS Kedah selama perintah Kedah depa tarik masuk berapa kilang kat Kedah? Depa ceramah hebat la, tapi nak ceramah kat pelabor asing depa tak berapa reti pasai depa bukan belajar ekonomi.

No comments:

Post a Comment