Sunday 17 June 2012

#PASerabut Mana Negara Islam PAS?

Penceramah PAS selalu kata bila PAS menang pilihanraya, esok pagi sebelum ayam berkokok Kedah akan jadi sebuah negeri Islam. PAS parti Islam takkan bila menang dia buat negara sosialis atau komunis? Depa tudoh UMNO sekular sebab tu depa tak tau Islam, tapi UMNO buat masjid, sekolah agama Maktab Mahmud, buat Bank Islam, Takaful, pajak gadai Islam Arrahnu, buat Kolej Islam Kelang, buat Maktab Perguruan Islam, buat Universiti Islam, tapi PAS buat apa? Kalau setakat cakap rasanya burung mengala kerbau lagi pandai cakap.
Kot kot la orang agama mengaji Al-Azhar depa tau membangun agama Islam, depa buat projek pelancongan Islam ka macam Kelate Serambi Mekah, buat universiti Islam ka, buat Dinar emas ka, bela unta ka, apa pun projek Islam depa tak buat. Bila tanya depa kata Sultan tak bagi guna duit zakat. Sultan kita pun tau kalau bagi duit zakat depa guna untuk politik, mana buleh. Duit zakat kena bagi ikut asnaf dan politik bukan dalam asnaf zakat.
Memang kempen PAS dalam PRU 12 dulu sangat berkesan sehinggakan rakyat Kedah benci kat UMNO. Penceramah PAS  berjaya menimbulkan rasa meluat kat Tok Det Khalid dan Pak Lah Badawi. Sanggup depa kata Arab Badwi bela unta, Badawi Melayu bela babi. Depa serang Islam Hadhari kata tak betul dari segi loghatul arabiyah, depa kata Pak Lah nak buat mazhab baru. Depa heboh anak dan menantu dia Khairy dapat banyak saham jadi kaya raya.

Taktik dan sentimen menimbulkan rasa kebencian (hate campaign) kepada UMNO inilah yang sentiasa dimainkan oleh parti PAS selama berpuloh tahun di Kedah. Sejak ditubuhkan pada tahun 1951 apa sahaja yang buruk, semuanya ditampal pada UMNO. Wakil Rakyat PAS Hashim Gera suka joget UMNO punya pasal, Dato Asri masuk UMNO memanglah dituduh kerja UMNO.   Tak dak satu benda pun UMNO  buat baik selama memerintah Kedah. Wal hal banyak sangat kemajuan yang UMNO bawa ke Kedah terutama kat Pulau Langkawi sehingga la ni pulau Mahsuri terkenal sebagai pusat pelancongan dunia.

Kes pemecatan Datuk Dr. Hasan Ali dari PAS juga 'angkara' UMNO, itu kata Setiausaha Agung PAS. Walaupun Mursyidul Am PAS Nik Aziz bertindak  pengecut dengan tidak membela langsung Dr Hasan Ali ketika beliau memperjuangkan isu orang Melayu murtad di gereja DUMC dan membantah penjualan arak di kedai 24 jam di Shah Alam yang terletak di komuniti Melayu dan serta mencegah maksiat, namun UMNO jugalah yang disalahkan.

Ini kerana PAS hendak mengambil hati rakan seperjuangan Pakatan Rakyat PKR dan DAP yang memerintah Negeri Selangor dan Penang. PAS ubah dasar jadi parti kebajikan kerana hendak membuang imej menegakkan Negara Islam. Mengapa sanggup menggugurkan perjuangan Islam yang menjadi isu dalam Pakatan Rakyat, walhal namanya Parti Islam SeMalaysia. Mana dia singa-singa Pas seperti Mat Sabu, Mahfuz Omar, Salahuddin Ayub, Husam Musa yang lantang menuduh UMNO tidak menegakkan Islam? Nak diharapkan kepada Mursyidul Am Pas, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat dan Presidennya, Datuk Seri Abdul Hadi Awang memang jauh panggang dari api. Tiada nada langsung membela Dr Hasan Ali yang sungguh-sungguh nak menegak hukum Islam, sebaliknya pemimpin PAS yang lain membisu seribu bahasa. Takut kat Karpal Singh atau takut kepada Allah dan siksa api neraka?

No comments:

Post a Comment