Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 6 June 2012

Mahkamah Putus Anwar Korup, Salah Guna Kuasa Timbalan Perdana Menteri

AIDCNews – 04/06/12 – Mahkamah telah memutuskan Datuk Seri Anwar Ibrahim sebagai seorang tokoh politik yang korup apabila didapati bersalah menyalahgunakan kuasanya sebagai Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan untuk melindungi hubungan seks dan aktiviti liwat.


Pengamal undang-undang, Mohd Khairul Azam Abdul Aziz berkata dalam kes salah guna kuasa itu Anwar telah tewas di mahkamah untuk semua peringkat iaitu di Mahkamah Tinggi, Mahkamah Rayuan dan Mahkamah Persekutuan.


Khairul Azam juga menjelaskan satu persatu berkenaan dua kes di mahkamah yang membabitkan Anwar pada tahun 1998, iaitu kes salah guna kuasa dan kes liwat.


Ikutilah wawancara AIDC dengan peguam muda, Khairul Azam.


Khairul Azam : Anwar dihadapkan ke mahkamah atas dua kes yang berbeza.


AIDC : Dua kes ya?


Dua kes yang berbeza.


Yang pertamanya adalah kes salah guna kuasa beliau sebagai Timbalan Perdana Menteri (TPM) dan Menteri Kewangan. Jadi, kes itu dituduh di bawah Seksyen 2 (1) Ordinan Darurat Kuasa-kuasa Perlu 1970. Jadi, kes ini dibicarakan di hadapan mendiang Yang Arif Datuk Agustine Paul. Yang ini kes yang pertama.


Pertuduhan Pertama


“Bahawa pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos tahun 1997, di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri di No 47, Jalan Damansara. Semasa menjadi Timbalan Perdana Menteri dan Menteri Kewangan, telah melakukan perbuatan rasuah iaitu mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang, Pengarah Cawangan Khas dan Amir Bin Junus, Timbalan Pengarah Khas 2 PDRM untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Azizan Abu Bakar bagi menafikan salah laku seks dan liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan atau prosiding yang bersifat jenayah dan akibatnya Azizan Abu Bakar telah memberi pengakuan bertulis bertarikh 18 Ogos 1997 kepada Perdana Menteri sebagaimana yang diarahkan oleh kamu.”


Pertuduhan Kedua


“Bahawa kamu pada 27 Ogos, di kediaman rasmi juga telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Mohamad Said Awang dan Amir Junus, Timbalan Pengarah Cawangan Khas 2 PDRM untuk menggesa Azizan Abu Bakar supaya memberi kenyataan umum bertulis bagi menafikan salah laku liwat yang dilakukan oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu.”


So, tadi tu minta dia tarik balik. Yang ini, bagi satu kenyataan baru. Dah tarik, kemudian bagi satu kenyataan baru yang dia tidak pernah diliwat.


Pertuduhan Ketiga


“Pada 12 Ogos sehingga 18 Ogos, di kediaman rasmi juga telah mengarahkan Datuk Said Awang dan Amir Junus tadi juga untuk memperolehi pengakuan bertulis daripada Ummi Hafilda Binti Ali bagi menafikan salah laku seks dan liwat oleh kamu dengan tujuan melindungi diri kamu daripada sebarang tindakan ataupun prosiding bersifat jenayah.”


Ni yang kata Shamsidar Taharin ni ?


Ini yang salah laku seks dan liwat. Seks tu yang melibatkan Shamsidar Taharin, isteri kepada Azmin.


Pertuduhan Keempat


“Bahawa pada 27 Ogos di kediaman rasmi Timbalan Perdana Menteri juga telah melakukan perbuatan rasuah di mana kamu telah mengarahkan Datuk Said Awang untuk menggesa Ummi Hafilda Ali supaya memberi kenyataan umum bertulis menafikan salah laku seks yang telah kamu lakukan.”


Semua pertuduhan ini ia adalah melibatkan elemen rasuah.


Rasuah didefinisikan bukan semata-mata memberi duit tetapi dengan menggunakan kuasa beliau pada ketika itu sebagai TPM dan Menteri Kewangan, beliau mengarahkan polis. Jadi, itu juga dianggap sebagai satu elemen rasuah salah guna kuasa.


Sebenarnya kes ini adalah berikutan daripada laporan polis yang dibuat oleh Azmin Ali sendiri terhadap penulis buku ‘50 Dalil Kenapa Anwar Tidak Dapat Menjadi Perdana Menteri’.


Daripada buku itulah penyiasatan yang dibuat oleh polis, polis siasat buku itu dan polis melihat ada kebenaran dalam beberapa isu yang ditimbulkan dalam buku itu. Maka, sebab itulah Anwar Ibrahim didakwa sebab telah gunakan kuasa dia untuk mengarahkan polis.


Jadi, pertuduhan ini tidak ada kena mengena lagi dengan liwat. Tidak ada kena mengena lagi dengan salah seks. Tak ada. Ia hanya berkaitan dengan sama ada benar atau tidak dia telah menggunakan kuasa dia untuk mengarahkan polis untuk mengugut saksi-saksi.


Maksudnya?


Salah laku seks dan liwat. Dua benda.


So, dalam buku 50 Dalil itu menyatakan hubungan seks Datuk Seri Anwar ini bukan setakat meliwat tetapi termasuk juga hubungan seks dengan Shamsidar Taharin. Itu yang dalam perbicaraan mahkamah, diangkut tilam dan sebagainya untuk Membuktikan. apa secara tersiratnya memang ada juga melibatkan salah laku seks dengan Shamsidar. Tetapi tidaklah dinyatakan dalam kertas pertuduhan ini.


Kes ini telah dibicarakan sehingga tamat di hadapan Datuk Agustine Paul, mendiang Hakim Mahkamah Tinggi pada ketika itu.


Anwar didapati bersalah dan dijatuhkan hukuman penjara 6 tahun bagi setiap pertuduhan ataupun denda RM20,000 atau kedua-duanya sekali. Maksimum penjara adalah 14 tahun.


Kemudian, barulah pergi kepada kes yang kedua.


Dalam kes Datuk Seri Anwar Ibrahim ini adalah sama ada beliau meliwat atau tidak. Ini baru menjurus kepada sama ada dia (Azizan Abu Bakar) diliwat atau tidak. Yang kes ini dibicarakan di hadapan Datuk Ariffin Jaka, Hakim Mahkamah Tinggi.


Pertuduhan itu dibuat di bawah Seksyen 377 Kanun Keseksaan. Datuk Seri Anwar dituduh melakukan persetubuhan luar tabii di Unit No 10-7-2, Tivoli Villa, Jalan Medang Tanduk, Bangsar di sini pada satu malam, pukul 7:45 antara Januari hingga Mac 1993.


Sukma ada dituduh sekali?


Ya, Sukma dituduh dalam kes yang sama tapi berasinganlah. Maksudnya dua kes lah. So, satu yang dituduh adalah Anwar, sorang lagi yang dituduh adalah Sukma.


Dalam kes ini, Anwar telah dipanggil untuk membela diri. Jadi, apabila telah dipanggil membela diri, bermaksud, pendakwaan telah berjaya membuktikan wujud kes prima facie sehingga Anwar perlu membela diri dia.


Jadi, setelah selesai semua proses, Anwar Ibrahim telah didapati bersalah dan dihukum penjara selama 9 tahun. Itu dalam kes dia meliwat.


Begitu juga dengan Sukma ?


Iya, begitu juga dengan Sukma.


Kes rayuan pada 2004?


Di dalam kes rasuah yang..kes yang mula-mula sekali, kes pertama..beliau merayu sehingga ke peringkat Mahkamah Rayuan dan seterusnya ke peringkat Mahkamah Persekutuan.


Di peringkat Mahkamah Persekutuan, kedua-dua kes ini yang mula-mula sekali diputuskan oleh mahkamah adalah kes dia yang kedua, iaitu sama ada liwat Azizan ataupun tidak. Itu diputuskan pada 2 September 2004. Seminggu selepas itu baru keputusan sama ada dia bersalah merasuah atau tidak.


Korum mahkamah pada ketika itu terdiri daripada tiga orang Hakim iaitu Datuk Abdul Hamid Mohammad, Datuk Rahmah Hussin dan Datuk Tengku Baharuddin Shah Tengku Mahmud.


Jadi, tiga orang Hakim ini membuat keputusan majoriti. Maksud dua orang Hakim menerima rayuan Anwar, seorang Hakim menolak rayuan Anwar.


Ini ground of judgement yang dibuat oleh Datuk Abdul Hamid Mohammad dan Tengku Baharuddin Shah. Dua orang Hakim tu dia bergabung satu alasan penghakiman. Dan Hakim yang menolak rayuan Anwar Datuk Rahmah Hussin memberikan ground of judgement yang berbezalah di dalam kes Anwar ini.


Saya bacakan apa kata Hakim yang membebaskan Anwar daripada kes ini. Dia kata; “To summarize our judgement event the reading appeal record we find evidence to confirm that the appellants [Dato' Seri Anwar bin Ibrahim and Sukma Darmawan Sasmitaat Madja] were involved in homosexual activities and we are more inclined to believe that the alleged incident at Tivoli Villa did happen sometimes discourt as cause…..”


Di sini bermaksud, Hakim Datuk Hamid sendiri kata, beliau mempercayai bahawa memang appellants dalam kes ini iaitu Datuk Seri Anwar, memang terlibat dalam kegiatan homoseksual dan beliau percaya insiden itu telah berlaku di Tivoli Villa.


Mahkamah tidak boleh nak memutuskan telah berlaku itu hanya sebab teknikal. Sebab tarikh tak ingat, tak ada rekod dan sebagainya. Jadi, mahkamah menerima rayuan Anwar itu semata-mata sebab teknikal.


Bebas dalam erti kata tidak bersih dari segi perbuatan homoseksual ?


Ya betul. Ketiga-tiga Hakim, dari segi betul atau tidak Anwar meliwat, ketiga-tiga Hakim percaya Anwar meliwat.


Seminggu selepas itu, satu lagi keputusan Mahkamah Persekutuan berkaitan dengan kes salah guna kuasa. Genap-genap seminggu selepas tarikh 2 September itu.


Dalam kes ini di Mahkamah Persekutuan, korumnya adalah Datuk Malik Abdul Ahmad, Datuk Siti Norma Yaakub dan Datuk Alauddin Mohamad Sherif. Ini korum yang berbeza daripada tadilah.


Dalam kes salah guna kuasa ini sama ada benar atau tidak Anwar telah menyalahgunakan kuasa dia sebagai Timbalan Perdana Menteri arahkan polis mengugut saksi-saksi, tarik balik akuan bersumpah dan beri surat akuan bersumpah palsu yang baru. Ketiga-tiga Hakim secara sebulat suara bersetuju menolak rayuan Anwar.


Bermaksud, kalau dia tolak rayuan Anwar, bermaksud dia mengekalkan keputusan salah Anwar sabit penjara 6 tahun itulah. Dan memang terbukti, Anwar telah pun menyalahgunakan kuasa dia. So, dia bersalah kerana dia salah guna kuasa dia.


Kes rasuah ini sebenarnya complete bahawa Anwar bersalah ?


Ya, betul.

Read more: http://www.pisau.net/2012/06/mahkamah-putus-anwar-korup-salah-guna.html#ixzz1wvmDSAHE

No comments:

Post a Comment