Thursday 17 May 2012

Kejadian Ribut di Sekitar Manjung... @ZambryAbdKadir

Malam tadi lebih kurang jam 12.15-12.30 malam (17/5/12) kejadian ribut berlaku di sekitar Manjung iaitu di Taman Berpadu, 11 rumah terlibat, di Seri Manjung 1 khemah perniaagaan dan di Tanjung Kepah 3 buah rumah...





Paling kesian adalah di Tanjung Kepah. Sudah lah rumah ditimpa pokok kelapa, anak yang berumur 13 tahun telah dimasukkan ke Hospital Ipoh untuk mendapatkan rawatan lanjut. Lagi seorang menerima 3 jahitan dibawah mata.
 
 Mohd Hisham Bin Mohd Noor menerima 3 jahitan di bawah mata



Ahmad Zahedin Bin Hashim, Ketua Kampung Tanjung Kepah merangkap Naib Ketua Pemuda UMNO Bahagian Lumut

Semasa kejadian, rumah tersebut di huni seramai 9 orang. Kedua-dua mangsa sedang nyenyak tidur di ruang tamu rumah mereka. Mangsa yang cedera ialah Nor Hisham bin Mohd Noor (27) dan adik beliau Mohd Saiful Azhar bin Mohd Noor (13). Saiful masih menuntut di SMK Bt 10, Lekir.

Menurut Sdr Ahmad Zahedin, Angin memang kuat dan beliau terus melawat mangsa seawal pagi lagi. Beliau telah memaklumkan kejadian kepada wakil Jabatan Kebajikan Masyarakat dan wakil ahli Parlimen Lumut, Encik Ting. Menurut beliau anggaran kerokan lebih kurang RM 10,000. 

Beliau juga mengucapkan takziah kepada keluarga dan meminta agar lebih bersabar menerima dugaan Allah. Beliau juga bersyukur kerana dalam kejadian ini tiada kehilangan nyawa.

Di Fasa 2H Seri Manjung pula khemah perniaagan seorang ahli PAS terbalik, dan di Taman Berpadu 11 rumah kerokan atap. Yang lain-lain punj ada lagi... cuma tidak berkesempatan untuk ambil gambar.

No comments:

Post a Comment