Tuesday 22 May 2012

Apa Erti perjuangan 27 tahun bagi Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar


Dua hari lepas satu dunia dikecohkan dengan amukkan seorang yang bergelar pejuang Melayu bukan kerana mempertahankan hak orang Melayu tetapi kerana tidak mendapat projek pasir. Alangkah malunya dengan jawatan yang disandangnya mengamuk sedemikian rupa kerana satu dunia melihat dirinya yang sebenar.

Perjuangan apa yang ditunjukkan oleh Naib Ketua Pemuda Umno Bahagian Kampar hanya kerana tak dapat projek melombong pasir, semua menjadi mangsa. Angkat bendera DAP umum masuk DAP keluar Umno. Apakah ini musim orang Umno mengamuk?

Jika beliau bangga dengan perjuangan bersama Umno selama 27 tahun, apakah beliau seorang yang berjuang untuk Umno sehingga Umno sampai ke tahap ini. Berjuta orang Melayu diluar sana juga berjuang demi Umno bukan 27 tahun malah ada yang sampai 40 tahun tanpa apa-apa habuan pun.

Beliau pernah mendapat konsesi balak, pernah mendapat 150,000 tan pasir itu pun masih belum mencukupi. Apakah pasir, balak hanya untuk dirinya sorang sahaja, orang lain bagaimana?

Ingat ada orang lain yang berjuang jauh lebih lama tanpa dapat apa-apa imbuhan tetapi mereka redha dengan ketentuan Allah, kerana rezeki hakmilik Allah. Dia berhak untuk Memberi kepada sesiapa sahaja yang Dia mahu.

Entah ler apa perjuangan yang sebenarnya yang dibawa oleh seorang pemimpin Umno ini. Apa yang pastinya rakyat, pengundi atas pagar kesal dengan sikap pemimpin sebegini, perbuatannya telah menguris hati ramai pihak termasuk pihak yang mencalonkannya untuk mendapat jawatan sebagai Naib Ketua Pemuda Umno Kampar.

Kepada pemimpin Umno yang lain jadikan ini sebagai pengajaran kerana rakyat akan semakin menyampah bukan kerana perjuangan Umno untuk orang Melayu tetapi menyampah dengan pemimpin Umno begini.


Layak lagi ker dia ni menjadi pemimpin dalam Umno?

No comments:

Post a Comment