Monday, 13 June 2016
#prkkualakangsar : Bendera PAN perlu diturunkan? Ape kata SPR?
Di PRK Kuala Kangsar bendera Warna oren kepunyaan PAN mungkin salah dan kemungkinan besar akan diturunkan. Ini dinyatakan oleh wakil calon PAS di Pejabat Tanah Daerah Kuala Kangsar.
Logo PAN yang dibenarkan adalah bentuk bukit berwarna oren, tulisan amanah berwarna hitam dan berlatar belakang putih.... Namun di bendera PAN pula bentuk bukit berwarna putih, tulisan berwarna putih dan berlatar belakang oren. Ianya tiada dalam buku SPR mengenai logo yg bertanding. Seharusnya SPR lebih peka permasalahan ini.
Kalau boleh tukar sesukahati bapak die... Calon lain pun boleh tukar warna logo..
Contoh si Izat Bukhary, boleh print la bendera logo pen tu warna merah ke, warna hijau ke, warna kuning ke... Suka ati die la nak warna apa...
Amacam SPR... Boleh bagi kata putus tak?
Tuesday, 7 June 2016
#PRKKualaKangsar : PAN Bin DAP
PAN sebenarnya tahu mereka tidak akan mampu mencapai kemenangan, apa yang mereka hasratkan ialah mendapat undi lebih daripada Pas. Itu sahaja matlamat mereka. Ini boleh mereka jadikan modal bagi memberitahu orang Melayu bahawa parti mereka jauh lebih hebat daripada Pas.
PAN hanya parti serpihan. Dahulu PKR boleh hidup kerana diberi laluan oleh Pas. Tetapi sekarang Pas sudah tidak lagi bersedia berbuat demikian. Oleh itu PAN terpaksa bertembung dengan Pas dalam pilihanraya. Pemimpin PAN kena sedar mereka menjadi Ahli Parlimen atau ADUN pun adalah atas tiket Pas sebelum ini.
PAN perlu mencari kerusi paling selamat. Buat masa ini tiada satu pun kerusi yang berada pada kedudukan tersebut kecuali PAN memujuk bapak mereka DAP menyerahkan kerusi mereka sebagai tanda anak beranak. Tetapi rasanya ‘mati hidup semula’ pun belum tentu DAP bersedia. Malah DAP mahu Pas pula yang berkorban menyerahkan kerusinya kepada PAN!
PAN jangan ghairah atau bermimpi untuk ‘dihadiahkan’ kerusi oleh DAP dalam pilihanraya. Yang pasti PAN bersedialah untuk diperalatkan oleh DAP seperti mana yang dialami oleh Pas sebelum ini. PAN tidak ada apa-apa keistimewaan yang harus diberi perhatian oleh mana-mana pengundi.
PAN akan ‘tenggelam’ sendiri!
Biarkan! Biarkan......
Monday, 6 June 2016
#PRKKualaKangsar : Ceramah sulung PAS Terbaekkkkkk 4 angka !!!!
#PRKKualaKangsar : Adakah ini PROKSI TUN M ???
BEBAS. Siapa yang bertanding ? Izat Bukhary Ismail Bukhary bertanding atas tiket bebas dan menggunakan logo PEN sepertimana yang digunakan oleh beliau di Pengkalan Kubor dan Cemphaka. Mengapa beliau sanggup bertanding sedangkan telah mengetahui wang pertaruhan juga akan hilang.
Adakah beliau ini MAKSUM? Orang lain semuanya tidak betul. Die sahaja yang betul. Beliau mempertikaikan bahawa calon wanita dari PAS dan BN tidak layak bertanding kerana seharusnya diberikan kepada lelaki. Oleh sebab itu beliau terpanggil untuk bertanding walaupun mengetahui bahawa kemungkinan besar tidak berpihak kepada beliau.
Dulu pernah diperkatakan bahawa beliau bertanding di Pengkalan Kubor menjadi PROKSI Anwar... benar atau tidak hanya beliau yang mengetahui. (POSTING DAHULU)
Disini atas proksi siapa pula? Adakah Proksi TUN M??? Biarla Izat menjawab persoalan ini.
Thursday, 28 April 2016
#PRNSarawak :Wan Azizah & PKR Memang Suka Jalan Belakang !!!
PKR terbukti menyukai jalan belakang. Di DUN N75 Senadin, Kerusi ini disandang oleh DAP. Perjanjian yang kononnya bahawa PKR tidak akan meletakkan calon di mana rakan sekutu meletakkan calon di kawasan tersebut. Berita yang kononnya DAP melanggar perjanjian antara mereka terbukti salah., PKR juga melanggar perjanjian demi memenuhi nafsu serakah tanpa mengenal jalan depan atau belakang.
Sekiranya benar mereka sepakat, mereka pasti menggunakan jalan depan iaitu berunding terlebih dahulu sebelum meletakkan calon masing-masing di N75 Senadin. Ini tidak, mereka tetap meletakkan calon dari PKR sedangkan mereka tahu kerusi tersebut untuk ditandingi oleh DAP.
Wan Azizah memang suka jalan belakang. Beliau tetap meletakkan calon dari PKR dan membelakangkan DAP untuk nafsu dan kuasa semata-mata.
Calon-calon yang bertanding :
1. Datuk Lee Kim Shin (BN)
2. Dr Bob Baru Langup (DAP)
3. Steve Teo (PKR)
4. Bill Kayong (DNP)