Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Wednesday 27 May 2015

PRESTASI PARTI BULAN PENUH YANG MALAP !!!


HAKIKATNYA, sasaran Pas adalah untuk menjadi dominan dalam pakatan pembangkang. Inilah yang diimpikan oleh Abdul Hadi dan ulama parti itu. Tapi Pas diperlekeh dalam Pakatan Rakyat dan sekadar menjadi rubber stamp oleh DAP dan PKR.
PENGHINAAN ini bermula dari Kajang sehinggalah kepada Abdul Hadi di­cerca dan dihina oleh DAP. Terbaru, Penasihat DAP, Lim Kit Siang dilihat sudah sampai ke peringkat mahu mengajar Pas bagaimana untuk melaksanakan hukum hudud. Jelaslah, pemimpin DAP itu sudah tidak mengenal lagi batas kesopanan sehingga tergamak ‘mengajar itik berenang’ di halaman orang.
Pas mesti menjadi dominan dalam PR, sama seperti UMNO dalam BN. Cuma, persepsi rakyat kala ini, Pas sekadar menjadi pengikut dalam PR. Yang ketara kini, orang Melayu masih bergantung harap kepada UMNO untuk membela dan memperjuangkan nasib mereka.
ORANG Melayu tidak yakin Pas boleh menjadi pengganti UMNO kerana yang kelihatan orang Cina lebih ketara menyokong PR. DAP tidak mahu Pas menjadi dominan dalam PR. Kerana itu me­ngapa DAP ‘groom’ orang Melayu untuk menjadi calon pilihan raya mereka, sepertimana Dyana Sofya di Parlimen Teluk Intan.



Pas tetap Pas; ia tidak akan berkongsi dengan UMNO. Kalau tidak, masakan Pas sanggup beradu kekuatan dengan UMNO di Rompin, ketika UMNO memberi ruang tidak bertanding di DUN Chempaka tempoh hari. Pas sanggup ‘menjilat ludah sendiri’ dengan pusing­an U menyokong calon PKR di Permatang Pauh walaupun semua ADUN UMNO di Kelantan telah menyokong perjuang­an hudud parti Pas.
APA yang nyata, Pas kini lebih rakus untuk mengambil alih kuasa pemerintahan negara bersama rakan-rakan dalam pakatan pembangkang. Keghairahannya itu sehinggakan kita tak tahu apa sebenar yang dicari sehingga Pas kelihatan terus terkial-kial hendak menempatkan diri dalam pakatan pembangkang.
TAKUT-takut Pas sekadar digunakan untuk menolak kereta yang baterinya lemah. Selepas kereta itu hidup, Pas hanya ditinggalkan ‘memakan asap’.

SELAMAT BERSIDANG !

1 comment:

  1. MOHEGAN Casino Resort & Spa announces new entertainment
    The MOHEGAN 평택 출장안마 brand 김해 출장샵 has expanded into the world of luxury 울산광역 출장마사지 and entertainment with the launch 아산 출장샵 of MOHEGAN Casino Resort 제주 출장마사지 & Spa in

    ReplyDelete