Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Friday 30 May 2014

#PRKTelukIntan : SPR Di Teluk Intan Tidak Telus @ZambryAbdKadir @NajibRazak

Bendera UMNO diarahkan turun kerana UMNO tidak bertanding.... Yang bertanding BN... Tapi bendera PAS & PKR ape cerita? Siapa pemantau SPR? Gambar dibawah telah diambil di beberapa kawasan iaitu di Batak Rabit dan Nova Scotia...

#PRKTelukIntan : RBA Semakin Terdesak...gambar Siti Norhaliza dikatakan Dyana

Bangang punya Nadia Natasha. Gambar Siti Norhaliza dikatakan Dyana... Bohong lagi.

#PrkTelukIntan : Calon DAP Buruk Perangi

#Sebarkan
Buruk betul perangai calon DAP ni...
Org tgh makan, dia ajak bergambar...
Tapi bila Akk2 tu Xmo bergambar ngan dia, dia blh plk ngan slamber ckp "Eiii... buruk nye muka.."
Kejadian ni dpn mata Cik Gayah sendiri... mmg kurang ajar laa dia ni...
Mcm ni laa bila otak da di cuci oleh DAP...

#PRKTelukIntan #NadiRakyat

*Kejadian di Restoran Udang Galah Teluk Intan.

#PRKTelukIntan : Apa Orang Teluk Intan Dapat #jompilihmah ???


Berita baik kepada pengundi Teluk Intan jika Datuk Mah Siew Keong menang dalam pilihanraya kecil parlimen Teluk Intan yang akan berlangsung pada 31 mei nanti.

Perdana Menteri sendiri sudah memberikan jaminan bahawa Datuk Mah Siew Keong akan diangkat sebagai menteri jika pengundi Parlimen Teluk Intan memberikan mandat kepada Datuk Mah Siew Keong sebagai ahli parlimen.

Jadi apa lagi yang diperlukan oleh pengundi dan rakyat di Teluk Intan? Jika Mah memenangi pilihanraya kecil ini maka kemudahan dan pembangunan sudah pasti akan dikecapi oleh penduduk Teluk Intan.

Dengan pengalaman sebagai Timbalan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Timbalan Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani sudah pasti Datuk Mah mampu mengendalikan pembangunan Teluk Intan dengan lebih berkesan.

#PRKTelukIntan : Apa Komen Orang Teluk Intan ??



#PRKTelukIntan : Kontroversi ..Gambar Dyana Kantoi !!!



1. Dyana dalam kenyataan akhbarnya bertarikh 27 May 2014 menyatakan yang dia turut mendaftarkan ahli baru Perkasa di Majlis Pendaftaran Ahli baru pada 21 Oktober 2008 kerana membantu emaknya.

2. Dalam kenyataan akhbarnya, beliau menegaskan seolah-olah itulah satu-satunya dia pergi ke majlis Perkasa. Mana-mana pendengar yang munasabah akan membuat kesimpulan itu selepas mendengar penjelasannya. Kenyataan emaknya kemudian juga memberikan gambaran yang sama.

3. Tapi lihat gambar-gambar di bawah yang diambil pada Tahun berikutnya, iaitu pada tahun 2009...



Wednesday 28 May 2014

Kemangkatan DYMM Sultan Perak

Al Fatihah.
Dimaklumkan bahawa DYMM Sultan Perak, Sultan Azlan Muhibbudin Shah telah mangkat sekitar jam 1.30 tengahari tadi.
Walau bagaimanapun pengumuman rasmi belum dilakukan. Semoga Allah mencucuri rahmat ke atas roh DYMM Tuanku.
Al Fatihah.

#PRKTelukIntan : Dyana akan di "RemoteControl"Kan !!! Biar Betoi..




Tuesday 27 May 2014

#PRKTelukIntan : Azmin Dan Mat Sabu buat Kenyataan Mengejut!!!!

#PRKTelukIntan : Muka Dato' Mah kena spray...

Siapalah punya kerja ni? Dah tak de kerja ke? Nampak sangat mereka semakin goyang hingga terpaksa membuat kerja yang tak bermaruah ni. Kalau betul berani... Spray kat muka Dato' Mah. Jangan setakat berani spray billboard jer...
Billboard di persimpangan Ke Padang Tembak. Berhadapan Hotel Grand Court.

#PRKTelukIntan : BN Terus Bantu Naik Taraf Gelanggang Takraw




Lihatlah sukarelawan BN sedia membantu membina gelanggang takraw di Kampung Sungai Kerawai. Sukarelawan DAP ade ke yang sanggup buat kerja macam ini??? TAHNIAH BN... 

Monday 26 May 2014

TERKINI ! SELEPAS 'CELAKA UMNO', RAYER DAP BUAT SATU LAGI KENYATAAN BIADAP !

1. Sejak bila pula mencarut 'celaka' adalah perkara biasa bagi rakyat negeri Pulau Pinang?
 
2. Inilah yang diungkapkan oleh ahli politik mulut celupar, RSN Rayer DAP kepada wartawan. Sila baca di bawah :  

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Seri Delima, RSN Rayer terus mempertahan tindakannya mencela UMNO dengan perkataan celaka dengan menyifatkan perkataan itu adalah 'biasa' bagi rakyat negeri ini. 


Malah, beliau menjelaskan langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima susulan kebiadapannya itu dan meneruskan aktiviti seperti biasa. 
"Perkara itu biasa bagi orang Pulau Pinang, malah kadang- kadang saya menelefon rakan-rakan juga menggunakan perkataan sedemikian," katanya ketika ditemui di pusat pengundian Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Datuk Haji Mohammad Noor Ahmad di sini hari ini.seterusnya
3. Mungkin ahli politik DAP dan rakan-rakan beliau tergolong dalam kumpulan anti-sosial yang biasa mencarut 'celaka' tetapi untuk menuduh orang Pulau Pinang juga biasa mencarut 'celaka' adalah satu penghinaan kepada rakan beliau, Lim Guan Eng DAP sebagai Ketua Menteri dan seluruh rakyat Pulau Pinang.

4. Sebelum ini ahli politik DAP ini berkontroversi dengan UMNO tetapi sekarang, beliau turut mengheret seluruh rakyat Pulau Pinang ke kancah isu keceluparan mulut beliau.

5. Memang sungguh memualkan produk parti DAP ini dan sepatutnya mengundang bantahan keras oleh rakyat Pulau Pinang. 

6. Dan jika Lim Guan Eng DAP menyokong rakan beliau mencarut kepada parti UMNO, bagaimana pula pendirian beliau sebagai Ketua Menteri Pulau Pinang apabila RSN Rayer mendakwa perkataan kotor 'celaka' itu 'biasa' bagi rakyat negeri Pulau Pinang'?

7. Apakah Lim Guan Eng DAP akan tetap menyokong rakan beliau itu atau mempertahankan maruah rakyat negeri yang ditadbir oleh beliau?




8. Dan jika Lim Guan Eng DAP tidak bersuara mempertahankan maruah rakyat Pulau Pinang dengan meminta rakan politik beliau menarik balik kenyataan itu, meminta maaf secara terbuka dan mengenakan hukuman yang sewajarnya, kita sarankan agar Setiausaha Agung DAP itu meletak jawatan dengan kadar segera.

9. Begitu juga dengan kenyataan ahli politik DAP itu yang 'langsung tidak terjejas dengan ancaman yang diterima'. Ianya satu provokasi melampau yang semakin mencabar kesabaran kepimpinan, ahli-ahli dan penyokong UMNO selama ini.

10. Bagaimana pula dengan seorang lagi ahli politik 'hingusan' DAP yang berbohong kepada rakyat ? BACA SINI

#PRKTelukIntan : Transformasi Teluk Intan akujanji BN #ManifestoBN

BERDEDIKASI, BERPENGALAMAN, KOMITED
RANCANGAN PEMBANGUNAN TELUK INTAN OLEH MAH SIEW KEONG

MENTRANSFORMASIKAN EKONOMI TEMPATAN

��Lebih banyak peluang pekerjaan untuk golongan muda

��Teluk Intan sebagai “Agri-hub” Hilir Perak

��Menarik pelaburan khasnya dalam bidang perkilangan & pembuatan.

PELANCONGAN

*Menara Condong Teluk Intan disenaraikan sebagai tapak warisan UNESCO

*Teluk Intan sebagai “pusat makanan” Hilir Perak

*Projek pembangunan bersepadu tebing sungai (Integrated riverfront development)

KOMUNITI

*Pusat komuniti di setiap taman dan kampung

*Kompleks sukan bersepadu di Changkat Jong & Pasir Bedamar

*Lebih gelanggang FUTSAL 1Malaysia

*Zon wifi dan liputan perkhidmatan jalur lebar yang lebih luas

*Sebuah Universiti untuk Teluk Intan

*Rumah mampu milik melalui PR1MA

*Bekalan air, pengairan & saluran yang lebih mantap

"BERSAMA-SAMA KITA MENTRANSFORMASIKAN TELUK INTAN"
 UNDILAH BN

Sunday 25 May 2014

#PRKTelukIntan : Red Bean Army (RBA) Terus Serang Calon

Kenyataan Media yang dilakukan pada tengahari tadi di Pejabat Parti Gerakan Teluk Intan oleh YB Liang Teck Meng, Setiausaha Agung Parti Gerakan  menyatakan bahawa ada serangan peribadi ke atas calon BN iaitu Dato' Mah Siew Keong. Bukan setakat itu sahaja... gambar calon DAP dalam keadaan berbikini adalah juga kerja RBA. Kononnya gambar yang dibuat adalah kerja cyber tropper BN. Inilah permainan mereka yang tidak bertanggungjawab. RBA sengaja membuat gambar tersebut untuk menagih simpati dari pengundi Teluk Intan untuk memenangkan calon DAP. Mereka sanggup buat apa sahaja untuk kemenangan. Taktik kotor RBA telah dihidu oleh Cybertropper BN.

Wah..Wah..Wah.. Korang (PR) ingat pengundi Teluk Intan ni bodoh ke cepat terpengaruh dengan penipuan ini. Pengundi Teluk Intan adalah pengundi yang bijak dapat menilai yang mana KACA yang mana PERMATA..











Berita Kemangkatan Sultan Perak. PALSU!!!!

Berita tentang Kemangkatan Sultan Perak Sultan Azlan Shah adalah PALSU..
Telah disahkan oleh Pejabat Istana Bukit Chandan Kuala Kangsar Perak bahawa baginda kini masih di rawat di IJN. Harap Maklum.

#PRKTelukIntan : Apa Dah Jadi Ni ??? Dato' Mah Dipinggirkan ???












#PRKTelukIntan : Sah calon DAP berbohong mengenai ibu !!!!

Lokasi : Bilek gerakan DAP, Pekan Baru Teluk Intan, Perak

Acara : Sidang media harian

Tarikh : 21/5/2014


Ikuti penafian oleh calon DAP mengenai pembabitan ibu beliau dalam Pribumi Perkasa yang menjadi seteru DAP dari segi ideologi dan dasar perjuangan. Mengapa harus beliau 
menipu ?  Bukan kah lebih baik beliau akui  sahaja pembabitan dalam Perkasa bersama ibu beliau yang berlaku enam tahun yang lalu dengan alasan ketika itu beliau masih menuntut dan belum membuat pilihan wadah perjuangan politik .. Mengapa beliau memilih untuk berbohong ? 



Lupakah beliau bahawa beliau bertanding untuk menjadi wakil rakyat bukan nya bertanding untuk menjadi juara lagu atau artis popular. Saya yang telah mengikuti kempen calon Melayu DAP ini dari hari penamaan calon, berasa amat malu dan tertipu dengan penipuan bersahaja yang beliau lakukan.. Telah ditakdirkan saya juga yang telah merakam gambar di majlis Perkasa pada 21/10/2008 itu.


Saya telah menghubungi Setiausaha Agung Perkasa, Syed Hassan dan beliau telah mengesahkan bahawa ibu calon DAP adalah Ketua Wanita Perkasa yang pertama dan telah merujuk saya kepada liputan yang telah saya buat di SINI

Beliau telah mengirimkan e-mail yang isi kandungan nya seperti berikut :

Majlis pelancaran laman web Pertubuhan Pribumi Perkasa Malaysia (PERKASA) oleh Jeneral (B) Tun Ibrahim Ismail
Tempat : Kelab Sultan Sulaiman, Kuala Lumpur
Masa : 4.00 petang
Tarikh : 21 Oktober 2008



PERKASA adalah sebuah pertu buhan bukan kerajaan (NGO) yang berdaftar.Matlamat utamanya adalah memperkasa dan mempertahankan Perlembagaan Persekutuan, terutama nya Fasal 152 dan Fasal 153.
Secara khususnya, tujuan dan perjuangan PERKASA ada lah bermatlamat;
Memperkasakan Islam sebagai Agama Rasmi Persekutuan.
Memperkasakan Bahasa Melayu sebagai bahasa kebangsaan.
Memperkasakan Kedaulatan Raja-Raja Melayu.
Mempertahankan hak-hak keistimewaan Orang Melayu dan Bumiputera.
Memperkasakan kaum Pribumi.
Menyatupadukan kaum Pribumi dan perpaduan rakyat Malaysia.
Mempertahankan kedaulatan negara.

AHLI JAWATANKUASA PENAJA PERKASA

Presiden : Dato’ Ibrahim Ali
Timbalan Presiden : Dato’ Fuad Hassan
Naib Presiden : Dato’ Yahya Lampong
Naib Presiden : Datuk Hj. Shuaib Hj. Lazim
Naib Presiden : Dato’ Mokhtar Samad
Setiausaha Agung : Syed Hassan Syed Ali
Pen. Setiausaha Agung : Muhammad Afiq bin Aziz
Bendahari : Datuk Abd. Rahman A. Bakar
Ketua Penerangan : Datuk Ruhainie Ahmad

AhliJawatankuasa
Dato’ Zakaria Salleh
Salahuddin Hisahm
Mohd. Rozal Abd. Rahman
Mohd. Radzi Mustafa
Hjh Foziah Dato Nawawi
Raizul Azmi Zulkeply
HajahYam@Yammy Abdul Samat
Yusof Merah
Ahmad  Jaddawi Ghazali
Selamat Saimon Daud Ibrahim
Raizul Azni Zolkepli
Wan  Ahmad  Talib
Kpt. Don Abdullah
HanishaIzaireen
Megat Zulkarnain Omar Din
Jismi Azahar iJohari

 Check-mate.PuanYammi bersama anaknya Dyana melayani hadirin yang ingin menjadi ahli Perkasa sebelum majlis Pelancaran Laman Web Rasmi Perkasa pada 21hb.Okt 2008 kira-kira sebulan Perkasa disahkan penubuhannya oleh ROS iaitu 12hb. Sept 2008.
Yammy adalah antara pimpinan terawal penubuhan Perkasa. Beliau dalam Barisan Pimpinan Penaja Perkasa sehingga sebelum AGM Pertama Mac 2010, beliau meletakan jawatan sebagai Ketua Wiranita Perkasa Pertama. Tiada rekod beliau menarik diri dari menjadi ahli Perkasa.

Saturday 24 May 2014

#PRKTelukIntan : Apsal Tukar Bendera Lak Nih ???


Sketsa SEMUTOGEL yang memperlihatkan seorang yang begitu fanatik terhadap parti pembangkang dan akhirnya menyokong BN. Rupa-rupanya pagi tadi benar-benar terjadi di #PRKTelukIntan dimana seorang lelaki yang amat fanatik terhadap PKR (PR) telah mengubah pendirian hingga mahu menjadi salah seorang yang yang fanatik kepada Barisan Nasional. Beliau sendiri mahu bendera PKR yang dipasang didinding rumah beliau diturunkan. Turut menyaksikan peristiwa ini ialah Ketua Penerangan Barisan Nasional iaitu Dato' Ahmad Bin Hj Maslan.

Miss Of Puppet Bila lagi ????

#PRKTelukIntan : Ahli DAP Insaf...Miss Of Puppet Bila Lagi?

#PRKTelukIntan : Siapa Pulak yang Kencing Tepi Jalan Nih ????

#PRKTelukIntan : Pengundi Kampung Sungai Samak Tolak Mah???

 Dato' Mah bersama pengundi Kg Sg Samak menyambut TPM

 Dato' Mah disenangi masyarakat setempat




 Membuktikan bahawa Dato' Mah disenangi rakyat

 Sempat berbual dan bergurau....


penyokong tegar BN..