Monday, 31 March 2014

2 Lagi PRK : Sah??? Karpal Dan Anwar Hilang Kelayakan Ahli Parlimen!!!

31/3/14 – Ahli parlimen DAP Bukit Gelugur, Karpal Singh, 74, mendakwa beliau dan Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, 67, telah hilang kelayakan sebagai ahli parlimen di Dewan Rakyat atas kesalahan yang berbeza di mahkamah.Karpal dilaporkan FMT berkata berdasarkan perkara 53 Perlembagaan Persekutuan, beliau dan Anwar telah hilang kelayakan untuk berada di Dewan Rakyat.“Memandangkan sabitan dan hukuman saya dan Anwar, Dewan Rakyat perlu bertindak di bawah Perkara 53 (1) Perlembagaan Persekutuan.

“Ini bermakna kedua-dua kami tidak boleh berdiri (sebagai ahli parlimen) hilang kelayakan sehingga mahkamah memutuskan rayuan kami,”katanya.Karpal Singh pada 11 Mac lalu, dijatuhi hukuman denda RM4,000 oleh Mahkamah Tinggi, Kuala Lumpur selepas didapati bersalah mengeluarkan kenyataan berbaur hasutan terhadap Sultan Perak, lima tahun lalu.Anwar Ibrahim pada 7 Mac lalu, dihukum penjara lima tahun oleh Mahkamah Rayuan setelah didapati bersalah meliwat bekas pembantu peribadinya, Mohd. Saiful Bukhari Azlan, enam tahun lalu.Menurut Perlembagaan Persekutuan, seseorang Ahli Parlimen itu boleh hilang kelayakannya jika didenda lebih dari RM2,000 atau dihukum penjara lebih dari setahun.Berdasarkan peruntukan undang-undang itu, Karpal mahu Dewan memberikan kata putus mengenai kedudukan mereka sebagai ahli Parlimen.Bagaimanapun Timbalan Speaker, Datuk Ismail Mohamed Said dilaporkan bnbbc.my membenarkan Karpal untuk terus berada di dalam Dewan kerana Speaker, Tan Sri Pandikar Amin Mulia belum mengeluarkan sebarang arahan.Malah menurut Ismail, kelayakan mereka juga masih kekal selagi mahkamah peringkat tertinggi belum membuat keputusan.“Jelas di sini Karpal menyedari sebagai ahli parlimen tugasnya adalah pembuat dasar undang-undang namun dalam masa yang sama sebagai peguam, beliau perlu akur dan patuh kepada keputusan badan kehakiman.“Berbanding dengan Anwar yang langgar semua perundangan malah cuba berlagak menjadi hakim apabila cubaannya untuk menggugurkan ayat di dalam alasan penghakiman gagal baru-baru ini.“Inilah yang membezakan mentaliti dua identiti tersohor dalam dunia pembangkang,”ulas portal itu.Pada 29 Mac lalu, Karpal Singh meletak jawatan sebagai Pengerusi DAP sementara menunggu rayuan kes hasutan yang dikenakan terhadapnya selesai.Timbalan pengerusi parti itu Tan Kok Wai, yang juga Ahli Parlimen Cheras, akan menjadi pemangku pengerusi.Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan Karpal berkata, beliau tidak dapat memegang jawatan Pengerusi Kebangsaan DAP, sehingga sabitan itu diketepikan atau dikurangkan denda di bawah RM2, 000.“Dalam keadaan ini, saya secara terbuka mengumumkan bahawa saya, sementara menunggu rayuan saya kepada Mahkamah Rayuan terhadap sabitan dan hukuman yang telah difailkan, saya mengundurkan diri sebagai pengerusi DAP.“Sementara itu, timbalan pengerusi, Tan Kok Wai, akan bertindak pengerusi,” katanya.Sementara itu, Anwar pada 29 Mac disahkan bertanding jawatan Presiden PKR berlawan dengan isterinya, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.Pengesahan pencalonan Anwar dan Azizah diumumkan Pengerusi Jawatan Pemilihan, Datuk Johari Abdul.Wan Azizah menang tanpa bertanding jawatan itu sejak penubuhan PKR pada 1999.

seterusnya 

Saturday, 29 March 2014

Pemilihan PKR : Suami Isteri Rebut Presiden PKR

Hari ini pencalonan untuk Presiden PKR. Ini bermakna Presiden PKR tidak akan ditandingi oleh orang lain. Yang pasti keluarga Abang Non dan Kak Jijah akan mendominasi Parti Kian Runtuh ini. Nampak sangat KRONI nya. Eloklah tu... Sorang PELIWAT dan sorang lagi PENIPU. Memang secocok sangat depa. Anak pula kekal bertanding jawatan Naib Presiden. Lagi kroni.

Jawatan Timbalan Presiden di rebut oleh 2 kuasa besar iaitu Khalid Ibrahim dan Azmin Ali.  4 ekor lagi calon Timbalan Presiden bukan lawan untu Azmin dan Khalid. Yang pasti Azmin akan menggunakan "KUASA" luarbiasa untuk kalahkan Khalid. Bukan orang tidak tahu kuasa yang dimiliki Azmin memang hebat. Kekayaan Azmin melebihi kekayaan Khalid. Tapi kalau Azmin kalah, lagilah LUARBIASA.

Friday, 28 March 2014

Perlantikan Ketua Kampung Negeri Perak : Ada Bekas Ketua Kampung tidak berpuashati !!!! @ZambryAbdKadir


27 Mac 2014, Seramai 788 orang telah menerima surat Watikah Perlantikan Ketua Kampung di Ipoh Semalam. KLIK SINI.
Tahniah kepada penerima. Ianya satu amanah yang perlu dilaksanakan dengan penuh tanggungjawab. Kalau tak silap Black la. Semua Ketua Kampung yang Baru Dilantik, tidak kira yang lama ataupun yang baru semuanya berumur di bawah 65 tahun. Ini adalah kehendak Kerajaan Negeri Perak yang inginkan Ketua Kampung yang lebih muda dan boleh bekerja untuk rakyat.
Namun Black mendapat perkhabaran beberapa MANTAN Ketua Kampung tidak berpuashati dengan perlantikan ini. Mereka menyatakan bahawa pengganti mereka itu tidak layak. APSAL tidak layak? Adakah orang yang lebih muda dari mereka ini tidak berpelajaran ataupun tidak boleh berkhidmat.
Apa yang Black perhatikan dalam kawasan Black sendiri, beberapa Ketua Kampung dah lebih umur (monopous) pun ada yang tidak puashati. Cukup-cukup la. Berapa lama lagi nak pegang jawatan. Kalau kita tak mampu lagi untuk memimpin, biarlah orang yang lebih muda laksanakan. Mereka ini lebih sihat, agresif dan cepat bertindak. Ada yang memegang jawatan melebihi 20 tahun. Sudah-sudah la. Apa yang Black mahukan adalah "orang lama" membantu dengan memberi tunjuk ajar sekiranya "orang baru " tersilap.
Jangan disebabkan tidak dapat jawatan Ketua Kampung, muka kalahkan cuka. Terus tarik "Hand Brake". Sekiranya ini berlaku, membuktikan bahawa "orang lama" juga tidak matang.

PERLANTIKAN KETUA KAMPUNG YANG BARU DI BAWAH UMUR 65 TAHUN INI ADALAH SELARAS DENGAN TRANSFORMASI YANG DIINGINKAN OLEH PERDANA MENTERI MALAYSIA.
FIKIR-FIKIRKANLAH.....

Menteri Bisu Baru Boleh Bercakap ??? #MH370



Menteri bisu baru bersuara..
Rasanya macam dah lambat.. sepatutnya menteri bisu ni respon awal lg sikit..KUALA LUMPUR:  Kerajaan tidak pernah mengarahkan mana-mana pihak untuk menggunakan khidmat bomoh dalam usaha mengesan pesawat Malaysia Airlines penerbangan MH370, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom.Beliau turut menafikan penglibatan seorang bomoh, Ibrahim Mat Zin, dalam operasi mengesan pesawat malang itu adalah atas arahan pihak kerajaan."Lapangan terbang adalah tempat yang terbuka (siapa-siapa boleh datang), kalau kita tanya siapa yang upah, tentunya kita tidak boleh jawab sebab bukan urusan kita untuk tanya kepadanya (Ibrahim)," katanya.Jamil Khir berkata demikian ketika menggulung usul menjunjung kasih titah ucapan Yang di-Pertuan Agong di persidangan Dewan Rakyat pada Khamis.Pada 10 Mac lepas, Ibrahim yang menggelar dirinya 'raja bomoh', menjalankan upacara mencari pesawat MH370 di KLIA bersama-sama beberapa pembantu.Bagaimanapun, tindakan beliau mendapat kecaman pelbagai pihak dan dikritik hebat di laman sosial kerana dianggap melanggar ajaran Islam serta memalukan negara.Jamil Khir berkata kerajaan juga menyelar usaha pihak tertentu mendapatkan khidmat bomoh yang melanggar batas syarak dan bertentangan dengan ajaran Islam dalam usaha pencarian pesawat itu.Beliau berkata Jabatan Kemajuan Agama Islam Malaysia bersama-sama pihak berkuasa agama Islam negeri sedang dan akan sentiasa membuat pemantauan di lapangan terbang berkenaan bagi mengelak kejadian itu berulang."Tindakan undang-undang boleh dikenakan terhadap mana-mana pihak yang terlibat dalam aktiviti yang melanggar ajaran Islam," katanya.Jamil Khir juga berkata kertas siasatan telahpun dibuka oleh Majlis Agama Islam Selangor bagi menyiasat dakwaan mengaitkan bomoh itu dengan beberapa pemimpin, yang kononnya meminta beliau datang ke KLIA.Sumber : Astro Awani

Thursday, 27 March 2014

Tahniah #DAPBiadap kerana berjaya runtuhkan kedai melayu @NajibRazak @LimGuanEng @Tunfaisal

Tahniah kepada orang Melayu terutamanya yang mengundi DAP. Hari satu lagi sejarah berlaku di Pulau Pinang.
Lebih kurang jam 9.30 pagi tadi 27/3/14 Di Telok Bahang, Pulau Pinang gerai peniaga Melayu terus di robohkan oleh Kerajaan DAPigs. Kezaliman demi kezaliman dilakukan kepada orang Melayu di Pulau Mutiara ini. Orang Melayu PAS dan PKR yang berniaga gerai juga tidak ketinggalan. Mungkin gerai mereka ini belum dirobohkan oleh penguatkuasa @ pencacai kepada Guan Eng.

Kalau kalian masih tidak sedar lagi....ntah la..
Fikir-fikirkan lah....

Wednesday, 26 March 2014

#MH370 : Kospirasi Dajjal??? #PrayForMH370

Kenapa MH370 “membawa diri” jauh ke lautan yang sangat dalam paling sunyi dan terpencil di dunia untuk bersemadi. Dapatkan kronologi kejadian dan motif dalam artikel ini.Adakah anda pernah mendengar teori konspirasi mengenai kehilangan MH 370? Perkara ini berlaku seperti ini:Amerika telah keluar daripada Afghanistan, salah satu sistem kawal dan perintah (command and control system - CNC) mereka (yang digunakan untuk mengawal Drone tanpa pemandu) telah dirampas oleh Taliban ketika konvoi pengangkutan Amerika sedang bergerak ke bawah dari salah satu pangkalan di atas bukit. Taliban menyerang hendap konvoi tersebut dan membunuh 2 kakitangan Navy Seal Amerika, merampas peralatan/senjata, termasuk CNC yang beratnya 20 tan dan dimasukkan ke dalam enam peti. Peristiwa ini berlaku lebih kurang sebulan yang lalu pada Februari 2014. Tiada liputan dalam peristiwa ini. http://america.aljazeera.com/articles/2014/2/23/taliban-ambush-killsscoresofafghantroops.htmlApa yang Taliban mahu ialah wang. Mereka mahu menjual sistem CNC tersebut kepada Rusia atau China. Rusia terlalu sibuk dengan urusan di Ukraine. China pula amat dahagakan teknologi sistem ini. Bayangkan jika China dapat menguasai teknologi di belakang sistem CNC ini, semua Drone Amerika akan tidak berguna lagi. Oleh itu China telah menghantar lapan saintis pakar pertahanan mereka untuk memeriksa sistem yang dirampas tersebut dan bersetuju untuk membayar jutaan dollar untuk itu.Sekitar awal Mac 2014, lapan saintis China tersebut bersama 6 peti melakukan perjalanan mereka ke Malaysia, dengan berpendapat laluan ini adalah yang terbaik untuk mengelakkan dari dikesan. Kargo ini kemudian disimpan dalam Kedutaan China di bawah perlindungan diplomatik. Sementara itu, Amerika dengan bantuan perisikan Israel, bersama-sama merangka pelan untuk memintas dan menawan semula kargo tersebut.China berfikiran adalah lebih selamat untuk mengangkut kargo tersebut menggunakan pesawat awam untuk mengelakkan syak wasangka. Lagipun penerbangan terus dari KL ke Beijing mengambil masa hanya 4 jam setengah, dan Amerika dipercayai tidak akan merampas atau memudaratkan pesawat awam itu. Jadi MH370 adalah pilihan yang terbaik.Terdapat 5 agen Amerika dan Israel, yang sudah biasa dengan operasi Boeing 777 di dalam pesawat ini. 2 warga "Iran" dengan pasport curi kemungkinan diantaranya.Sebaik sahaja MH370 meninggalkan ruang udara Malaysia dan melapor diri kepada kawalan udara Vietnam, satu pesawat AWACS Amerika telah menyekat isyarat komunikasi mereka (jammed the signal), mematikan sistem kawalan juruterbang dan menukar kawalan kepada mod kawalan jauh (remote control). Pada ketika itu pesawat hilang ketinggian secara tiba-tiba untuk seketika.Bagaimana AWACS boleh melakukannya? Ingat peristiwa 911? Selepas peristiwa itu, semua pesawat Boeing (Airbus dan mungkin semua) dipasang dengan sistem kawalan jauh untuk menentang rampasan pesawat oleh pengganas. Sejak itu semua Boeing boleh terbang dengan kawalan jauh oleh menara kawalan di daratan. Sistem kawalan jauh yang sama digunakan untuk mengawal pesawat pengintip tanpa pemandu dan Drone.Seterusnya, 5 agen Amerika dan Israel mengambil alih kawalan pesawat, mematikan transponder dan sistem komunikasi yang lain, mengubah laluan dan terbang ke arah barat. Mereka tidak terbang timur, ke Filipina atau Guam kerana Laut China Selatan dan keseluruhan ruang udaranya diawasi sepenuhnya oleh radar dan satelit pengawasan China.Radar tentera Malaysia, Thailand dan India sebenarnya telah mengesan pesawat yang tidak dikenali itu tetapi seperti dijangka mereka bertindak balas secara tidak profesional.Pesawat itu kemudian terbang ke atas Sumatra Utara, Anambas, India Selatan dan kemudian mendarat di Maldives (beberapa penduduk kampung menyaksikan pendaratan pesawat), mengisi minyak dan meneruskan penerbangannya ke Deigo Garcia, Pangkalan Udara Amerika di tengah-tengah Lautan Hindi. Sebaik mendarat, kargo dikeluarkan dan kotak hitam ditanggalkan. Penumpang disenyapkan (dibunuh) melalui kaedah secara semula jadi, iaitu kekurangan oksigen. Mereka percaya hanya orang mati sahaja yang tidak akan membocorkan rahsia. Pesawat MH370 dengan penumpang yang sudah mati sekali lagi berlepas dan diterbangkan dengan kawalan jauh menuju selatan Lautan Hindi, untuk menjadikan orang percaya bahawa pesawat kehabisan minyak dan akhirnya terhempas ke lautan, dengan menyalahkan kapten dan pembantu juruterbang yang degil.Amerika telah melakukan persembahan yang baik. Pertama, mereka mengalihkan semua perhatian dan usaha carian di Laut China Selatan padahal MH370 terbang ke arah barat ke Lautan Hindi. Kemudian mereka dengan bantuan media-media mereka telah mengeluarkan kenyataan-kenyataan yang bercanggah dan bukti-bukti untuk mengelirukan dunia. Australia memainkan peranan sebagai pembantu pelakon.Jika dilihat usaha yang dibuat oleh China, dari segi bilangan pesawat carian, kapal dan satelit, mula-mula mencari di Laut China Selatan, kemudian di Selat Melaka dan Lautan Hindi, ini agak luar biasa. Ini menunjukkan bahawa China amat prihatin, bukan kerana ramainya penumpang awam China, tetapi lebih kepada nilai tinggi kandungan pesawat dan nyawa lapan ahli-ahli sains pertahanannya.Jangan percaya cerita? Saya tidak mengharapkan anda untuk mempercayai tetapi mari kita tunggu dan lihat bagaimana episod ini mendedahkan diri akhirnya nanti. Atau mungkin ia tidak akan berlaku sehingga kemunculan Snowden (Edward Snowden – pakar komputer US, bekas kakitangan CIA yang berpaling tadah dan mendedahkan pelbagai program dan dokumen rahsia (US).

Ianya mungkin benar dan mungkin juga salah..
Semoga kita semua mendapat jawapan yang tepat tidak lama lagi. Berdoalah kepada Allah agar teka-teki ini segera terjawab.

Astro Tak Peka??? #MH370



 Terkejut jugak bila tengok siaran Astro tadi. Tak sangka pulak yang diorang pun boleh ketinggalan zaman dan tak peka dengan dunia sekeliling.Jadi, untuk memaklumkan pihak Astro, kita siarkan la berita dibawah ni supaya diorang boleh buat pembetulan dalam siaran diorang. Untuk pengetahuan diorang, konsert kat KLCC tu dah kena batal!!! Jadi, tak payah la diorang nak tayang iklan tu dan ajak orang pegi!!!
Konsert Twin Towers@Live 2014 yang dijadual diadakan di sini pada 28 dan 29 Mac, dibatalkan. Menurut kenyataan Petronas hari ini, keputusan itu dicapai sebulat suara bersama penaja lain dan penganjur konsert, Live @ Work Sdn Bhd, sebagai tanda hormat kepada keluarga, sahabat handai dan orang tersayang kepada penumpang serta anak kapal pesawat Malaysia Airlines MH370. "Kami sesungguhnya sedih dengan tragedi ini dan merakamkan ucapan takziah kepada mereka, dan selaku penaja, kami akan melaksanakan tanggungjawab untuk memastikan semua pihak berkaitan yang menerima kesan daripada pembatalan ini akan mendapat layanan sewajarnya," jelas kenyataan itu.Pesawat MH370 yang hilang daripada radar sejak 8 Mac lalu disahkan berakhir di tengah-tengah Lautan Hindi di kawasan barat Perth, Australia. Pengesahan yang dibuat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dalam sidang akhbar khas itu menamatkan segala teka-teki mengenai ke mana hilangnya pesawat MH370 sejak 17 hari lalu. Menurut Perdana Menteri, rumusan mengenai nasib pesawat MH370 dibuat berdasarkan kajian serta siasatan rapi oleh Cawangan Siasatan Kemalangan Udara United Kingdom (AAIB).

Kebiadapan @TianChua semakin terserlah : #MH370

Tian Chua semakin melampau... Tuduh PM bagi pengumuman masa parl8men masih bersidang. Semua orang tau tamat bersidang tadi jam 9.30. Bkn pukul 10.00 malam...bodoh... Penipu Rakyat (PR)

Monday, 24 March 2014

#MH370 Sah Terhempas Di Lautan Hindi @NajibRazak

Dalam sidang media YAB telah mengesahkan bahawa pesawat MH370 telah terhempas di Lautan Hindi. Beliau membuat pengumuman pada jam 10.00 mlm sebentar tadi. Harapan memang tipis peluang untuk hidup...namun kuasa Allah sahaja yang dapat mengatasi segalanya. Sekiranya mereka sudah tiada lagi...Black mengajak semua umat islam mensedekahkan al fatihah kepada mangsa yang beragama islam. Semoga roh mereka diletakkan bersama orang beriman.

Sunday, 23 March 2014

#PRKKajang : Khalid Ibrahim Bakal Tersingkir ???

Kak Jijah memperolehi kemenangan di Kajang dengan majoriti kurang daripada PRU 13. Lee Chin Chinh menang majoriti 6,824. KAK J8JAH Menang kurang dari itu iaitu 5,717 (tidak rasmi). Ini bermakna Kak Jijah tidak berjaya untuk mendapat majoriti 10,000. Tidak berjaya untuk tidak memulangkan wang pertaruhan.
Nampak gayanya kemungkinan besar Khalid Ibrahim akan tersingkir dari MB. MAKA Kak Jijah bakal jadi MB Perempuan Pertama di Malaysia.

#PRKKajang : Kedai Melayu Di Serang PKR.. #TolakWAWI #PilihMeiFun



Kedai Melayu ini bakal diruntuhkan... inilah nasib orang melayu yang telah dihalau di Pulau Pinang oleh DAP dan bakal di halau oleh PKR Selangor...

Laporan Langsung di #PRKKajang : Makan pun x reti nak bayar ???? #tolakwawi


Naya sungguh peniaga ni... sekumpulan anak muda dari SAMM telah makan makanan di gerai ni.. tapi tak bayar....

KLIK SINI

#PRKKajang : Duit Kerajaan PKR Selangor Hilang, Terpaksa Minta Dengan Rakyat ??? #TolakWAWI #PilihMeiFun






Kemanakah duit perginya duit Kerajaan Selangor hilang ??? Baru-baru ini Black ada mendengar ceramah PKR di Taman Damai Mewah, Kajang, Selangor. Kehadiran boleh la tahan. Kerajaan PKR Selangor dikatakan mempunyai banyak duit, tetapi di dalam ceramah baru-baru ini terpaksa mengutip derma dari RAKYAT demi membiayai perbelanjaan Pilihanraya Kajang. Kalau dalam ceramah PAS, Black tidak berapa hairan. Ini CERAMAH PKR la... Mereka sanggup memerah DUIT Rakyat demi memuaskan nafsu serakah ANWAR & Kak JIJAH.... 

Kesian Black melihat rakyat Kajang diperbodohkan oleh PENIPU RAKYAT (PR). Seharusnya Kerajaan Selangor yang memberi bantuan kepada rakyat. Tetapi yang terjadi adalah disebaliknya. RAKYAT pula yang membiayai Kerajaan Selangor.








#DAPBiadap : Azan Solat Terus Dihina..!!!!



Wahai saudara se Islam ku... tidak kira apa fahaman politik anda semua. Yang penting selagi mengucap Dua Kalimah Shahadah tetap saudara Black. Agama Islam semakin terus dihina oleh segelumit bangsa #DAPBiadap ini sehingga sanggup mengatakan bahawa azan ini adalah mengganggu tidur di waktu pagi dan pembinaan surau ataupun masjid di kawasan tersebut mengganggu lalulintas dan parkir kereta.

BIADAP SUNGGUH MEREKA INI...!!!!


MISI MENCARI #MH370 !!! KENAPA #PEMBANGKANG TAK NAK PERTIKAI #AUSTRALIA ??? #PRKKajang


Rupa-rupanya,Australia telah menemui objek yang dipercayai serpihan pesawat MH370 jauh lebih awal.Namun,negara itu telah mengambil masa sehingga 3-4 hari untuk melaporkannya kepada kerajaan mereka,sebelum menyampaikan berita itu kepada para pasukan mencari dan menyelamat di Malaysia.Kita faham bahawa Australia memerlukan masa untuk mengenalpasti dan mengesahkan perkara tersebut sebelum mengumumkannya dan kita tidak mencurigai atau menuduh Australia sebagai sengaja melambat- lambatkan atau menyembunyikan maklumat.Malah,kita menghargai sikap tanggungjawab Australia yang ingin mengesahkan terlebih dahulu sebelum membuat apa-apa pengumuman.Nampaknya,pembangkang negara ini serta media-media asing turut menerima alasan Australia yang tidak melaporkan penemuan itu segera.Malah,mereka juga turut menerima penjelasan bahawa kapal-kapal Australia memerlukan 3-4 hari lagi untuk sampai ke kawasan di mana objek tersebut dikesan.Mereka juga menerima takdir,sepertimana penjelasan Australia,bahawa cuaca buruk pada ketika ini, bakal melambatkan lagi usaha pencarian.  Tidak ada sedikit pun rungutan atau persoalan dikemukakan oleh mana-mana pihak tentang kelambatan Australia bertindak.Tiada tekanan kepada Australia untuk memberi penjelasan lanjut atau apa saja sepertimana yang terpaksa dihadapi oleh pihak Malaysia.Soalnya, kenapa ‘double standard’ ???   Kenapa setiap penjelasan dari Malaysia enggan diterima dengan dengan baik ??? Kenapa setiap minit yang diambil oleh pihak Malaysia untuk mencari dan terus mencari dihentam sebagai lembab ???  Kenapa setiap maklumat yang diumumkan oleh pihak Malaysia dituduh sebagai tidak lengkap ???
Bayangkan jika Malaysia mengambil masa 4 hari untuk mengumumkan penemuan seperti itu dan aset yang ada pula perlu mengambil masa 4 hari lagi untuk sampai ke kawasan penemuannya,maka pasti riuh- rendahlah pembangkang dan media asing mengutuk Malaysia sebagai tidak cekap.Bukan itu saja,Malaysia juga akan turut dipersalahkan jika memberi alasan cuaca buruk bakal melambatkan proses pencarian.  Pendek kata,apa saja yang Malaysia lakukan akan dianggap tidak kena,tidak tepat dan salah sama sekali sehinggakan cuaca buruk juga akan dipersalahkan atas kerajaan Malaysia.Apa yang berlaku ini membuktikan bahawa mentaliti dijajah yang mengagungkan kulit putih masih terpahat kuat di dalam minda pembangkang.Manakala media asing pula masih dengan mentaliti penjajah dan menganggap diri mereka sebagai lebih tinggi kedudukannya dari bangsa lain.


SUMBER

Friday, 21 March 2014

#PRKKajang : #TolakWAWI MRS PUPPET #PilihMeiFun @ChewMeiFun


RAMAI PERCAYA dan yang mengenali Dr. Wan Azizah akan bersetuju bahawa beliau tidak cukup berwibawa sebagai pemimpin politik.
BELIAU DIGUNAKAN sejak dahulu untuk meraih simpati dan sebagai proksi aura peribadi suaminya. Imej luaran Dr. Wan Azizah dan ahli keluarganya digunakan semaksimum untuk menyelamatkan imej peribadi sisuami yang dilanda skandal demi skandal.



PROPAGANDA bahawa jikalau isteri dan keluarganya tetap teguh bersamanya, itu tanda yang beliau tidak bersalah. Mungkin kerana sudah terlalu lama dan terbiasa berada dalam dominasi Anwar, Dr. Wan Azizah dan keluarga tidak nampak adanya pilihan selain menurut sahaja. Betul atau salah bukan lagi asas pertimbangan; malah sanggup menggadaikan nasib agama, bangsa dan negara.
SANDIWARA POLITIK Anwar yang sudah terlalu meleret dan banyak mengharu-birukan negara. Demi agenda peribadi beliau, pelbagai prinsip dan tonggak negara bangsa dimanipulasi dan dirombak demi memainkan sentimen dan emosi masyarakat. RAMAI YANG begitu gemar menari mengikut irama yang beliau mainkan kerana terpedaya oleh sihir beliau atau terdorong oleh nafsu perkauman, agama dan kelompok yang beliau suburkan. ANU WAR & POLITIK BELIAU menjadi pe­ngacau kita daripada memberi tumpuan terhadap kerja-kerja besar. Wajarlah beliau direhatkan agar kita pun dapat bertenang dan membuka lembaran baru politik negara yang lebih segar dan membina.

PILIHAN DI TANGAN pengundi Kajang. Mereka yang mengundi; mereka dan kita juga yang menerima akibatnya...

SELAMAT MENGUNDI 

#PRKKajang : Siapa Bakal ADUN Kajang ??? #TolakWAWI #PilihMeiFun



Kepada pengundi Kajang yang bijaksana, pilihan di tangan anda. jangan tersalah memilih.. PILIHLAH CALON YANG BOLEH MENJAGA KEBAJIKAN DAN RAKYAT KAJANG...


SELAMAT MENGUNDI

#PRKKajang : Muka @ChewMeiFun Di Simbah Cat ??? #TolakWAWI #PilihMeiFun



Billboard Calon N 25 Kajang telah di simbah cat. Kejadian berlaku di Saujana Impian berhampiran jalan ke TESCO. Tak de Telor ke orang simbah cat tu...??? Setakat berani simbah kat billboard, budak kecik pun boleh buat. Kalau betul anak jantan.. simbah la cat kat muka Chew Mei Fun.. Apabila kedudukan sudah tergugat, juak yang tidak bertanggungjawab mula membuat onar. mereka ini sanggup melakukan apa sahaja demi Abang Non dan Kak Jijah.

Kepada manusia yang tidak bertamadun memang sanggup buat kerja macam ini. Insaf la wei... memang BODOWWWWWW ....

#PRKKajang : Mahkamah Dunia & Keadilan Dwaumilimahshar !



Di Kajang, Keadilan hanya untuk pembangkang. Jika apa sahaja yang tidak memihak kepada mereka, maka ia akan dituduh sebagai konspirasi, kezaliman dan kejahatan. Bagaimana pula keadilan untuk insan kecil seperti Saiful? Bila dicabar, supaya melakukan sumpah laknat atau muhabalah, Anwar berdolak-dalik. Dan apabila mahkamah membuat keputusan, terima sahajalah sisi undang-undang itu. Fitnah
dijadikan mainan politik, mereka ini lupa bahawa akhirnya Allah yang menentukan segala-galanya.Yang hak pasti berdiri dan yang batil pasti jatuh.
Meskipun khalayak tidak tahu apa yang kita lakukan tetapi Allah Maha Menge­tahui segala-galanya. Dunia ini adalah terlalu singkat buat kita hidup. Tetapi yaumil akhirah adalah panjang dan ia kekal. Di dunia kita boleh bersilat lidah, tetapi di depan Allah nanti anggota badan akan menjadi saksi. Lidah itu sendiri tidak akan berbohong dan jawapannya adalah terang dan nyata. Mereka yang yakin akan kuasa Allah, azab Allah adalah terlalu pedih buat kita. Allah itu Maha Pengampun dan Penyayang untuk kita. Kepada Pengundi Melayu Kajang, yang seramai 19,000 orang. Pada Ahad ini, hak memilih ditangan anda. Lakukan lah yang terbaik untuk negara dan agama kita..

#PRKKajang : Zuraidah Telan Ape Sampai Jadi Begini?? #TolakWAWI #PilihMeiFun



Apakah yang menyebabkan Si Mak Lampir ni jadi begini??? Adakah die telan apa-apa sehinggakan beliau tidak tahu berhenti memfitnah. Engkau tanggung la Zuraidah... Nanti kat akhirat engkau jawab la sendiri... tak tau la kalau Abang Non boleh tolong jawabkan....

Thursday, 20 March 2014

#PRKKajang : Mat Taib Mantan MB Selangor 'TENAT' ??? #TolakWAWI #PilihMeiFun @ChewMeiFun

Mantan MB Selangor Tan Sri Mohamad Mohd Taib kini memang 'Tenat' sekarang ni. Keadaannya semakin teruk sejak kebelakangan ini. Beliau 'Tenat' akibat dari ceramah yang disampaikan seluruh Kajang baru-baru ini. Kasihan Black tengok keadaan mantan MB Selangor yang dulu UMNO kini menjadi penceramah untuk Abang Non.



Kesian la kat Mat Taib ni. Dah tua pun di heret ke sana sini untuk memberi ceramah sehinggakan terpaksa MENIPU. Kalau menipu tu logik okay la jugak..mungkin ada orang yang akan boleh percaya.

FAKTA PUN TAK BETUL... KAT BRUNEI DIKATAKAN SEMUA FREE ???  MANA ADA SEMUA FREE MAAAA...

INI OLANG SUDAH NYANYUK OOOOO...

#PRKKajang : Abang Non Seorang Konspirator #TolakWawi #PilihMeiFun


MENGAPA ketika menang kes tidak pula kedengaran berlaku konspirasi politik?
MENGAPA apabila keadaan tidak menyebelahinya, maka pihak lain yang salah?

HEBATNYA orang yang bernama Anwar Ibrahim sehingga seolah-olah tidak ada silap dan pihak yang menentangnya sahaja yang salah?
KERANA ANU WAR mempunyai niat peribadi yang kuat sehingga sanggup menggunakan apa jua cara demi mencapai impian;
KERANA ANU WAR sanggup bertalam bermuka-muka dengan bertutur mengikut selera siapa pendengar di hadapan;
KERANA ANU WAR bijak berpura-pura dengan bertopeng sifat baik dan bermain atas belas-kasihan orang lain;
KERANA ANU WAR, bersekongkol dengan tangan-tangan ghaib supaya memperolehi bantuan atau sokongan yang luar dari biasa.
SELAGI wujud ruang untuk mana-mana pihak meletakkan sifat belas-kasihan yang tidak kena pada tempatnya;
SELAGI wujud ruang untuk terus dibuai dengan alunan cerita sensasi tanpa dimurnikan dengan fakta dan nasihat daripada insan-insan soleh lagi bijaksana; SELAGI terpasak sifat taksub pada manusia atau wadah;
SELAGI jiwa itu penuh dengan sifat-sifat dendam-kesumat, hasad-dengki dan cetek pemikiran,
MAKA SELAGI itulah sokongan terhadap yang batil itu tetap akan membara.
JADI SIAPA sebenarnya konspirator politik di negara kita ?

#PRKKajang : @AnwarIbrahim akan disaman RM 300 juta !!!! #TolakWAWI #PilihMeiFun



Wahhhhh... Bomoh sedunia nak saman Anwar Ibrahim. Banyak tu... RM 300 juta. Mana Anwar nak cari duit sebanyak itu. Bomoh sedunia ni pulak akan jadi jutawan. Apa nak heran... Anwar boleh mintak kat Israel... bagi Israel tu semua sikit jer...

#PRKKajang : Video CNN Bukti @AnwarIbrahim Memang Kenal Zahari #TolakWAWI #PilihMeiFun @ChewMeiFun



Sebelum ini Kak Jijah pernah menafikan bahawa Kapten Zahari tidak dikenali oleh Abang Non SINI . TIPU lagi. Konon baik... rupanya memang kaki penipu..

CNN telah membuktikan bahawa ada perhubungan di antara Anwar Dan Zahari.

#PRKKajang : Kak Jijah Dah Ketaq Lutut !!! #TolakWAWI #PilihMeiFun


Tak tau la nak kata apa lagi. Kesian kat pekerja MPKj yang terpaksa menjadi barua dan 'anjing' suruhan PKR apabila terpaksa mencabut bendera BN di Kajang. Sedangkan kawasan tersebut juga terdapat bendera PKR... Kalau nak cabut... cabut semua sekali... jangan pilih-pilih... ini bermakna mereka ini sendiri mahu jadi barua. 
Ini taktik biasa PKR. Dalam keadaan terdesak sekarang, Calon PKR, Kak Jijah yang terdesak dan tertekan dek kerana angin kini telah berubah, mengarahkan 'anjing' mereka untuk membuat provokasi seperti mencabut bendera. Cuba kita lihat dalam lori tersebut... yang ada cuma bendera BN..tiada langsung bendera PKR... Ini membuktikan MPKj memang anjing PKR...

Kredit kepada INTAN RAHIM sebab publish gambar ini di FB..

Wednesday, 19 March 2014

#PRKKajang : Penipuan Yang Bakal Terjadi Bila Pilih Kak Jijah #KajangMove @ChewMeiFun #tolakwawi #pilihmeifun

Kononnya, sekiranya Kak Jijah menang Dalam PRK ini dah bagi turun macam-macam. Sama seperti Janji-janji manis ketika PRU 13 dulu.


Antara janji yang ingin dilaksanakan oleh PKR ialah : 

1. Mengurangkan Cukai Pintu Rumah sebanyak 20% Dan Cukai Premis Perniagaan sebanyak 10%


Bagi Pengetahuan Umum ,gambar diatas membuktikan bahawa Kerajaan Selangor tidak pernah menurunkan cukai bahkan menaikkan cukai melebihi 150% pada 2014.

PILIH KAK JAH MAKNANYA PILIHAN YANG SALAH... 

#PRKKajang : Anak Pulak Kena Halau ???? #KajangMove


Apa dah jadi dengan kempen anak beranak asyik kena balun saja. Dah terbongkar pembohongan yang selalu dibibir mulut. Agak kesian dengan Nurul Izzah ni pasal baru saja ditinggal laki. Pagi ni kena maki pulak dengan bakal pengundi Kajang. Begitulah nasib dua beranak yang dirundung malang kerana mereka jelas dilihat ditolak oleh majoriti orang melayu semasa tempoh berkempen di PRK Kajang. Semalam dapat kita lihat bagaimana ibunya Kak Jijah dicemuh oleh peniaga semasa berkempen di SINI. Pagi ni Nurul izzah pula kena maki di Sungai Sekamat. Makcik ni kata, masa kempen PRK masuk pasar melayu dapatkan undi. Dah menang, gerai melayulah yang memula kena roboh. Kan dah kena setepek!! Apakah rasanya bila selipar lembik ditampar kemuka Nurul Izzah yang agak gebu tu.
Apsal pakai selipar besar Izzah ooi..????

#PRKajang : Khaled Samad tuduh Raja Bomoh angkara UMNO!! #KajangMove



"Jangan nak bohong, nak lepas tangan... dalam video tu pun bomoh nak marah Khairy..apa dia kata..kamu ingat saya ini orang PAS ke? Kamu ingat saya orang PKR ke ?Saya ini orang barisan Nasional .. kapal layar.. INI SEMUA KERJA BARISAN NASIONAL... jangan nak bohong.."

Kalau ini semua kerja Barisan Nasional.. sudah tentu Bomoh tak marah pada Khairy Jamaluddin. Dalam video sebenar, tok bomoh siap nak tampar KJ... di fikir secara logik... takkan orang yang suruh buat hendak ditampar. Tempat kejadian berlakunya kehadiran Laksamana DOREMI tu adalah tempat awam.. sesiapa sahaja boleh datang. Tidak perlu undangan dari sesiapa pun. Kalau pihak bomoh siam nak datang sekali... tiada halangan.

Silap-silap.. proksi Abang Non yang upah die datang buat kecoh kat situ. Lepas tu tuduh UMNO pulak.

KALAU NAK CERITA SEBENAR SIAPA YANG UPAH BOMOH TU, TANGKAP RAMAI-RAMAI DAN SOAL SIASAT DEPAN ORANGRAMAI DAN BAGI DIE JAWAB DEPAN ORANGRAMAI SIAPA YANG UPAH DIE.... BARU ADIL... JANGAN TUDUH MELULU...

#PRKKajang : Pengundi Awal Mengundi hari ini



Hari ini pengundi awal terdiri daripada Anggota polis yang akan bertugas pada 23 Mac 2014 mula keluar mengundi. Tahniah PDRM kerana telah menjalankan tugas dengan baik.



#PRKKajang : Air Mani Abang Non Di Curi Dan Dimasukkan Ke Dalam Exzos Saiful ???? #KajangMove



Air Mani Abang Non telah dicuri ??? Betul ke? Mana logik air mani boleh curi. Kat mana nak curinya.

Kalau nak kata Abang Non mandul, tidak juga. Buktinya die ada anak 6 orang. Tak mungkin air mani nya dihantar ke hospital untuk mendapatkan bayi tabung uji.

Kalau nak kata orang tadah lepas masa die bersedap, sapa yang nak tadah ? Bodoh sangat lah kalau nak tadah.

Kalau kedua kedua-dua cara itu tidak boleh, macamana nak curi air mani Abang Non. Kalau tak dapat curi air mani Abang Non, bagaimana nak masukkan dalam exzos Saiful melainkan die 'main' dengan Saiful. Lepas tu tembak kat dalam tanpa pakai sarung. Ini logik akal. Tak tau la kalau ada jin peliharaan sesape yang boleh dapatkan air mani abang Non ni memang handal la.

Kenyataan di atas adalah kenyataan beberapa doktor perubatan yang telah ditemui. Black bukanlah bijak sangat seperti doktor, namun orang yang tidak berapa bijak macam Black pun boleh fikir.

Dalam kenyataan Karpal Singh di mahkamah, iaitu Ketua Peguambela kepada Abang Non, bahawa beliau tidak menafikan bahawa terdapat air mani Abang Non di dalam exzos Saiful. Cuma menyatakan bahawa ianya adalah SUKA SAMA SUKA. Tak kisah lah suka sama suka ke, tanpa rela ke, yang pasti Abang Non balun exzos Saiful. Itulah hakikatnya. Didalam mahkamah juga Abang Non tidak menafikannya. CUMA DILUAR MAHKAMAH CITER SUDAH PUSING...

Kalau Tak Percaya... Tanya Lokman Nor Adam...

Tuesday, 18 March 2014

Laungan Azan Terus Di Hina #DAPBiadap

Laungan Azan terus di hina. Ini tanda protes orang yang tidak ada sensitiviti agama hingga boleh menyebabkan umat islam melayu terutamanya tercabar akibat dari hinaan demi hinaan terhadap islam itu sendiri. 
Kenyataan gambar di bawah oleh Samantha 
Wong membuktikan bahawa beliau begitu anti islam. Hingga sanggup duduk dalam hutan yang konon lebih aman damai. siap suruh diam lagi. 
Betapa kurang hajarnya amoi ni. Kalau 
Black kalau dapat ajar sikit die ni memang naya Black ajar.... kurang hajar sangat apsal
? Kalau engkau nak duduk dalam hutan...duduk la... dan kalau boleh jangan lagi duduk di tempat yang ade orang. 
Duduk la dalam hutan... kawan dengan beruk...

INFO TERKINI KEJADIAN HILANGVDI HUTAN : SUASANA DI HOSPITAL

Suasana di perkarangan bilik mayat Hospital Kuala Kangsar

Kehadiran Exco Pendidikan Negeri Perak, , ADUN Lubok Merbau, YB Dato ' Siti Salmah Mat Jusak, Ketua Puteri UMNO Bahagian Padang Rengas, Suzmaniza Sulaiman dan ahli-ahli keluarga mangsa.

#PRKKajang : Penguatkuasa MPKj cuba ganggu ceramah BN @ChewMeiFun ... adilkah ini ??? #KajangMove





Malam semalam 17/3/14 di Taman Delima, kajang beberapa penguatkuasa MPKj cuba untuk menghalang ceramah BN di kawasan tersebut. Black dapat merakam beberapa gambar penguatkuasa cuba untuk mencari kesalahan yang dilakukan. Namun tidak dapat mencari salah. Beberapa pemantau SPR juga berada disana. SPR ok jugak la... Nak pantau ceramah. Yang menghairankan Black ialah SPR. Semasa Black berkunjung ke ceramah abang Non ditempat lain, tiada seorang pun pemantau dari SPR.

SIAPA PEMANTAU SPR DI N25 KAJANG INI ??? ADAKAH BADAN BEBAS ATAU CACAI ABANG NON ????


Peniaga kacang ini pula cuba disaman oleh MPKj. Namun apabila gambar mereka dirakam, mereka tidak jadi untuk menyaman. 

ÌNFO TERKINI KEJADIAN PELAJAR HILANG DI HUTAN ULUVKENAS

Terkini..2 pelajar yg hilang di Gunung Bubu, Uu Kenas dijumpai.
2 pelajar yg hilang ditemui telah meninggal dunia oleh pasukan penyelamat disekitar kawasan trek,dipercayai jatuh,kini pasukan sedang berusaha utk bawa turun dan dihantar ke hospital Kuala Kangsar dan ianya telah disahkan oleh ketua operasi.

INFO TERKINI PELAJAR HILANG DI HUTAN KUALA KANGSAR, 2 TELAH DITEMUI

Info terkini kes kehilangan 4 pelajar SMK Vokasional Padang Rengas di Gunung Bubu, Hutan Lipur, Ulu Kenas
Hari ini, 18.3.2014 lkurang jam 9 pagi, dua pelajar daripada 4 pelajar telah dijumpai selamat.Mereka adalah Mohd Putera Rafii dan Siti Azimah Mohd Fikri.
Mereka dijumpai oleh pasukan penyelamat berhampiran Sungai Gadong, di sini dalam keadaan sedikit lemah tanpa ada kecederaan serius.
Menurut Pemangku Timbalan Ketua Polis Daerah Kuala Kangsar, ASP Alias Osman, dua lagi mangsa masih sedang giat dicari dan dua mangsa yang selamat telah dibawa ke Hospital Kuala Kangsar (HKK) untuk rawatan lanjut.
Katanya, pihak polis masih lagi belum berkesempatan mendapat sebarang maklumat lanjut dari mangsa yang terselamat.
Dalam pada itu, ahli keluarga mangsa memanjat rasa syukur dan berterima kasih kepada pihak yang terlibat dalam misi mencari dan menyelamat.

#PRKKajang : @ChewMeiFun terus diterima oleh rakyat #KajangMove


Black sempat mengikut calon N25 Kajang Datin Paduka Chew Mei Fun pagi ini... reaksi penduduk Taman Kantan Permai memang menggalakkan. Lihatlah sendiri betapa Chew Mei Fun ini amat rapat dengan masyarakat, tidak mengira bangsa dan agama. Walaupun beliau berlainan bangsa dengan penduduk setempat, namun sebagai rakyat Malaysia yang mempunyai pelbagai bangsa, adat dan keturunan tidak menghalang beliau berbuat demikian.



Inilah yang dimahukan oleh masyarakat Malaysia amnya dan masyarakat Kajang khasnya. Berlainan agama, bangsa dan adat tidak menghalang perpaduan. Sebagai calon N25 Kajang, beliau berjanji akan berkhidmat kepada masyarakat dan tidak hanya pandai menabur janji. Inilah yang dimahukan oleh semua.