Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Monday 27 January 2014

Kemalangan Jalanraya.. Siapa yang salah?? @ZambryAbdKadir @MPManjung @NajibRazak

Semalam satu kejadian yang memilukan iaitu seorang pendidik dari SK Dato' Ishak, Teluk Muruh telah meninggal dunia akibat kemalangan jalanraya. Als Fatihah untuk Cikgu Azli.

Pasti ada pihak menyatakan bahawa Cikgu Azli yang salah dan ada pula yang menyatakan pemandu kereta Myvi yang salah dalam kejadian ini. Sudah suratan takdir arwah relah menghembuskan nafas terakhir di Hospital Manjung. Black amat berterima kasih kepada semua rakan, sahabat dan orangramai yang membantu arwah ketika kejadian dan yang sudi datang ziarah arwah di Hospital Manjung dan di rumah serta pengkebumian arwah. Turut hadir di Bilik Mayat Hospital Manjung iaitu YB Rashidi Ibrahim ADUN Pasir Panjang juga merupakan bekas guru di SK Dato' Ishak.

Siapa yang bersalah dalam kejadian ini tidak dapat dipastikan. Tetapi pada pandangan Black yang bersalah berkemungkinan adalah pihak JKR dan MPM. Mengapa Black katakan begitu? Mungkin anda fikir Black merapu.

Lampu isyarat di tempat kejadian telah lama dipasang. Ianya berfungsi seketika sahaja iaitu selepas pemasangan lampu tersebut. Selepas beberapa minggu dipasang, lampu isyarat tersebut sudah tidak berfungsi sehingga hari ini.

Sila lihat gambar di tempat kejadian. Lampu isyarat yang dimaksudkan tidak berfungsi. Dalam kes ini siapa yang hendak dipersalahkan?

Black amat mengharapkan agar pihak berkuasa tempatan dan JKR mengambil iktibar dari kejadian ini agar berlaku lagi ditempat yang sama.
NYAWA tidak dapat dibeli dengan wang ringgit.


Sent by Maxis from my BlackBerry® smartphone

No comments:

Post a Comment