Followers

MAKLUMAT TERKINI TANAHAIR

Sunday 30 December 2012

Kalimah Allah: PAS Pasti Akan Akur Dengan Tokong Lim


DAP sekali lagi memainkan isu kalimah ‘Allah’ untuk digunakan di dalam kitab Injil Kristian.   Isu hampir sama pernah menjadi hangat ketika Pilihanraya Sarawak di mana PAS bersetuju untuk membenarkan Injil dicetak dalam Bahasa Melayu.  Isu ini dikatakan sama kerana kedua-duanya bertujuan untuk menyebar Kristian di kalangan orang-orang Melayu Islam.

Memandangkan PAS telah pun bersetuju dengan Injil berbahasa Melayu, maka kita tidak hairan jika PAS juga akan akhirnya bersetuju dengan DAP agar kalimah Allah digunakan oleh Kristian mahupun agama lain bagi memastikan Tokong mereka iaitu Lim Guan Eng gembira.  Walaubagaimanapun, seperti biasa, sebelum bersetuju, PAS akan terlebih dahulu bersandiwara dengan berpura-pura menentangnya.

Sandiwara menentang cadangan DAP ini penting bagi membeli masa sebelum pilihanraya bagi melenyapkan isu Amanat Hadi, Tanah Kelantan, Balak Kedah, Air Selangor dan lain-lain lagi yang amat menyesakkan dada pemimpin-pemimpin Pakatan Rakyat.

Namun, sandiwara yang pengakhirannya sudah dijangka amatlah membosankan dan seeloknya, PAS dan DAP hentikanlah saja lakonan mereka.

Ini kerana semua orang sudah sedia maklum bahawa di akhir sandiwara ini, PAS tetap akan akur kepada kehendak Tokong Lim DAP.   Lagipun, kenapa pula kali ini PAS ingin menentang penggunaan kalimah Allah di dalam kitab Injil sedangkan Presiden PAS sendiri pernah mengeluarkan kenyataan rasmi pada 5 Januari 2010, yang membenarkannya.

Kenyataan ini boleh dilayari di laman rasmi PAS seperti di bawah:

http://pas.org.my/v2/index.php?option=com_content&view=article&id=2603:kenyataan-rasmi-presiden-pas-mengenai-isu-kalimah-allah-&catid=20:kenyataan-rasmi&Itemid=99

Antara petikan kenyataan rasmi Presiden PAS tersebut ialah:  

Setiap warganegara Malaysia wajib memelihara suasana dan keadaan ini. PAS ingin menjelaskan bahawa berdasarkan kepada kaedah Islam, penggunaan nama Allah pada asasnya adalah dibenar untuk digunakan oleh agama samawi seperti Kristian dan Yahudi.

Tetapi, hari ini apabila Tokong Lim membangkitkan isu ini sekali lagi dalam perutusan Krismasnya, beliau ditempelak pula oleh Ahli Majlis Syura Ulama PAS yang juga Ketua Dewan Ulama PAS Kelantan, Datuk Mohamed Daud Iraqi, sebagai mengelirukan umat Islam di negara ini.   Katanya, “PAS mengambil pendirian seperti diputuskan Majlis Syura parti sebelum ini, tidak bersetuju dengan desakan mana-mana pihak berhubung isu berkenaan.”

Apa ceritanya ini?  Apakah Majlis Syura PAS tidak sependapat dengan Presiden PAS?

Jika benar, nampaknya Presiden PAS mungkin bersendirian dalam menyokong Tokong Lim kerana dalam satu laporan di Harakah (http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_ content&task=view&id=019648&Itemid=96), Nik Aziz juga telah menafikan yang beliau menyokong penggunaan nama Allah oleh bukan Islam itu sepertimana yang dilaporkan oleh media perdana.  Antara petikan kenyataan di Harakah yang dibuat oleh Setiausaha Politik beliau, Anual Bakri Harun adalah seperti berikut:  

“Wartawan silap memahami apa yang disebut Menteri Besar (Nik Aziz) kerana perkataan Allah hanya boleh digunakan bagi mereka yang telah menerima Islam.  Bagi memahami konteks yang disebut Menteri Besar dengan lebih jelas kita kena memahami maksud surah Al Ikhlas iaitu Katakanlah (ya Muhammad), Dialah Allah yang Maha Esa, Allah yang dituju (meminta hajat). Dia tiada beranak dan tiada pula diperanakkan. Dan tidak ada satu pun yang menyerupaiNya.  Oleh itu jelaslah nama Allah hanya wajar digunakan bagi mereka yang telah beriman dan tidak boleh menyalahi sifat 99 namaNya,” kata beliau di sini.”

Namun, carian seterusnya menemui yang sebaliknya di mana pada 21 Januari 2010, Nik Aziz pernah membuat kenyataan seperti berikut yang disiarkan oleh Harakah juga:

KOTA BHARU: Kerajaan Kelantan tiada halangan bagi masyarakat bukan Islam negeri itu menggunakan kalimah ‘Allah’, baik dalam pertuturan maupun dalam buku-buku agama mereka.

Menteri Besar Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat (gambar) berkata, kerajaan negeri tidak bercadang mengikut jejak negeri-negeri lain melarang kalimah ‘Allah’ digunakan orang bukan Islam.  “Keputusan ini diambil memandangkan keadaan di negeri ini memperlihatkan keharmonian antara kaum yang terjalin erat”.

Nik Aziz kemudian menjelaskan bahawa beliau bermaksud yang beliau hanya bersetuju dengan penggunaan kalimah Allah oleh agama lain selagi tidak membawa kemudaratan kepada Islam, serta keadaan di Kelantan yang harmoni telah membolehkan ianya dibenarkan.

Untuk Nik Aziz, Hadi Awang, Majlis Syura PAS dan orang-orang PAS keseluruhannya, penulis ingin berpesan agar hentikanlah memberi alasan dan memutar-belit kenyataan sendiri kerana ia tidak membawa apa-apa makna selain menghabiskan air liur sahaja.  Ini kerana semua orang sedia maklum yang PAS tetap akan akur kepada ‘ajaran Tokong Lim’ sahaja.

Tidak perlu menafikan perkara ini kerana buktinya sudah terlalu banyak, iaitu kes pusat sembelihan di Kedah, kes arak di Selangor, kes judi di Kelantan, kes Injil dalam Bahasa Melayu, kes Kelab Malam Voyage di Selangor, kes penutupan pusat hiburan di bulan puasa di Kedah, kes Salon di Kelantan dan yang paling dahsyat ialah kes murtad di Selangor di mana kesemuanya menyaksikan PAS sujud kepada kemahuan dan arahan Tokong DAP.

Justeru, apa bezanya dengan kes kalimah Allah ini?  Presiden PAS sudah pun membuat kenyataan rasmi sejak awal lagi yang beliau tiada halangan bagi agama Kristian menggunakan nama Allah dalam bahan keagamaan mereka.   Jika Presiden sendiri sudah membuat kenyataan rasmi, kenapa masih perlu bersandiwara?  Tiada apa-apa yang perlu dikelirukan atau didebatkan lagi mengenai pendirian PAS dalam isu ini kerana pendirian PAS adalah tertakluk kepada pendirian DAP.

Satu-satunya perkara yang mugnkin mengelirukan di sini ialah dalam memahami motif atau signifikannya bagi Tokong Lim atau DAP untuk memperjuangkan penggunaan kalimah Allah dalam bahan keagamaan Kristian.  Ramai yang hairan tentang kenapa nama Allah perlu dijadikan isu?  Kenapa nama Allah juga yang diinginkan mereka?  Kenapa bukan nama lain?  Kenapa sekarang?  Kenapa?  

Apakah tanpa penggunaan nama Allah, maka ajaran Kristian akan terjejas?   Selama ini apakah nama yang digunakan oleh orang-orang Kristian di Malaysia untuk merujuk kepada Tuhan yang berkenaan?   Apakah Tokong Lim  boleh memberi jawapannya? Atau apakah Nik Aziz dan Hadi Awang ingin menjawab bagi pihak Tokong Lim?

Saturday 29 December 2012

Mogok Lapar Lynas: Bukti PR Makin Hancur


Kumpulan Himpunan Hijau anti Lynas meneruskan rancangan mereka untuk mogok lapar di Dataran Merdeka selama 100 jam bermula pada jam 8.00 malam 27 Disember dan dijangka tamat pada 12 tengahari, 1 Januari 2013.  Laporan jam 8.00 semalam, mendapati terdapat tidak sampai pun 20 orang yang tiba di ‘tempat kejadian’.

Sebelum itu, kita harus faham bahawa mereka ini hanya mogok lapar tetapi tidak mogok dahaga kerana mereka tidak sanggup mati dalam ‘perjuangan’ ini.

Acara kemuncak mogok ini ialah pada 31 Disember di mana 10,000 kereta dan motorsikal dijangka akan menyertai mereka. Protes dicadangkan bermula di Markas Tarbiyah PAS di Taman Melewar Gombak, seterusnya di Markas PAS Chegar Mendang di Bentong sebelum menuju ke Gebeng.   Pemimpin-pemimpin PR juga akan berucap dan berceramah politik bagi memeriahkan lagi protes tersebut.

Mengikut laporan hari ini iaitu 28hb Disember, terdapat lebih kurang 60 orang ahli kumpulan ini telah ‘membanjiri’ Dataran Merdeka setakat ini.   Kebanyakannya adalah anak-anak Cina DAP yang sama ada bermasalah memahami bahasa Malaysia atau Inggeris iaitu bahasa yang digunakan dalam laporan kajian pihak berkuasa atom dan nuklear antarabangsa, atau sekadar bermasalah otak lembab untuk memahami fakta sains.

Selain itu, terdapat juga seorang anak Melayu, pendemo tersohor yang malas belajar dan enggan membayar hutang iaitu, Adam Adli.   Turut kelihatan ialah seorang dua balaci DAP paling setia dari Unit Amal PAS.  

Jika diambil kira S.B dan media, jumlah sebenar yang hadir mungkin hanya sekitar 30 orang sahaja.

Walaupun jumlah ini dijangka meningkat menjelang acara kemuncak, namun ia tetap merupakan satu ‘setback’ atau permulaan yang buruk bagi satu program yang disokong atau lebih tepat didalangi pembangkang dari tiga parti yang cukup terkenal dengan tenaga demonstrasi yang ramai lagi bersemangat waja.

Protes secara mogok lapar jarang dilakukan di Malaysia apatah lagi disertai oleh golongan muda, iaitu semuda 14 tahun, menurut dakwaan pihak penganjur.   Oleh itu, kita menjangkakan satu permulaan yang menggegarkan dengan kehadiran ramai penyokong-penyokong pembangkang untuk memberi semangat kepada mereka.  

Namun, seperti laporan di atas, protes ini telah bermula dengan hambar sekali sehingga kelihatan agak menggelikan hati.   Lebih-lebih lagi jika melihatnya dari segi fakta di mana apa yang diprotes mereka adalah tidak relevan sama sekali kerana Lynas telah terbukti secara saintifik sebagai selamat dan tidak membawa mudarat kepada manusia mahupun alam sekitar.  

Hakikatnya, selain dari beberapa orang yang memimpin Himpunan Hijau yang telah diberi peluang mengemukakan hujah di mahkamah dan mendapat maklumat terperinci mengenai Lynas, yang lain-lainnya langsung tidak tahu apa-apa mengenai apa yang diprotes mereka.

Mereka dilihat terkial-kial menjawab soalan mengenai Lynas mahupun radioaktif.   Seperti juga hujah ketua mereka yang dibakul-sampahkan oleh mahkamah kerana tidak punya fakta khusus mengenai Lynas melainkan pendapat dan gambaran mengenai kesan radioaktif secara am, begitulah juga jawapan yang diberi oleh peserta protes ini, malah jauh lebih dangkal lagi.

Kerana itulah kita melihat tindakan mereka bermogok lapar atau berjalan kaki dari Kuantan yang dilakukan mereka sebelum ini, sebagai satu tindakan bodoh piang.  

Jelas, mereka telah diperbodohkan oleh pembangkang yang terdesak mencari isu sehingga menjadikan Lynas sebagai isu politik.   Mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak asing yang ingin melihat kerajaan tumbang.  Selain itu, mereka juga telah diperbodohkan oleh pihak yang berkepentingan sampingan dari segi perniagaan, dalam memastikan Lynas ditutup.   Inikah puak yang merasakan mereka lebih bijak dari orang lain dan bercakap mengenai ‘regime change’?

Dari satu sudut lain pula, hakikat bahawa Lynas amat berpotensi berdaya maju dan diterajui ahli perniagaan professional Melayu yang punya jati diri yang kuat juga, tidak wajar diketepikan.  Oleh itu, nisbah kaum dalam Himpunan Hijau yang menunjukkan hampir 100% peserta adalah kaum Cina perlu diambilkira untuk membuktikan adanya sesuatu yang tidak kena dengan agenda sebenar penentangan terhadap Lynas.  

Apapun, permulaan protes yang hambar adalah petanda jelas dari rakyat kepada Pakatan Rakyat iaitu demonstrasi untuk memburukkan kerajaan adalah kerja orang-orang bodoh yang dilakukan atas arahan pemimpin-pemimpin yang bodoh juga.

Ini kerana pemimpin yang bijak tidak akan ‘menyiksa’ rakyat berjalan kaki dari jauh, menahan lapar berpanas berhujan dan menghadapi risiko cedera atau tertangkap serta tergadai masa depan semata-mata untuk menang pilihanraya.  Sebaliknya, pemimpin yang bijak akan menjaga kawasan politiknya serta negeri jajahannya dengan sebaik mungkin untuk memastikan rakyat mengundi mereka.

Nampaknya, dalam usaha puak-puak bodoh Himpunan Hijau menghancurkan Lynas, Pakatan Rakyat telah pun hancur terlebih dahulu.



Cukup..cukup sudah... cukup sampai disini saja...Cukup-cukuplah Nik Aziz, Hadi... (Utusan)


MASYARAKAT Melayu hari ini dilihat memang banyak berubahnya berbanding zaman tradisi dan sebelum merdeka. Apatah lagi dengan facebook, twitter, whatsApp...dan macam-macam lagi sehinggakan penulis yang menganjak ke pertengahan 40-an ini pun agak 'kebingungan'.

Itulah, kadang-kala kita rakyat Malaysia 'kebingungan' juga dengan gelagat segelintir pemimpin parti politik yang asal ado, 'belasah aje' ikut suka mereka sahaja.

Dan lebih dahsyat lagi, mereka sama ada lupa (ini pasti tidak boleh diterima dek akal) atau sengaja enggan mengaku yang kesejahteraan, keamanan malah kemajuan negara yang turut sama dinikmati oleh mereka adalah hasil kepimpinan dari bangsa Melayu sendiri. Kalau bangsa Melayu tidak boleh dibanggakan, manakan mungkin negara kita mampu mencapai kecemerlangan hinggakan menjadi antara negara contoh di dunia.

Kalau kita berkahwin pada 1990 dan dikurniakan rezeki 'bunting pelamin', anak kita sudah besar panjang dah. Kalau seorang individu menguasai sebuah pemerintahan kerajaan negeri pada tahun sama, sudah 22 tahun lah dia berada di pejabatnya. Itu sudah tempoh yang cukup lama itu untuk membawa perubahan kepada sebuah negeri.

Tetapi ternyata si polan ini gagal. Kalau 22 tahun dulu air paipnya keruh, sekarang air paipnya tetap keruh. Kalau 22 tahun dulu kadar pengangguran tinggi, sekarang pun kadar penganggurannya tetap tinggi. Kalau 22 tahun dulu negeri itu mundur, sekarang ternyata ia tetap mundur. Malah semakin jauh ditinggalkan ke belakang. Itulah kalau masih ada persepsi tidak mahu mengaku kelemahan diri atas alasan 'kami kaya dengan tanah...anda di negeri lain...ado.'

Ramai menganggap si polan ini hanyalah jaguh mengumpul khalayak. Tetapi bukan dalam memajukan taraf hidup mereka. Namun, ramai juga enggan memperakukan suara hati diri sendiri, dek 'takut' tidak ke 'syurga' olahan parti berkenaan. Senjata si polan ini cuma ketaksuban sesetengah pengikutnya yang membabi-buta.

Di kala Petunjuk Prestasi Utama (KPI) menjadi teras kepimpinan era sekarang - khususnya empat tahun kebelakangan ini - indeks prestasi si polan tadi tidaklah terkandung sebarang angka mengagumkan.

Menggunakan semaksimumnya agama demi untuk survival politik merupakan perkara yang cukup menjengkelkan!. Tetapi inilah agaknya yang dibanggakan oleh 'si polan'. Sepatutnya agama dijadikan panduan kehidupan, bukan aset untuk mengumpul pengikut dan pengaruh.

Dan suatu ketika kerana sudah lebih 20 tahun memerintah tak berbuat apa pun, 'alih- alih' dek demam pilihan raya umum yang kian hampir, sudah menggelabah tak bertempat. Lantas bergendanglah dia ke merata negeri. Mencanang mahu dibina satu lebuh raya yang di'promosikan' sebagai 'lebuh raya rakyat'. Kosnya bukan sedikit, RM1.8 bilion menghubungkan Lebuh Raya Kuala Krai- Kota Bharu (anggaran kos ketika ini). Dinamakan "lebuh raya rakyat" dengan harapan rancangan itu "dekat dengan jiwa" rakyat, maka lantas ditadahkan tangan meminta sumbangan rakyat.

Wah! memang hebat rancangan bina lebuh raya itu. Ada laluan untuk binatang buas lagi. Tetapi apa sudah jadi dengan sebuah jambatan yang penulis fahamkan dikenali jambatan Palekbang-Kampung Cina yang dijanjikan pada 1996. Ia tak terusik lagi. Kalau tak percaya, pergilah kita tinjau batu asas untuk membina jambatan Palekbang- Kampung Cina. Batu asasnya masih ada di situ. Tapi tulisannya yang tertera nama projek, sudah tak ada lagi.

Diam tak diam, bukan parti itu bina jambatan sebaliknya parti saingannya pula yang membina jambatan di sebuah kampung (kalau tak silap penulis bernama Kampung Sireh) untuk mengurangkan kesesakan bandar Kota Baru.Itu baru soal pembangunan untuk diperleceh parti berkenaan.

Bab agama lagi dahsyat. Tak ada langsung rasa simpati dengan keluarga yang berpecah- belah hanya kerana hasutan politik dan sebuah 'amanat'. Tidakkah si polan tadi berasa berdosa kerana sanggup bersama mereka yang memusuhi Islam. Dan hanya kerana dendam kesumat menafikan sungguh-sungguh parti pesaing yang terbukti berjaya memajukan bukan sahaja umatnya tetapi kaum-kaum lain.

Dan menyebabkan orang Melayu terluka dan tersiat hati mereka apabila sanggup pula melakukan penghinaan terhadap bangsanya sendiri. Dan tidak berbangga dengan Melayu. Dan apabila 'disentap' parti sekutu', semua maklum dan rasanya hampir semua orang tahu apa jawapannya setiap kali 'dipukul' oleh 'penyerangnya' soal hudud yang hendak sangat dipraktiskan. Kita tidak tahu sampai bila titik noktahnya si polan ini mahu membohongi diri sendiri, umat Melayu dan kaum-kaum lain.

Berterus-teranglah.Kepada pengikut sendiri. Beritahulah kebenaran '... ini adalah modal untuk parti dapat undi, bukan kami betul-betul nak laksanakan pun". Kalau penyokong parti pesaing tanya, ini alasan dia - perlembagaan tak benarkan, kalau parti sekutu tanya ini alasan dia - 'si dia' tak faham. Kalau orang parti sekutu yang satu lagi tanya, ini jawapannya - 'tak nak pemimpin dia pun kena'.

Kalau tidak mahu tarik 'amanat' yang memusnahkan persaudaraan sesama Islam itu, tak mengapalah. Tapi...tapi....tapi tak perlulah beri bermacam alasan. Cukup-cukuplah Nik Aziz. Cukup-cukuplah Hadi.

Pemimpin Kanan Pakatan Rakyat Takut Sertai Himpunan Oren


Tika ini kemarahan sebahagian rakyat Kelantan terhadap PAS sedang meluap-luap berikutan skandal tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang yang kini telah menjadi hak milik pemimpin DAP dari Perak.

Rupanya tak terdetik walau sezarah pun rasa bersalah dalam hati nurani pemimpin PAS sebaliknya dicubanya pula untuk mengalih perhatian ramai dengan mengadakan Himpunan Oren Selamatkan FELDA di Jalan Semarak, Kuala Lumpur.

Kononnya usaha mengadakan himpunan ini salah satu tujuannya untuk menyelamatkan tanah peneroka FELDA yang didakwa akan tergadai berikutan penyenaraian FGVH di BSKL disamping menuntut pemecatan Tan Sri Isa Samad sebagai Pengerusi FELDA.

Sibuk betul PAS dengan untung nasib peneroka FELDA walhal nasib peneroka Ladang Rakyat di Selatan Kelantan yang terumbang ambing dengan hanya mendapat dividen RM200 sebulan sahaja sampai sekarang tak terbela.

Tanah berpuluh ribu ekar tergadai ke tangan pemimpin Cina DAP tak pula PAS sibuk ambil tahu untuk memperbetulkan kesilapan, sebaliknya lebih sibuk usung cerita lain untuk alih pandangan ramai.

Maka beriya-iya PAS dan NGO ANAK yang diketuai AJK PAS Pusat, Mazlan Aliman mempropagandakan himpunan anti FELDA itu kononnya akan dihadiri oleh lebih 30,000 orang peneroka FELDA dari seluruh negara.

"Kita akan menghimpunkan 30 ribu orang, bukan sahaja warga Felda tapi gabungan NGO lain kerana isu Felda sudah menjadi isu nasional seperti juga skandal Scorpene dan projek Lynas," demikian kata Mazlan pada sidang media di Pejabat Agung PAS, Jalan Raja Laut minggu lepas.

Tinggi melangit angan-angan yang dihajatinya. Itu standardlah, dalam bab bermain propaganda angka dan nombor sudah menjadi budaya PAS sejak azali lagi. Memanjang gebangnya besar mengalahkan bas.

Namun bila tiba sahaja hari perhimpunan berlangsung, akhirnya hanya kurang dari 1,000 orang sahaja yang hadir di mana rata-ratanya adalah ahli dan penyokong PAS yang telah menerima arahan rasmi dari Setiausaha AGung PAS, Mustafa Ali supaya meramaikan program himpunan itu yang diadakan selepas Solat Jumaat.

Mana peneroka FELDA yang dikatakan 30 ribu akan hadir sama?

Tak wujud pun 30 ribu orang peneroka di himpunan tersebut, hanya beberapa puluh orang sahaja yang benar-benar berstatus peneroka, baki lebih 95% lagi adalah ahli dan penyokong PAS yang walau sesaat pun tidak pernah melalui kehidupan sebagai peneroka FELDA.

Mana pula pemimpin-pemimpin kanan PR khususnya dari PAS dan PKR, misalnya Ketua Umum PKR, Anwar Ibrahim dan Presiden PAS, Abdul Hadi Awang?

Langsung tak nampak muka, sebab mereka tahu dengan menyertai himpunan yang tidak popular seperti ini hanya akan menjatuhkan air muka sahaja. Itu yang masing-masing takut menyertainya. Takut malu beb!.

Skandal Tanah: Menanti Keberanian DAP Pecat Koh Ham


Sudah menjadi kebiasaan bagi pemimpin pembangkang sama ada dari DAP, PAS ataupun PKR untuk bercakap soal ketelusan dan mendabik dada mendakwa diri mereka anti rasuah dan menentang salah guna kuasa serta penyelewengan.

Namun sebagaimana biasa sudah menjadi amalan sebahagian ahli politik sebegini untuk menjadi politikus paling hipokrit, hanya nampak putih dari luar tapi bila dilihat isi dalamnya warna hitam pekat pula yang kelihatan.

Inilah yang terjadi dalam isu penganugerahan tanah hutan balak seluas 10,526 ekar di Gua Musang, Kelantan kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd yang kini dimiliki secara bersama oleh Pengerusi DAP Perak, Ngeh Koh Ham dan sepupunya Nga Kor Min.

Daripada keluasan tanah 10,526 ekar bersamaan 4,259 hektar itu dianggarkan 9,000 ekar daripanya masih lagi memiliki khazanah kayu balak yang bernilai puluhan juta ringgit.

Bermakna selain berpeluang menjadi pemilik tanah itu selama lebih 50 tahun secara pajakan, Ngeh Koh Ham dan Nga Kor Min juga bakal menambah lagi kekayaan mereka dengan hasil kekayaan bumi Kelantan melalui aktiviti pembalakan.

Dulu dalam tahun 1960-an hingga pertengahan 1970-an tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300,000 ekar dipindah milik secara pajakan kepada orang luar dari Singapura, kini tanah seluas 10,526 ekar berpindah milik pula kepada pemimpin Cina DAP.

Agaknya PAS sememangnya lahir untuk hanya menghancurkan harta pusaka yang diamanahkan rakyat barangkali, balik-balik hanya pandai gadai, pajak dan jual tanah sambil menebang kayu balak. Memanjang saja terlibat dengan skandal tanah dan balak.

Anak pribumi Kelantan serta Orang Asli yang bertahun-tahun meneroka tanah-tanah tersebut untuk mencari sesuap nasi pula dipinggirkan daripada mendapat peluang memiliki tanah.

Entah apa jenis negeri kebajikan yang PAS sedang perjuangkan tak tahulah, yang pastinya ia menepati pepatah Melayu, "kera di hutan disusukan, anak sendiri mati kelaparan".

Selama ini para pemimpin DAP serta ramai pemimpin PAS dan PKR senantiasa sibuk menabur propaganda kononnya para pemimpin BN paling korup dan menyalahgunakan kuasa untuk mengkayakan kroni dan keluarga.

Alih-alih apa yang sedang terbentang depan mata rakyat sekarang rupanya pemimpin PR sendiri yang terkehadapan dalam mempelahap harta kekayaan yang diamanahkan oleh rakyat.

Deklarasi PR di Shah Alam yang ditegaskan oleh Naib Presiden PKR, Nurul Izzah kononnya pemimpin PR tidak akan mengambil kesempatan memperolehi tanah-tanah untuk kepentingan diri, kroni dan keluarga akhirnya terbukti hanya omong kosong sahaja.

Paling penting tanah seluas 10,526 ekar yang kini telah menjadi milik Koh Ham dan Kor Min berlaku selang beberapa jangka waktu selepas PAS terhutang budi dengan DAP berikutan sokongannya terhadap pemimpin PAS sebagai MB Perak.

Skandal tanah ini merupakan antara yang terbesar dalam abad milenium ini dan tentu sahaja menuntut tindakan konkrit daripada pemimpin pakatan pembangkang khususnya DAP untuk segera bertindak sewajarnya.

Persoalannya sekarang, beranikah DAP memecat pemimpinnya sendiri demi memulihkan semula air mukanya disamping mengembalikan kepercayaan penyokong PR bahawa DAP dan gabungan longgar parti-parti pembangkang itu serius untuk memperjuangkan ketelusan dan anti rasuah?

Jenuhlah menantikan tindakan sedemikian, lagipun kalau DAP berani memecat Koh Ham serta sepupunya itu demi mengurangkan impak negatif terhadap parti tiada ruginya kepada kedua-dua pemimpin DAP yang bersaudara itu.

Tanah beribu ekar sudah dapat, kayu balak pun dapat rembat. Pula tu selama lebih 50 tahun ke hadapan masih lagi boleh senyum lebar, tidur atas tilam wang berpuluh juta ringgit hasil dari kekayaan bumi Kelantan, tak gitu?

Wednesday 26 December 2012

Skandal Tanah & Balak: Sejarah Berulang Kembali, PAS Mengundang Bala Kekalahan Di Kelantan

48 tahun dulu yakni sekitar tahun 1964, Kerajaan PAS Kelantan tika itu pernah menyerahkan tanah hutan balak yang luasnya melebihi 300 000 ekar di Gua Musang kepada sebuah syarikat Timber & Mine Industrial Corporation milik tauke Cina dari Singapura kononnya untuk tujuan pembangunan.

Namun rakyat bukannya buta kayu untuk melihat hakikat sebenar pajakan tanah selama lebih 30 tahun itu tujuan utamanya tak lain dan tak bukan ialah untuk kegiatan pembalakan kayu kayan.

Rentetan daripada itu, timbul riak-riak kemarahan rakyat terhadap Kerajaan PAS Kelantan namun untuk beberapa ketika suara protes rakyat dapat dibendung dan dikekang daripada merebak lebih luas.

Bagaimanapun apabila berlaku krisis kepimpinan PAS di negeri itu yang turut membabitkan isu pemberian tanah dan kawasan balak untuk kepentingan kroni, akhirnya rakyat bangkit secara besar-besaran mengakibatkan PAS jatuh terduduk di Kelantan pada 1978.

Kini, di era milenium selepas PAS memerintah Kelantan selama 22 tahun timbul lagi isu yang mirip seperti dulu.

Tika ini tanah seluas 10,526 ekar ataupun bersamaan 4,259.9 hektar di Gua Musang telahpun dipindah milik kepada syarikat Upayapadu Plantation Sdn Bhd melalui pajakan selama sekitar 50 tahun.

Syarikat itu asalnya milik individu lain tapi kini menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, Ngeh Koo Ham dan Nga Kor Min. Dengan demikian, kedua-dua pemimpin yang mempunyai hubungan kekeluargaan itu berkuasa penuh ke atas tanah tersebut selama beberapa dekad seterusnya menikmati hasil bumi Kelantan sepuas-puasnya.

Gayanya saling tak tumpah seperti Kerajaan PAS Kelantan pimpinan Menteri Besar, Nik Abdul Aziz Nik Mat secara sedar atau sebaliknya telah mengulangi skandal lama di mana tanah-tanah di Selatan Kelantan pernah jatuh ke tangan syarikat milik Cina Singapura dulu.

Dengan kata lain, PAS seperti sengaja menempah bala kemarahan rakyat yang tentu sahaja ia bakal diterjemahkan kepada kekalahan besar PAS di Kelantan pada PRU 13 kelak, mengulangi kembali kejatuhan PAS pada 1978 dulu.

Menariknya lagi tanah seluas 10,526 ekar ini juga dipercayai merupakan sebahagian kecil dari projek Ladang Rakyat yang meliputi keluasan melebihi 80,000 ekar tanah yang kesemuanya terletak di Selatan Kelantan.

Ladang Rakyat atau lebih tepat lagi digelar sebagai Ladang Air Mata Rakyat oleh penduduk Kelantan khususnya di Selatan negeri ini, diwujudkan konon untuk membangunkan ekonomi rakyat. Hakikatnya, hanya segelintir yang mendapat manfaat khususnya ahli dan penyokong PAS yang rapat dengan kepimpinan negeri.

Hasil bumi yang bernilai beratus juta ringgit lebih banyak mengalir kepada para kroni dan syarikat milik cina DAP dan Cina Singapura. Malang sekali rakyat negeri hanya mampu terlopong menangis mengenangkan nasib diri dikhianati Kerajaan Negeri yang hanya pandai menabur janji dicapati.

Rakyat marhaen yang berpuluh tanah meneroka tanah untuk mencari sesuap nasi sehingga sekarang gagal memiliki walau seekar tanah pun, namun pemimpin Cina DAP yang pernah menabur jasa menyokong perlantikan MB PAS bagi negeri Perak selepas PRU 2008 pula tersengih gembira menikmati laba keuntungan.

Jika langkah memberi tanah dan kawasan konsesi balak ini dilakukan oleh Kerajaan BN nescaya bergentayanganlah suara-suara bantahan dari pemimpin PAS dan sekutunya mempertikaikan kenapa tanah negeri yang diamanahkan oleh rakyat kini menjadi milik kroni BN, betul tak?

Namun bila ia dilakukan oleh PAS sendiri dan melibatkan pula kroni sekutunya dalam PR, lain pula halnya.

Orang ramai sibuk mempertikaikan kenapa tanah tersebut dibiarkan menjadi milik pemimpin Cina DAP Perak, tapi dipusingnya cerita bahawa penganugerahan tanah tersebut bukannya satu rahsia dan tujuannya pula konon untuk pembangunan. Spin mengalahkan pusingan gasing.

Dulu dan sekarang sama sahaja, tabiat PAS tidak pernah berubah dengan sikapnya yang gemar menggadaikan tanah pusaka dan harta rakyat dengan menganugerahkan tanah balak dan pajakan hak milik selama berpuluh tahun kepada orang luar dengan berselindung disebalik alasan pembangunan.

PAS dan skandal tanah hutan balak berpisah tiada, kerana kemahiran PAS dalam urus tadbir negeri hanyalah dalam bab pembalakan sahaja untuk mendapatkan sedikit hasil bagi kantung Kerajaan Negeri dan selebihnya hasil yang lebih besar untuk mengenyangkan perut kroni dan diri sendiri.

Lain-lain idea untuk kemajuan rakyat langsung zero, tak tercapai dek akal fikiran pemimpin PAS.

Usahlah pemimpin PAS terus berangan-angan untuk terus mendapat mandat di Kelantan pada PRU akan datang. 22 tahun PAS memerintah negeri Cik Siti Wan Kembang ini lebih banyak hasil bumi dan kekayaan negeri mengalir ke tangan yang lain berbanding manfaat untuk anak pribumi sendiri.

Suka atau tidak, PRU 13 ini majoriti besar rakyat negeri Kelantan nekad sepenuh hati untuk mengajar PAS erti keperitan dengan menghadiahkan bala kekalahan besar kepada parti hipokrit dan paling munafik itu nanti.

Sejarah kejatuhan PAS di Kelantan pada 1978 pasti berulang kembali. Dek kerana tanah dan balak PAS semakin lupa diri, kerana skandal tanah dan balak juga PAS akan menyembah bumi

Nik Aziz Serupa Macam 'Firaun'

Di akhir dekad 1990-an dulu, gerombolan pembangkang yang terdiri daripada penyokong PAS dan pemuja Anwar Ibrahim cukup seronok memanggil Perdana Menteri ketika itu, Tun Dr Mahathir Mohamad dengan gelaran mahafiraun.

Gelaran tersebut dipopularkan oleh mereka bagi merujuk pada Tun Dr Mahathir yang dikatakan begitu gilakan kuasa seakan mahu menongkat langit dan enggan melepaskan jawatan duniawi selama-lamanya.

Menyedari sentimen tika itu dilihat kuat menyebelahi pakatan pembangkang, Menteri Besar Kelantan, Nik Abdul Aziz Nik Mat dengan bongkaknya pernah terlanjur membuat cabaran bahawa sekiranya Tun Dr Mahathir meletakkan jawatan PM, Nik Aziz berjanji keesokan harinya beliau pula yang akan melepaskan jawatan MB Kelantan.

Masa akhirnya bersilih ganti membawa ke zaman millenium, kini di penghujung tahun 2012 sudah berlalu lebih 9 tahun Tun Dr Mahathir melepaskan jawatan sebagai PM dengan senang hati sekalipun diawal pengumumannya untuk berundur masih agak ramai yang mendambakan khidmatnya.

Namun demikian, sehingga detik-detik akhir tahun 2012 ini mahu melabuhkan tirainya, MB Kelantan masih juga orang yang sama yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Tidak nampak sedikit pun riak-riak keinginannya untuk melepaskan jawatan sebaliknya yang makin kelihatan nafsu masih membuak-buak mahu berpaut pada kuasa duniawi.

Bermati-matian Nik Aziz berusaha mencipta seribu satu alasan untuk mempengaruhi penyokong dan pemimpin PAS supaya terus meyakini kepimpinan dan kemampuannya untuk bertanding lagi dalam PRU 13 kelak semata-mata ingin terus menikmati kerusi empuk MB disamping mahu kekal disanjung sebagai pemimpin utama PAS.

Kata Nik Aziz, untuk menjadi pemimpin dan terus bertanding dalam pilihanraya tidak memerlukan tubuh badan yang sihat sebaliknya cukup dengan akal yang cerdas sahaja.

Entah di mana fahaman tersebut dipelajarinya, walhal dalam Islam untuk seseorang itu menjadi pemimpin yang baik selain mesti berakal dan berilmu, pemimpin itu juga wajib memiliki tubuh badan yang sihat bagi melaksanakan tanggungjawab berkhidmat kepada rakyat.

Tapi dengan tubuh badan Nik Aziz yang ibarat kereta buruk asyik semput memanjang dan kerap keluar masuk hospital agaknya macam manalah beliau mahu memberi khidmat terbaik kepada rakyat Kelantan?

Kalau dah sepanjang menjawat kedudukan MB asyik bergantung harap pada EXCO atau si baju kotak merah sahaja yang menguruskan tugasan MB, lebih baik Nik Aziz serah saja jawatan tersebut pada orang berkenaan daripada terus makan gaji buta berpuluh ribu ringgit sebulan tanpa manfaat pada rakyat.

Lagi pun apa sangatlah akal fikiran Nik Aziz yang dikatakan cerdas dan masih sihat itu, balik-balik siang malam yang beliau tahu cuma asyik memerah otak untuk merapu meraban menyalahkan orang lain atas kelemahan sendiri sambil menghukum orang ini tidak islamik, si polan itu tolak Islam, tak begitu?

Sebetulnya Nik Aziz agak bimbang kot kalau-kalau nasib yang menimpa bekas Presiden PAS, Allayarham Asri Muda yang pernah dihina dan dikhianatinya dulu bakal berulang pula pada dirinya bila segala jawatan eksekutif peringkat negeri dan kedudukan dalam parti tidak lagi dalam cengkamannya.

Jadinya, mahu tidak mahu Nik Aziz gagahkan juga diri untuk terus bertanding dalam pilihanraya kelak disamping berharap akan kekal menjadi MB Kelantan dan Mursyidul Am PAS. Dengan demikian akan ada lagilah para penyokong parti yang terpaksa terus memuja-muji 'ketokohannya' itu.

Maka jadilah Nik Aziz serupa macam 'firaun' terus menongkat langit mengharapkan kuasa duniawi akan terus utuh ditangannya.

Dulu Tun Dr Mahathir telah digelar oleh penyokong pembangkang sebagai mahafiraun, akhirnya kini mereka terpaksa menerima hakikat gelaran tersebut sebenarnya lebih cocok dengan watak dan pembawaan pemimpin mereka sendiri, yakni Nik Abdul Aziz Nik Mat.

Isu Tanah Kelantan: Penyokong PAS Tak Faham Beza Surat Sokongan dengan Surat Tukar Milik Tanah

Isu tanah Kelantan seluas 4,210 hektar yang bernilai hampir RM30 juta di lokasi seperti Relai, Daerah Chiku dekat Gua Musang telah dijadikan ‘habuan’ kepada Upayapadu Plantation Sdn Bhd oleh kerajaan Nik Aziz kini terbarai.   Ia dikatakan ‘habuan’ kerana melibatkan kepentingan ahli-ahli politik iaitu Adun DAP Sitiawan, Datuk Ngeh Koo Ham yang merupakan antara pelabur dalam syarikat tersebut. 



Pemberian ‘habuan’ daripada kerajaan PAS kepada pemimpin DAP Perak itu dikhabarkan bertujuan bagi membolehkan PAS meletakkan Adun Pasir Panjang, Datuk Seri Mohamad Nizar Jamaluddin menjadi Menteri Besar Perak ketika itu.



Berdasarkan carian dengan Suruhanjaya Syarikat Malaysia (SSM), 40% atau RM15 juta saham Upaya Padu Plantation Sdn Bhd dimiliki oleh Ngeh Koo Ham, dan 51% atau RM16 juta dimilik oleh syarikat Efektif Kirana.   Dan 99% saham syarikat Efektif Kirana pula dimiliki oleh Ngeh Koo Ham juga. 



Justeru, secara dasarnya, Upaya Padu Plantation adalah hampir 100% milik Ngeh Koo Ham.  Ngeh juga telah pun  mengaku bahawa beliau adalah pemilik syarikat tersebut walaupun sebelum ini cuba sedaya upaya menipu dan menafikan segala-galanya. 



Isu ini sebenarnya tidaklah sesukar mana untuk difahami apatah lagi apabila Setiausaha Akhbar Nik Aziz sendiri, iaitu Ahmad Fadhli Shaari mengakui kerajaan negeri telah menawarkan kepada syarikat Upayapadu Sdn Bhd melalui surat Yayasan Islam Kelantan bertarikh 28 Ogos 2005. 



Memandangkan semuanya sudah kantoi dan terbarai, maka terhegeh-hegehlah Nik Aziz dan Ngeh mengatur langkah untuk membela diri apabila ‘urusniaga gelap’ mereka terdedah. 



Harakah pun mengambil peranan penting untuk memusing cerita dan menuduh pemimpin UMNO pula sebagai punca.   Kononnya, pemberian tanah tersebut telah diberikan kepada syarikat Upayapadu dengan kelulusan kerajaan pusat berdasarkan surat Timbalan Menteri Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah Malaysia, Datuk Dr Awang Adek bin Hussin, dan juga surat Menteri Perusahaan Perladangan dan Komoditi Malaysia pada masa itu iaitu Datuk Peter Chin Fah Kui.



Jelas, ini adalah usaha terdesak PAS untuk memusingkan cerita yang mudah, agar menjadi berbelit-belit bagi mengelirukan rakyat.  Ini kerana, kedua-dua surat yang dijadikan ‘bukti tidak bersalah’ oleh PAS itu hanyalah surat sokongan terhadap projek yang dicadangkan dan bukannya dokumen menukar hak milik tanah kepada sesiapa.   Sudah menjadi tanggungjawab kerajaan pusat untuk menyokong projek yang dilihat mampu menjana pendapatan negeri. 



Namun, Datuk Awang Adek mahupun Datuk Peter Chin tidak punya hak atau kuasa untuk menukar milik tanah kepada syarikat Upaya Padu Sdn Bhd atau sesiapa jua.  Siapakah yang ada kuasa untuk menukar pemilikan tanah di Kelantan jika bukan Tok Guru Nik Aziz sendiri?



Lebih merunsingkan PAS dan DAP ialah apabila skandal ini dibangkitkan di dalam Dewan DUN Perak oleh Dato’ Hamidah Osman.   Sudah menjadi sikap samseng semulajadi DAP untuk cuba menggunakan cara ugutan bagi menutup skandal mereka.  Justeru, pada 20 Disember jam 3.30 petang semasa dia berada di Dewan Makan Dewan Undangan Negeri, Nga Kor Ming telah datang ke meja Dato’ Hamidah dan menuding jari sambil mengugut “You dedah (revealed) you watch out I will go after you’’.



Namun, seperti biasa juga DAP terlalu sombong lagi bodoh untuk mengaku yang mereka telah mengugut sesiapa walaupun hakikatnya terdapat saksi iaitu Tan Sri Mohamad Tajol Rosli Ghazali dan Datuk Rusnah Kassim yang turut ada pada ketika kejadian.  Maka, terngangalah Nga apabila menyedari bahawa ugutannya telah membesarkan lagi isu tanah ini. 



Entah apa lagi percubaan DAP dan PAS untuk menutup isu korup mereka ini selepas ini.  Hari ini, PAS telah membuktikan yang mereka sanggup menggadaikan 4,210 hektar tanah untuk jawatan MB.   Bayangkan jika PR memerintah negara ini…entah berapa hektar lagi atau apa lagi yang akan PAS gadai untuk jawatan Menteri Kabinet ataupun Pengarah GLC serta  bayangkan juga ugutan dan ancaman yang puak samseng DAP mampu lakukan jika mereka tidak mendapat apa yang mereka inginkan…

AMBIGA GUNA BERSIH PECAH BELAHKAN ORANG MELAYU

Anwar Ibrahim yang menggunakan platform Bersih melalui Ambiga Sreenavasan nampaknya semakin tertekan apabila rayuannya kepada kerajaan Australia untuk masuk campur dalam proses pilihan raya negara ini ditolak mentah-mentah.

Anwar kemudian terpaksa menggunakan pengaruhnya susulan kegagalan Ambiga yang sebelum itu berkempen di negara itu untuk tujuan yang sama tetapi menerima jawapan negatif dari Kementerian Luar Australia.

Malu Anwar bukan kepalang apabila menerima respons yang negatif dari Menteri Luar Bob Carr.

Kata Carr kerajaan Australia bukan berfungsi sebagai badan pemantau Suruhan Jaya Pilihan Raya dan sudah tentunya bukan tugasnya untuk mencampuri urusan dalaman Malaysia.

Apabila pihak asing tidak lagi berminat untuk mendokong agenda peribadi Anwar menerusi Bersih, kini Ambiga beriya-iya pula mahu melancarkan program 'Jom Pantau' baru-baru ini.

Program iti kononnya akan menggerakkan rakyat bagi memantau proses pilihan raya pada PRU13 nanti untuk memastikan ia berjalan tanpa sebarang unsur penyelewengan dan penipuan.

Pembangkang amat senang mencari kesalahan dan keburukan orang lain tapi apabila terkena batang hidung terus membisu dan buat pekak telinga.

Contohnya pemilihan PKR dua tahun lalu penuh dengan gejala rasuah, nepotisme dan kronisme namun semua aduan dan bantahan disenyapkan oleh Anwar kerana mahu memenangkan kumpulan yang menyokong Azmin Ali.

Semua calon yang tidak sebulu dengan Azmin ang bertanding jawatan Timbalan Presiden dicantas dan dipastikan tidak mendapat undi atau digugurkan nama mereka pada saat akhir.

Calon-calon anti-Azmin menghadapi laluan amat sukar kerana kawalan ketat kroni rapat Anwar itu akan memastikan Jawatankuasa Pemantau Pemilihan akan mencari setiap kesalahan bagi menafikan mereka daripada bertanding.

Akhirnya apabila keputusan diumumkan, lebih 90 peratus barisan pemimpin Majlis Pimpinan Pusat adalah kroni-kroni Azmin termasuk juga majoriti ketua-ketua cabang PKR diseluruh negara.

Jika Anwar ingin bersihkan proses pilihan raya negara ini telus dan adil, pastikan beliau cuci dahulu semua kekotoran yang menyelaputi proses pemilihan partinya terlebih dahulu.

Namun pilihan raya yang bersih, adil dan telus bukannya objektif sebenar Anwar atau Ambiga.

Jika diperhatikan perjalanan tiga perhimpunan Bersih yang telah diadakan sejak tahun 2007, trendnya bukan untuk menuntut pelaksanaan lapan tuntutan yang dikemukakan kepada SPR tetapi sebagai satu cara mencetuskan huru-hara, ketidakstabilan dan rusuhan jalanan.

Lebih-lebih seruan Ambiga sebagai Pengerusi Gabungan Pilihan Raya Bersih dan Adil (Bersih 2.0) mengajak rakyat berpartisipasi dalam program 'Jom Pantau' kononnya sebagai pemerhati dalam PRU13 adalah taktik untuk memecahbelahkan lagi perpaduan orang Melayu.

Ini kerana perhimpunan Bersih 1.0, 2.0 dan 3.0 menyaksikan majoriti peserta yang mengambil bahagian adalah terdiri daripada orang Melayu terutamanya golongan muda dan belia.

Amat sedikit sekali peserta ketiga-tiga demonstrasi anjuranBersih disertai oleh kaum Cina apatah lagi kaum India, lantas menimbulkan syak wasangka apakah sebenarnya tujuan bersih.

Politik Melayu telah berpecah tiga kepada UMNO, Pas dan PKR dan usaha yang dilakukan oleh Ambiga adalah untuk memburukkan lagi retak pada perpaduan Melayu.

Jika ramai belia, remaja dan muda-mudi Melayu dapat dipengaruhi menyertai program-program Bersih maka ini akan melemahkan sokongan kepada UMNO dan apabila parti tulang belakang Barisan Nasional itu hilang kekuatan, senanglah pembangkang menyerang kerajaan bertubi-tubi.

Inilah hasil daripada agenda dana asing diakui diterima oleh Ambiga sendiri.

Maka Bersih bukanlah usaha murni kononnya untuk menegakkan keadilan dan ketelusan dalam proses pilihan raya tetapi merupakan landasan untuk menjatuhkan kerajaan melalui kekecohan yang timbul daripada perhimpunan yang diadakan.

Bersih berselindung di sebalik gerakan massa untuk melemahkan bangsa Melayu dengan melaga-lagakan mereka.

Apa yang Ambiga mahu lihat daripada perhimpunan Bersih ialah orang Melayu berkelahi sesama sendiri dan kuasa politik mereka diperkotak-katikkan.

Dengan itu senanglah pihak asing yang selama ini membiayai Anwar serta PKR dan gerakan berlandaskan pengaruh rakyat seperti Bersih, Suaram, anti-Lynas dan sebagainya, melaksanakan program kawalan asing ke atas negara ini.

Janganlah terlalu asyik dilayan slogan-slogan yang pro-rakyat sehingga lupa maksud yang tersirat.

Hakikatnya Ambiga tidak berminat untuk melihat pilihan raya yang bersih atau adil dan orang Melayu yang menyokong Bersih hanyalah kuda tunggangan yang tidak sedar mereka sedang dieksploitasi dengan mudah.

Kenapa Amanat Hadi Awang 1981 salah (utusan)

PENDEDAHAN oleh Zainon Ismail @ Cikgu Non, atau lebih dikenali sebagai C.N Al Afghani di dalam buku terbarunya Kafirkah Aku? mencetuskan kembali isu Amanat Hadi Awang 1981.

Desakan C.N Al-Afghan supaya Datuk Seri Abdul Hadi Awang menarik balik amanat itu dan meminta maaf menarik perhatian ramai.

C.N Al-Afghani bukan calang-calang orang. Dia adalah ahli Pas seumur hidup. Dia ahli tegar Pas. Dia pernah berjuang dalam peperangan Afghanistan menentang Rusia, dan dalam konflik Kashmir. Dia seorang mujahidin. Dia pernah ditahan di bawah ISA.

Sekembali daripada jihad Afghanistan dan Kashmir, Cikgu Non mengambil tanggungjawab membela dan menjaga kebajikan balu dan keluarga para syuhada Memali, malah beliau mengahwini salah seorang balu tersebut.

C.N Al Afghan dikenali sebagai seorang yang sangat tegas, istiqamah dan ikhlas!

Beliau mendesak Abdul Hadi menarik balik Amanat Haji Hadi 1981!

?Saudara-saudara sekalian percayalah, kita menentang UMNO, bukan kerana nama dia UMNO. Kita menentang Barisan Nasional bukan kerana dia lama memerintah kerajaan. Kita menentang dia ialah kerana dia mengekalkan perlembagaan penjajah, mengekalkan undang-undang kafir, mengekalkan peraturan jahiliyah. Oleh kerana itulah kita menentang mereka. Oleh kerana itulah kita menghadapi mereka. Oleh itulah kita cuba berlawan dengan mereka.

?Percayalah saudara-saudara sekalian.

?Perjuangan kita adalah jihad, ucapan kita adalah jihad, derma kita adalah jihad. Bergantunglah kita kepada Allah dengan (menghadapi) puak-puak ini kerana kalau kita mati melawan puak-puak ini, mati kita adalah syahid. Mati kita adalah Islam. Kita tidak perlu masuk Buddha, kita tidak perlu masuk Hindu, kita tidak perlu masuk Kristian, tapi kita menjadi kafir dengan mengamalkan ?politik suku, agama suku?.

Inilah teks apa yang dikenali sebagai ?Amanat Hadi Awang 1981". Ia sebenarnya adalah sedutan daripada ucapan Presiden Pas itu di Kampung Banggol Peradong, Kuala Terengganu pada 7 April 1981.

Abdul Hadi, lahir pada 20 Oktober 1947 pada waktu itu baru berusia 34 tahun, selepas kembali daripada Universiti Al Azhar, Mesir (sebelum itu menuntut di Universiti Madinah).

?Amanat Hadi Awang 1981" ini telah dicetak dan disebarkan ke merata pelosok negara oleh Pas. Ia memberi kesan kepada para pengikut yang taksub. Sejak daripada itu, bermulalah episod UMNO dikafirkan! Ahli UMNO dikafirkan! Indoktrinasi yang menghalalkan penentangan terhadap UMNO sebagai jihad, dan mati menentang UMNO adalah syahid per se!

Sembahyang bermakmum dengan imam UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah solat dua imam! Nikah oleh kadi UMNO tidak sah, sehingga timbul masalah perlunya bernikah semula! Sembelihan orang UMNO haram dimakan, hingga timbul masalah tidak mahu makan masakan orang UMNO! Kenduri orang UMNO haram dihadiri, sehingga berlaku peristiwa pulau-memulau! Jenazah orang UMNO haram disolatkan, sehingga ada imam Pas tidak mahu menyembahyangkan jenazah ahli UMNO! Bercerai suami isteri! Berpecah kaum keluarga! Berpisah anak beranak! Hancur rosak perpaduan kampung dan negara!

Kemuncak kepada kafir-mengkafir ini ialah peristiwa Memali di Baling Kedah pada 19 November 1985. Empat tahun setelah Amanat Hadi Awang 1981 bertebaran dan bersemadi di lubuk pemikiran ahli Pas, Kampung Memali digemparkan dengan peristiwa berdarah pada pagi yang hitam itu.

Allahyarham Ustaz Ibrahim Mahmud @ Ustaz Ibrahim Libya, bekas pegawai dakwah Pusat Islam sanggup meninggalkan kerjanya; gaji ribuan dibuang; bilik kerja air-cond ditinggalkan! Ustaz Ibrahim Libya pulang ke kampungnya di Memali dengan harapan dan perjuangan untuk menegakkan sebuah negara Islam yang melaksanakan undang-undang Islam, Amanat Hadi Awang jelas terpampang di dinding pusat kegiatan Kampung Memali.

Dalam peristiwa berdarah 18 November 1985, empat anggota polis Melayu-Islam dibunuh. Pasukan keselamatan mengambil tindak-balas yang berakhir dengan Ustaz Ibrahim Libya terkorban bersama 13 lagi pengikutnya.

Sepantas kilat Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban diisytiharkan mati syahid oleh Pas. Jenazah mereka tidak dimandikan, tidak dikafankan. Sebaliknya jenazah mereka terus disemadikan di Tanah Perkuburan Islam Parit Panjang dalam keadaan berlumuran darah!

Apakah yang mendorong Ibrahim Libya mengambil tindakan nekad bertempur dengan pihak polis! dan membunuh empat anggota polis. Anggota polis yang Satu Tuhan, Satu Nabi, Satu Kitab, Satu Qiblat dan Satu Akidah dengan mereka!

Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya terpengaruh dengan Amanat Hadi Awang 1981, yang menghalalkan jihad terhadap UMNO? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya beranggapan polis yang dibunuh adalah polis UMNO maka halal dibunuh? Adakah Ibrahim Libya dan pengikutnya merasakan bahawa kematian akibat bertempur dengan polis itu adalah mati syahid? Ini semua adalah persoalan yang hanya Allahyarham Ustaz Ibrahim Libya dan pengikutnya yang terkorban sahaja boleh menjawab.

Tetapi yang pastinya, dalam bumi Malaysia negara umat Melayu-Islam ini, ada 14 jenazah umat Melayu-Islam yang tidak dimandikan, tidak dikafankan kerana dikatakan syahid! Adakah umat Melayu-Islam gagal melaksanakan fardhu kifayah? Siapa yang wajar menanggung semua ini di hadapan Allah nanti?

Persoalannya, apakah yang mendorong Abdul Hadi membuat Amanat 1981 tersebut?

Saya yakin Abdul Hadi berpaksikan kenyataan itu kepada kepercayaan kononnya Perlembagaan Malaysia, undang-undang dan peraturan yang diamalkan di negara ini adalah Perlembagaan, undang-undang dan peraturan jahiliah, penjajah dan kafir!

Kerana apa? Kerana kononnya tidak meletakkan al-Quran dan sunah sebagai sumber utama undang-undang. Kerana kononnya ia Perlembagaan, undang-undang dan peraturan yang menolak al-Quran dan hadis! Dan yang paling utama, kerana perundangan jinayat hudud, qisas dan takzir tidak dilaksanakan!

Maka timbullah dakyah dan tohmah konon Malaysia bukan Negara Islam! Malah ditakfirkan Malaysia dan Kerajaan BN pimpinan UMNO. Inilah yang sering dijaja oleh para penceramah, ustaz-ustaz, dan ahli-ahli tegar Pas!

Persoalannya, betulkah dakwaan itu? Betulkah Perlembagaan Malaysia Perlembagaan kafir? Benarkah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekafiran? Adakah benar Perlembagaan Persekutuan tidak menjadikan Malaysia sebagai sebuah negara Islam?

Kita tidak perlu pergi jauh. Kita tengok kembali ucapan Abdul Hadi sendiri pada 18 Januari 2003 dalam satu ucapan yang dipanggil Amanat Perdana Pemangku Presiden bertajuk ?Pilihan Raya ke-11: Formula Kemenangan.?

Ucapan sepanjang 13 muka surat itu dibuat sewaktu beliau memangku jawatan Presiden Pas selepas kematian Allahyarham Datuk Fadhil Noor pada 23 Jun 2002 akibat sakit jantung.

Pada waktu itu, Abdul Hadi juga adalah Menteri Besar Terengganu selepas Pas memenangi Pilihan Raya Umum Ke-10. Pas memenangi DUN Terengganu dalam pilihan raya itu selepas persekongkolan dengan DAP dan Anwar Ibrahim yang baru dipecat daripada UMNO. Tetapi persekongkolan itu menghadapi masalah besar terutama dengan DAP.

Dalam menuju PRU-11 (2004 apabila Kerajaan Pas Terengganu tumbang), Pas mencari formula untuk mengekalkan kemenangan dan meluaskan kejayaan pilihan raya.

Maka Pas membuat perkiraan politik bahawa kerjasama dengan DAP adalah wajib; persekongkolan dengan Anwar adalah perlu. Maka demi mencapai formula kemenangan itu, Abdul Hadi berkata di muka surat 10; ?Justeru kerana isu Negara Islam dan perlaksanaan Hudud dan syariat menjadi punca perpecahan Barisan Alternatif (DAP-PKR-Pas) dahulu, maka Pas perlu membuat satu pengorbanan dan (ijtihad besar) untuk tidak memasukkan persoalan Negara Islam dan pelaksanaan hudud di peringkat persekutuan. Peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan kini. Seandai menang dalam pilihan raya akan datang, pembangkang akan menubuhkan sebuah kerajaan demokratik dan adil di peringkat Pusat, yang akan mendokongi Perlembagaan Persekutuan sedia ada!"

Cuba teliti betul-betul petikan ucapan Amanat Hadi Awang 2003 ini dengan Amanat Hadi Awang 1981. Nampak perbezaan fundamentalnya?

Kedua-duanya menyentuh tentang satu perkara: status Perlembagaan Persekutuan.

Dalam Amanat Hadi Awang 1981, Perlembagaan Persekutuan (berserta undang-undangnya) dilabel sebagai ?kafir, jahiliyah, berbaur penjajah", yang oleh kerana label itu UMNO dikafirkan!

Dalam Amanat Hadi Awang 2003, disebut jelas ?peruntukan mengenai Islam adalah mencukupi sekadar apa yang telah termaktub di dalam Perlembagaan Persekutuan dan seperti yang diamalkan di peringkat Persekutuan"!

Kedua-duanya mengupas perkara yang sama tetapi bercanggah satu sama lain! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Atas alasan ini sahaja pun sudah cukup untuk Abdul Hadi wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981, kerana ternyata beliau sendiri sekarang menyanggah dan membatalkan Amanat Hadi Awang 1981 itu melalui Amanat Hadi Awang 2003!

Kedua, adakah tidak melaksanakan hudud, qisas dan takzir itu membawa kepada kekufuran? Adakah tidak mendirikan Negara Islam itu membawa kepada kekafiran?

Kita tidak perlu pergi jauh. Abdul Hadi sendiri pada 20 Disember 2009 menandatangani Memorandum Persefahaman Pakatan Pembangkang di Shah Alam Convention Center. Bersama dengan Anwar Ibrahim dan Lim Guan Eng, Memorandum Persefahaman itu langsung tidak menyentuh tentang perlaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam.

Ini kemudiannya diikuti dengan penerbitan Buku Jingga, dan diperkuatkan dengan pelancaran manifesto Pakatan Pembangkang pada 08.09.2011 yang jelas tidak memasukkan pelaksanaan hudud dan penubuhan Negara Islam sebagai agenda.

Malah Anwar Ibrahim, Lim Kit Siang, Lim Guan Eng dan Karpal Singh tetap konsisten dengan kenyataan bahawa pelaksanaan hudud dan penubuhan sebuah Negara Islam langsung tidak termasuk dalam persefahaman pakatan pembangkang, dan tidak menjadi agenda mereka jika ditakdirkan (na?uzubillah) memenangi PRU-13 dan memerintah Malaysia (na?uzubillah minzalik).

Malah yang lebih jelas ialah kenyataan Abdul Hadi sendiri semasa Muktamar Tahunan Pas 2011 yang jelas menyatakan bahawa ?Pas mengubah dasar kepada negara kebajikan, itu ada dalam Quran. Negara Islam dia (al-Quran) tidak sebut"! Maknanya Negara Islam tidak ada dalam al-Quran. Negara Islam bukan lagi perjuangan Pas. Melaksanakan hudud tidak lagi menjadi agenda Pas bersama rakan sekongkolannya DAP-PKR! Perjuangan menubuhkan Negara Islam dilongkangkan!

Nah, tidakkah itu bercanggah sama sekali dengan Amanat Hadi Awang 1981! Adakah kekafiran itu sudah boomerang?

Yang jelasnya, dengan pendirian yang kini bercanggah dengan amanatnya sendiri, Hadi Awang wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981 itu!

Apa yang jelas, Amanat Hadi Awang 1981 adalah satu kesilapan besar! Kesilapan yang mencetuskan krisis akidah yang serius kepada umat Melayu-Islam, kesilapan yang menimbulkan perpecahan kepada perpaduan dan ukhuwah umat Melayu-Islam! Kesilapan yang menyebabkan ramai yang merana, sengsara dan menghadapi penderitaan. Kesilapan yang menyebabkan 14 jenazah tidak dimandikan dan dikafankan!

Sebelum meninggalkan kupasan persoalan ini, elok juga kalau ditanya soalan kepada Abdul Hadi:

1. Adakah kafir kerajaan Mesir (negara di mana Abdul Hadi mendapat pendidikan Islamnya) yang kini diperintah oleh Ikhwanul Muslimin dengan Presiden Mursi kerana masih mengekalkan undang-undang penjajah, dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

2. Adakah kafir kerajaan Indonesia, negara umat Islam terbesar di dunia, kerana masih mengekalkan undang-undang Belanda dan tidak menubuhkan sebuah negara Islam dan melaksanakan hudud?

3. Adakah kafir Turki, negara umat Islam terbesar dalam Pakatan NATO yang kini diperintah oleh Parti AKP di bawah pimpinan Reccep Tayyib Erdogan yang masih mengekalkan status sekularnya dan tidak menubuhkan negara Islam dan melaksanakan hudud?

Adakah wajib memerangi orang Mesir, Turki dan Indonesia? Adakah jihad menentang mereka? Adakah syahid jika mati bertempur dengan mereka? Adakah mereka musuh Islam yang wajib ditentang?

Jawapannya kita semua tahu, TIDAK! Mesir negara Islam! Indonesia negara Islam! Turki negara Islam!

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan negara seumpamanya Islam; mengapa Malaysia ditohmah tidak Islam, malah dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesia, Turki dan kerajaan seumpamanya tidak kafir, mengapa Kerajaan Malaysia dikafirkan?

Kalau Mesir, Indonesi, Turki dan wilayah seumpamanya tidak wajib diperangi dan ditentang, mengapa harus pula menentang, malah berjihad terhadap Kerajaan Malaysia?

Tepok dada tanyalah iman masing-masing!

Sebab itu saya menegaskan bahawa Abdul Hadi Awang wajib melakukan 4 perkara berikut:

1. Wajib menarik balik Amanat Hadi Awang 1981! Beliau wajib membuat pengumuman itu bukan sahaja secara terbuka kepada semua ahli dan penyokong Pas, malah beliau wajib membuat pengumuman itu kepada seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia!

2. Abdul Hadi wajib bertaubat; kerana Amanat Hadi Awang 1981 telah menyebabkan krisis akidah dan perpecahan umat Melayu-Islam yang serius! Ramai yang telah terpesong akibatnya. Abdul Hadi wajib menyesali, memohon keampunan dan berjanji tidak akan mengulangi kesilapan itu!

3. Abdul Hadi wajib meminta maaf kepada seluruh ahli dan penyokong taksub Pas, seluruh umat Melayu-Islam dan rakyat Malaysia. Khususnya beliau wajib meminta maaf kepada keluarga dan waris yang telah terkorban, suami isteri yang telah bercerai-berai, anak yang berpisah daripada keluarga, adik beradik yang bermusuhan, penduduk kampung yang berpecah, para imam yang diaibkan dan dimalukan; pendek kata sesiapa juga yang pernah menjadi korban dan mangsa akibat Amanat Hadi Awang 1981!

4. Setelah itu, Abdul Hadi wajib mengadakan roadshow dan ceramah besar-besaran untuk memperbetulkan semula kesan negatif yang telah berlaku akibat Amanat Hadi Awang 1981. Beliau wajib memperbetulkan semula mentaliti ahli dan penyokong tegar Pas yang rosak akibat amanat itu

Ganesan Sudah Repot Polis, Anwar dan Azmin Bila Lagi?

Skandal dan ahli politik bagaikan aur dengan tebing, iaitu tidak boleh dipisahkan.  Sama ada skandal tersebut benar atau tidak, itu adalah cerita lain sama sekali.  Sekiranya skandal tersebut tidak benar, maka ia akan hilang sendiri.  Tetapi sekiranya benar, maka ia mungkin bermakna berakhirnya nyawa politik mereka. 

Namun, di dalam politik, semuanya mungkin sehinggakan seorang yang telah terbukti meliwat dan video seksnya tersebar juga mampu bertahan, asalkan tahu caranya.  Antara ahli politik yang berkenaan tidak lain dan tidak bukan ialah Anwar Ibrahim dan juga Azmin Ali. 

Dan kita juga telah pun melihat bagaimana ada pemimpin politik yang terus ‘bernyawa’ walaupun memilih untuk mengaku salah.   Keikhlasan beliau memohon maaf serta menelan malu akibat skandal tersebut adalah sesuatu yang luar biasa, sehinggakan akhirnya dipuji sebagai tindakan berani, jujur dan ikhlas.   Beliau kini dimaafkan dan diterima baik oleh keluarga dan juga orang ramai. 

Lalu, skandal tersebut pun habis setakat itu sahaja dan hari ini, skandal mengenai ahli politik lain pula mendapat tempat di media. 

Skandal terbaru ialah mengenai video seks yang melibatkan ahli politik ialah kes Speaker Dewan Undangan Negeri, Datuk R Ganesan.   Terdahulu, Adun Tronoh, V Sivakumar pada sidang media mendakwa pihaknya menerima sampul surat yang mengandungi video cakera padat (VCD) salah laku dengan tertera gambar Ganesan dengan seorang wanita dalam keadaan mengaibkan selain satu salinan artikel online yang telah dicetak.

Datuk R.Ganesan pantas menafikan sekeras-kerasnya yang beliau terlibat dalam skandal seperti itu dan mendakwa pembangkang sebagai tidak bertanggungjawab kerana menyebarkan berita palsu.   Beliau kemudiannya membuat laporan polis bagi menyangkal fitnah terbabit untuk membersihkan namanya. 

Tindakan pantas beliau wajar diambilkira bagi menggambarkan kesungguhan beliau.  Ini kerana dalam kebanyakan kes yang melibatkan video seks, jarang sekali mereka yang dituduh membuat laporan polis dengan pantas tanpa terlebih dahulu berdolak dalih di akhbar. 

Dalam kes Anwar, misalnya, beliau memilih untuk terus mempolitikkan video seksnya dengan china-doll dengan cara menafi dan menuding jari ke serata arah mendakwa difitnah.  Kenyataan demi kenyataan akhbar dibuat dengan penuh aksi termasuk drama air mata Wan Azizah.  Akhirnya, setelah puas orang menontonnya, setelah muak kita melihat Wan Azizah menangis, dan setelah kantoi dengan jam omega, barulah Anwar membuat laporan polis. 

Namun, laporannya juga menimbulkan kemusykilan kerana ia bukan bertujuan untuk menyangkal bahawa orang yang di dalam video tersebut adalah dirinya tetapi bertujuan supaya polis menyiasat tindakan menyebarkan video tersebut kepada orang ramai.   Ertinya, beliau tidak menafikan secara undang-undang bahawa beliau terlibat dalam video tersebut tetapi hanya mempersoalkan perlakuan jenayah pihak yang menyebarkan video lucah yang ‘mungkin menampilkan dirinya’ itu, kepada orang ramai. 

Begitu juga apabila video Azmin beraksi di dalam bilik air bersama seorang wanita terdedah luas.  Azmin tidak meminta siasatan dijalankan untuk mengesahkan siapakah lelaki di dalam video tersebut bagi membersihkan namanya tetapi hanya membuat penafian demi penafian di media sambil menuding jari ke sana sini. 

Melihat dari kedua-dua situasi yang hampir sama di pihak pemimpin pembangkang ini dan MIC ini, maka  tindakan Datuk Ganesan membuat laporan harus dilihat sebagai satu cabaran oleh Anwar dan juga Azmin.   Sedarkah mereka bahawa berbeza dengan Datuk Ganesan, cara mereka berdua menangani isu ini amatlah meragukan bagi seorang yang mengaku tidak bersalah.  

Kita dapat melihat kesungguhan Datuk Ganesan untuk membela diri dan menebus malu keluarganya dengan pantas membuat laporan polis, tetapi sebaliknya kita dapat melihat betapa Anwar dan Azmin tegar mengheret anak isteri ke dalam skandal seks mereka tanpa bersungguh-sungguh membersihkan nama mereka.  Malah, Azmin lebih teruk lagi di mana selain dari video seksnya sendiri, beliau sehingga kini juga langsung tidak mengambil tindakan apa-apa untuk menebus nama baik dan maruah isterinya yang turut dikaitkan dengan skandal seks Anwar. 

Tidak ada sebab bagi seseorang yang benar-benar tidak bersalah untuk tidak membuat laporan polis bagi menafikan penglibatan mereka, melainkan mereka sememangnya bersalah. 

Begitu juga tidak ada sebab bagi seorang suami untuk membiarkan maruah isterinya dipijak-pijak dan dihina melainkan beliau seorang dayus tulen atau isterinya sememangnya layak diperlakukan sedemikian. 

Oleh itu, salahkan kita jika mempunyai persepsi bahawa mereka ini bersalah walaupun belum terbukti bersalah di mahkamah?  Sedangkan, menunggu ia dibuktikan di mahkamah adalah sesuatu yang mustahil jika laporan polis tidak dibuat oleh mereka berdasarkan tuduhan sebenarnya. 

Arah Pulang Gelaran Datuk Bukti DAP Perlekeh Raja Melayu

Pengerusi DAP, Karpal Singh tanpa berselindung dan dolak dalik telah mempertikaikan tindakan dua orang pemimpin kanan DAP menerima darjah kebesaran yang dianugerahkan oleh Sultan DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak.

Berikutan itu kedua-dua pemimpin DAP yang dimaksudkan itu ialah Speaker DUN Selangor, Datuk Teng Chang Khim dan pemimpin DAP Perak, Datuk Ngeh Koo Ham dikatakan telah diarah untuk memulangkan kembali gelaran kebesaran yang diterima itu.

Penganugerahan gelaran Datuk kepada Speaker DUN Selangor itu adalah hasil cadangan Menteri Besar, Khalid Ibrahim manakala Ngeh Koo Ham pula menerima anugerah tersebut pada 2008 selepas diajukan saranan oleh Menteri Besar Perak ketika itu, Datuk Seri Nizar Jamaluddin.

Jelas sekali DYMM Sultan Selangor dan DYMM Sultan Perak sentiasa ikhlas dan tidak memilih bulu dalam memperkenankan penganugerahan gelaran darjah kebesaran kepada sesiapa sahaja yang difikirkan layak sebagai tanda penghargaan.

Pun begitu, sekiranya seseorang individu atas kapasiti peribadinya sendiri menolak penganugerahan darjah kebesaran itu atas sebab-sebab tertentu, ianya tidakpun menjadi isu pun jika itu kehendaknya.

Bagaimanapun dalam banyak-banyak parti politik di negara ini, hanya DAP sahaja yang satu-satunya menetapkan dasar larangan kepada anggota partinya daripada menerima sebarang anugerah kebesaran dari Raja-Raja Melayu.

Sedangkan lain-lain pemimpin parti politik agak berbesar hati dan berasa bangga apabila menerima pengiktirafan dan penghargaan sedemikian.

DAP seperti sengaja mahu menonjolkan keangkuhan dan kebiadapan mereka. Dari situ pun sudah nampak belang-belang rasis DAP.

Ia juga sebenarnya satu perbuatan yang sengaja menghina dan memperlekehkan kedudukan Raja-Raja Melayu sebagai ketua pemerintah di negeri-negeri Melayu.

Kononnya dasar larangan tersebut bertujuan untuk menjamin ketelusan sebenarnya hanyalah retorik kosong untuk menyembunyikan sikap rasis yang telah lama menjadi budaya DAP.

8 Perkara Dalam Amanat Hadi

Seorang Ulama seharusnya bersikap tawaduk dan rendah diri tetapi berani mempertahankan perkara yang benar dan hak.   Apabila dikritik atau dipersoal tindakannya, seorang Ulama tidak akan melatah atau marah, sebaliknya akan memperjelaskan keadaan sebenar dengan tenang dan yakin atas kebenaran yang diperkatakannya. 

Namun, sifat-sifat wajib seorang Ulama ini tidak terdapat dalam diri ulama-ulama PAS.   Mursyidul Am PAS sendiri, iaitu yang dianggap penyokongnya sebagai ulama tahap tertinggi di dalam parti itu, dan di dalam negara atau mungkin juga dunia, cukup terkenal dengan sifat yang bertentangan dari sifat-sifat  di atas.  Nik Aziz amat terkenal dengan takbur, riak dan sering marah siap dengan memaki hamun dan mencerca sesiapa yang mengkritik atau mempersoalkan tindakannya. 

Begitu juga dengan Presiden PAS, iaitu Dato’ Seri Hadi Awang yang juga berkongsi sifat yang sama.   Lebih buruk lagi, Hadi Awang juga nampaknya seorang yang pengecut apabila tidak berani tampil memberi respon terhadap isu Amanat Kafir yang difatwakannya sendiri hampir 3 dekad lalu.  Walaupun sudah berhari-hari isu ini ‘dipanaskan’ semula oleh media-media perdana, tetapi Hadi Awang masih membisu hatta langsung hilang dari ‘radar’. 

Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Kelantan (MAIK) telah pun membuat teguran rasmi melalui surat terhadap Hadi Awang.   Surat tersebut dikeluarkan setelah bermesyuarat bersama beberapa tok guru pondok serta Mufti dan Timbalan Mufti Kelantan.  Mesyuarat tersebut menggariskan 8 perkara yang membuktikan bahawa fatwa Hadi Awang itu telah membawa kepada kepercayaan sesat di kalangan masyarakat, antaranya: 

1.      percaya bahawa tidak sah solat yang diimamkan orang UMNO,

2.      percaya bahawa haram makan sembelihan orang UMNO,

3.      percaya bahawa tidak sah pernikahan yang dijalankan oleh kadhi atau imam yang dilantik UMNO dan pasangan yang terlibat perlu dinikahkan kembali dengan segera

4.      percaya bahawa terfasakh pernikahan dengan pasangan yang menyokong UMNO

5.      percaya bahawa jenazah orang UMNO tidak perlu disembahyangkan sepertimana orang kafir atau murtad

6.      percaya bahawa tidak boleh membenarkan orang UMNO melakukan sembahyang jenazah ke atas orang PAS/Islam.

7.      percaya bahawa tidak boleh mengebumikan orang UMNO di tanah perkuburan Islam

8.      percaya bahawa ibadah orang UMNO tidak diterima Allah SWT.

Pihak PAS berusaha menolak dan menutup isu ini dengan alasan ia telah basi, namun soal syahadah dan akidah, soal hubungan suci suami isteri, hubungan darah daging, soal kesinambungan hidup serta kehilangan nyawa, serta soal murni perpaduan ummah dan masyarakat setempat, tidak mungkin basi kerana ia bukan sahaja membabitkan dunia, tetapi merupakan soal rohaniah yang bakal dibangkitkan di akhirat kelak. 

Jika Hadi Awang ingin terus berdegil menafikan yang Amanat beliaulah yang menjadi punca segala kesesatan tersebut, maka beliau wajar tampil menjelaskan siapakah yang sebenarnya yang perlu dipersalahkan dalam perpisahan pasangan suami isteri akibat percaya yang pasangannya kafir?  Siapa yang perlu dipersalahkan apabila hati ibu atau bapa hancur, dan akhirnya meninggal dunia dalam keadaan anak-anak sendiri menuduh mereka kafir?

Dan siapa yang perlu dipersalahkan apabila anak-anak yatim Memali kehilangan bapa kerana bapa mereka percaya yang mereka berjihad menentang orang-orang kafir?! 

Apakah Hadi Awang ingin berkata bahawa penyokong-penyokong PAS sendiri yang bersalah kerana terlalu bodoh sehingga ‘tersalah tafsir’ amanatnya?   Jika ya, beliau tetap bertanggungjawab untuk tampil menjelaskan apakah tafsiran yang sebenarnya. 

Justeru, penyokong-penyokong PAS wajib menyeru Hadi Awang agar keluar dari persembunyian dan berhadapan dengan amanatnya sendiri sebagai anak jantan kalaupun tidak sebagai seorang ulama. 

Penyokong-penyokong PAS perlukan satu kepastian sama ada untuk terus berpegang kepada amanat tersebut dan bahawa 8 perkara di atas adalah wajar, tepat dan benar - ataupun tidak. 

Adalah tidak wajar bagi Hadi Awang untuk terus membisu membiarkan penyokong-penyokong tegarnya yang terlibat, termangu-mangu bertanya kafir atau tidaknya ibu mereka yang telah meninggal dunia atau isteri mereka yang telah diceraikan sebegitu lama? 

Atau apakah tuduhan kafir itu telah berbalik kepada diri mereka sendiri, sepertimana pesan Rasulullah SAW:   “Barang siapa berkata kepada saudaranya, Hai kafir! maka kalimat itu pulang kepada salah seorang dari keduanya,jika kekafiran itu benar ada,jika tidak,maka kekafiran itu berbalik kepada diri yg mengucapkannya.”




Thursday 20 December 2012

Zairil Khir Johari Simbol Kebodohan DAP


Rakyat Malaysia yang berpengalaman dan cukup matang dalam selok belok politik negara, cukup kenal siapa DAP iaitu sebuah parti yang lahir, hidup dan bernafas atas semangat bencikan Melayu, bencikan Raja-raja Melayu, memusuhi Islam, rasis, chauvinis, kiasu serta cenderung menindas kaum lain dengan memonopoli ekonomi dan bercita-cita menguasai politik secara mutlak, tidak tahu erti ikhlas dalam bekerjasama atau bertolak ansur, enggan menghormati mahupun mengasihani sesiapa sahaja dari kaum lain.  

Pastinya, DAP menafikan bahawa mereka adalah sepertimana yang digambarkan di atas.  Namun, penafian mereka samalah seperti seorang yang ditangkap ketika sedang mencuri tetapi masih enggan  mengaku bersalah.   Sukar bagi DAP untuk membuktikan bahawa mereka bukanlah seburuk sepertimana yang digambarkan kerana mereka terlalu bongkak untuk menyembunyikan keangkuhan dan kebencian mereka.

Hari ini, selepas berakhirnya Konvensyen Kebangsaan DAP dan setelah ditempelak kerana menidakkan jasa serta menolak kaum Melayu dari memegang jawatan dalam parti itu, DAP sekali lagi terhegeh-hegeh menafikan yang mereka bukan anti-Melayu.

Maka, Zairil Khir Johari bin Abdullah pun disuakan kepada media untuk meyakinkan rakyat bahawa DAP bukan anti Melayu serta merupakan parti yang adil, bersih dan saksama.  Nampaknya, hanya kerana mempunyai beberapa ekor Melayu bangsat yang sanggup menjadi anjing kurap di dalam parti itu dan sekumpulan Melayu bengap di dalam PAS yang sanggup menjadi anjing suruhan, maka DAP menyangka bahawa semua Melayu adalah sama bodoh dengan mereka juga.

Zairil pun menyalaklah di dalam Sinar Harian hari ini mengenai ketelusan, kebijaksanaan, kecekapan dan keadilan DAP berbanding BN dalam soal ekonomi Melayu di Pulau Pinang.

Entah ketelusan apa yang Zairil lalutkan jika Ketua Menteri, Lim Guan Eng begitu ‘selesa’ masuk campur dalam urusan MPPP?  Bukankah ketidaktelusan Guan Eng yang membawa kepada perletakkan jawatan Lim Boo Chang, seorang Ahli MPPP kerana tidak tahan dengan campurtangan Ketua Menteri itu dalam projek sPICE?   Malah, Boo Chang juga mendedahkan sifat Guan Eng yang suka ‘mengilas tangan’ (mengugut) dan kukubesi.  Pendedahan ini disokong pula dengan gelaran Tokong, oleh orang nombor dua dalam negeri.

Dan kecekapan apa yang Zairil bobrokkan sehinggakan Teoh Beng Hock terpaksa ‘mati’ demi menutup kes rasuah DAP di Selangor?

Serta, keadilan apa yang Zairil bohongkan jika Melayu dihalau secara sistematik dengan menaikkan harga hartanah  secara drastik, meroboh dan merampas kampung-kampung serta perniagaan Melayu dan India serta menyukarkan pengeluaran lesen perniagaan kepada kaum Melayu dan India?   Perkara yang sama juga berlaku di Selangor sehingga menyebabkan kenaikan harga hartanah menjadi tidak terkawal.

Di Selangor juga DAP memainkan peranan penting di sebalik pemerintahan PKR untuk memastikan peniaga Melayu tidak dapat ‘bangun’.   Antara yang terdedah ialah rancangan kerajaan Selangor untuk mengambil alih pasar tani dan pasar malam yang banyak membantu merancakkan ekonomi Melayu.   Begitu juga bagaimana kerajaan Selangor dengan sengaja mengenakan bayaran letak kereta di kawasan penjaja kecil Melayu yang tidak jauh dari kedai-kedai Cina di mana letak kereta adalah percuma.   Bukan rahsia bahawa kerajaan Selangor juga cuba mengambilah tanah Yayasan Basmi Kemiskinan untuk dijadikan Pusat Perkembangan Budaya Cina.

Kita juga ingin bertanya, kebijaksanaan apa yang Zairil bayangkan di dalam DAP?  Jika DAP bijak, pasti mereka tidak akan meletakkan Zairil sebagai simbol Melayu di dalam DAP kerana tindakan itu hanya mengesahkan lagi betapa rasis dan chauvinisnya parti itu.  Ini kerana Zairil bukan Melayu, tetapi Cina.  Apa ke bodohnya DAP meletakkan seorang Cina sebagai simbol Melayu untuk menunjukkan yang mereka tidak membenci Melayu?  Begitu tebal sekali nampaknya kebencian DAP terhadap Melayu sehinggakan ‘simbol Melayu’ juga DAP tidak sanggup meletakkan seorang Melayu tulen?

Maka terbuktilah bahawa DAP bukannya seburuk sepertimana kita sedia maklum tetapi sebenarnya adalah jauh lebih buruk lagi kerana mereka bukan sahaja rasis, kiasu, chauvinis, menindas dan tidak berhati-perut, tetapi mereka juga bodoh dan korup. Di masa yang sama, DAP menganggap Melayulah yang bodoh dan mengaburinya dengan menuduh UMNO pula sebagai rasis terhadap kaum Cina.

Untuk pengetahuan DAP, bukan semua Melayu bodoh.  Masalah Melayu masih di takuk lama dan tidak mampu bersaing bukan kerana mereka bodoh, tetapi kerana kaum Cina menggunakan semua kuasa ekonomi yang ada pada mereka untuk memastikan Melayu tidak ke mana.   Benar, ada segelintir Melayu yang malas dan bersifat dengki namun, bodoh tidak sekali.  

Cina bodoh pula sebenarnya ramai juga tetapi penulis harus bersifat ‘gentleman’ untuk mengakui bahawa walaupun bodoh, kebanyakan mereka begitu rajin.   Atas kesedaran itu, kaum ini sangat takut jika kaum Melayu yang bijak dan juga tidak malas, berjaya mengatasi mereka.   Buktinya boleh dilihat di dalam sektor swasta di mana sudah menjadi senario biasa di mana Cina bodoh menjadi ketua kepada Melayu yang jauh lebih bijak darinya dan seluruh pengurusan atasan yang sedia dikuasai Cina akan memastikan yang Melayu bijak yang ada, kekal berada lebih bawah dari mereka.  

Logiknya, jika Melayu tidak bijak, tidak mungkin negara ini mampu aman dan sentosa sehingga mengatasi rekod semua negara yang se-usianya. Sedangkan, negara ini diterajui Melayu, bukannya Cina.

Dan jika benar Melayu UMNO bersifat rasis seperti yang dituduh DAP, bagaimana pula kaum Cina diberi peluang untuk menguasai ekonomi negara di bawah pemerintahan BN yang diterajui Perdana Menteri dari UMNO selama ini?

Akhir sekali, apakah kita pasti yang negara ini mampu sampai ke tahap ini, dan kaum Cina mampu menjadi mewah seperti hari ini, sekiranya DAP berjaya mengambil-alih Kuala Lumpur dan pemerintahan negara pada 13 Mei 1969?  

DAP LAYAN MELAYU MACAM ANJING KURAP


Keputusan pemilihan anggota Jawatankuasa Eksekutif Pusat Dap (CEC) Sabtu lalu tidak mengukuhkan lagi hakikat bahawa parti itu adalah RASIS, CAUVINIS, ANTI-MELAYU dan ANTI-ISLAM.

Sejumlah 1,823 daripada 2,576 perwakilan yang hadir pada Kongres Nasional Dap Ke 16 di Pulau Pinang memilih 17 anggota CEC berbangsa Cina dan tiga wakil India.

Tidak seorang pun daripada lapan calon Melayu yang bertanding dipilih termasuk Setiausaha Politik Ketua Menteri, Zairil Mohd Khir.

Blogger yang menjadi pencacai dan pengampu Dap seperti Aspan Alias dan Mohd Ariff Sabri Abdul Aziz serta bekas Presiden Kesatuan Kebangsaan Wartawan Malaysia, Hata Wahari terkedu mulut dan terkunci jari jemari mereka untuk mengetuk analisa dalam blog mahupun memberi komen terhadap apa yang berlaku.

Jika mereka boleh terkejut apatah lagi bangsa Melayu yang sejak Pilihan Raya Umum 2008 telah digula-gulakan oleh Dap dengan imej kononnya ia sebuah parti berbilang kaum yang memperjuangkan hak dan kebajikan semua kaum.

Buktinya sekarang sudah jelas pada sesetengah orang Melayu yang masih buta hati dan berfikiran sempit untuk mempercayai parti perkauman Cina ini.

Mahu tidak mahu untuk menutupkan malu tembelangnya yang sudah tidak dapat ditutup lagi, terpaksalah Dap melantik dua pemimpin Melayu yang kalah dalam pemilihan tersebut - Zairil Mohd Khir, yang juga anak kepada bekas Menteri Pelajaran, Tan Sri Mohd Khir Johari serta Senator Dr Ariffin SM Omar, seorang pensyarah kanan di Universiti Pertahanan Malaysia dan bekas pemimpin Aliran.

Kekalahan mutlak calon-calon Melayu pada pemilihan CEC itu bagaimanapun tersirat rahmat disebaliknya yang boleh menyedarkan umat Melayu bangun dari mimpin mereka dan tidak termakan dengan dakyah Dap.

Slogan 'Malaysian Malaysia' yang menjadi tonggak perjuangan Dap sejak awal penubuhannya dan kemudian disusuli dengan 'Middle Malaysia' pada 2009 tidak lagi boleh dipertahankan.

Ia hanya menjadi satu laungan kosong yang penuh dengan pengkhianatan terhadap Malaysia dan orang Melayu sebagai bangsa teras di negara ini.

Jika dilihat daripada evolusi Dap, ianya diasaskan oleh pemimpin bangsa berbangsa India seperti P. Patto dan V. David telah lama kelamaan telah diambil alih oleh Lim Kit Siang secara berperingkat dan akhirmya mentransformasi kepada sebuah parti Cina yang rasis dan cauvinis.

Kini Dap bukan lagi parti pelbagai kaum tetapi organisasi ala mafia yang dikawal ketat oleh keluarga Lim dan keluarga Karpal seperti juga parti anak beranak PKR.

Dap menolak agama Islam dan sistem perundangan Islam apabila ia menentang keras cadangan 'Negara Islam' dan hukum hudud yang diperjuangkan oleh Pas.

Malah dalam isu salon gunting rambut di Kelantan, Dap menunjukkan sikap anti-Islam yang tidak boleh langsung menerima apa-apa sahaja peraturan yang berbaur Islamik.

Dap juga anti-Ketuanan Melayu dan tidak boleh menerima Melayu sebagai bangsa pribumi yang menjadi penduduk asal di negara ini.

Disebabkan ia anti-Melayu, maka Dap menentang sebarang usaha untuk memperbaiki serta meningkatkan taraf sosio-ekonomi orang Melayu melalui pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru.

Dap tidak mahu melihat orang Melayu sebagai satu bangsa yang berjaya dan megah di bumi ini dalam segala bidang.

Parti itu juga anti-bahasa Melayu dengan memberi sokongan padu kepada gerakan pendidikan Dong Zhong yang sama rasis dan perkauman seperti Dap.

Dap melalui Dong Zhong mensabotaj Bahasa Melayu yang dimaktubkan sebagai bahasa rami persekutuan dan usaha kerajaan menjadikan ia sebagai bahasa yang menyatupadukan seluruh rakyat.

Dap menentang Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025 dan mahukan bahasa Cina dijadikan bahasa rasmi kedua dan setaraf dengan bahasa Melayu.

Bayangkan betapa angkuh, sombong dan tidak sedar dirinya parti ini yang telah diberi menumpang bangsa Melayu di bumi bertuah ini!

Peminggiran pemimpin Melayu di dalam Dap seharusnya membuka mata serta minda orang Melayu seluas-luasnya supaya tidak mempercayai apa sahaja janji yang diberi menjelang PRU13.

Kit Siang dan Guan Eng boleh berjanji bulan, bintang dan cakerawala untuk mendapat undi Melayu tetapi jika Melayu tidak mendapat tempat langsung dalam parti itu, apakah ia boleh diharapkan untuk membela nasib orang Melayu?

UMNO dan Barisan Nasional sahajalah satu-satunya formula yang telah dibuktikan berjaya dan otentik dalam mengangkat martabat Melayu dan membangun negara ini.

Formula kerjasama antara kaum ini telah melalui proses serta ujian selama hampir 60 tahun dan pembangkang tidak boleh menafikannya sama sekali bahawa ia telah mampu membawa kepada kemajuan, keamanan, kestabilan serta perpaduan yang erat antara rakyat.

Dap, Pas dan PKR hanya sekarang mahu meniru model kejayaan UMNO-BN tetapi sudah tentunya formula palsu pembangkang yang lebih indah khabar daripada rupa akan menemui kegagalan dan terserlah pembohongan mereka jua.

Zairil Khir Johari Sekadar Umpan DAP Untuk Menipu Orang Melayu


Kegagalan semua 8 orang ahli DAP Melayu dalam pemilihan parti semasa Kongres Kebangsaan DAP ke-16 pada 15 Disember 2012 yang lalu lebih daripada mencukupi untuk membuktikan sememangnya parti cauvinis Cina itu agak terlalu tebal semangat perkaumannya.

Perlantikan dua orang 'pemimpin Melayu' bagi mengisi jawatan lantikan dalam Jawatankuasa Eksekutif Pusat DAP (CEC) mudah untuk difahami ramai yang tujuannya sekadar pelengkap kepada sandiwara politik sahaja untuk mengabui mata khalayak ramai.

Dr Ariffin SM Omar misalnya, walaupun pernah menjadi pensyarah di beberapa universti namun pendirian liberalnya yang condong kepada gerakan hak kebebasan ala Barat langsung tidak layak digelar sebagai pemimpin Melayu yang dekat dengan naluri orang Melayu Islam.

Orang Melayu liberal yang bebas fikirannya dan tak memperdulikan sangat soal pantang larang agama dan kepentingan bangsa sepertinya merupakan calon yang serasi dengan kehendak DAP untuk menonjolkan imej parti itu yang kononnya multiracial dan tidak rasis.

Manakala latar belakang Zairil Khir Johari yang dikatakan anak kepada bekas pemimpin UMNO, Tan Sri Mohamed Khir Johari (Pak Khir) dilihat oleh DAP sebagai satu 'kekuatan' tambahan yang diyakini mampu menarik perhatian ramai orang Melayu untuk menyokong parti itu.

Sebetulnya, kehadiran Zairil bukannya menambah kekuatan sebaliknya lebih menimbulkan prasangka ramai lebih-lebih lagi sejarah hidupnya yang kabur.

Sebagaimana kita tahu, isteri pertama Allahyarhan Pak Khir ialah Puan Sri Kalsom Abdul Rahman ataupun lebih dikenali sebagai Che Tom yang dikahwini sejak tahun 1943. Hasil perkongsian hidup mereka berdua suami isteri lahirlah 7 orang anak.

Selepas pemergian Che Tom mengadap Illahi pada September 1994, beberapa ketika kemudiannya Pak Khir mengahwini seorang wanita Cina bernama Cristine Lim Abdullah pada 1995 ataupun 1996.

Ketika Zairil dilantik sebagai Setiausaha Politik kepada Ketua Menteri Pulau Pinang, Lim Guan Eng pada Februari 2011 umurnya sudah mencecah 28 tahun. Bermakna semasa Zairil kalah di pemilihan DAP pada 15 Disember 2012 yang lepas usianya kini 29 tahun.

Congak matematik yang mudah, sepatutnya jika benar Zairil adalah anak kandung Pak Khir sepatutnya sekarang Zairil baru berusia 16 atau 17 tahun sahaja. Betul tak?

Zairil sebenarnya adalah anak kandung Christine Lim Abdullah hasil perkongsian hidup dengan seorang lelaki Cina dari Singapura. Christine dan anak-anaknya termasuk Zairil kemudiannya memeluk Islam untuk membolehkannya berkahwin dengan Pak Khir.

Justeru itu, status Zairil di sisi Pak Khir hanyalah sekadar anak tiri dan tujuannya menumpang nama bekas Setiausaha Agung UMNO itu dan dikenali sebagai 'Zairil Khir Johari' hanyalah satu bentuk propaganda sahaja.

Bak kata pepatah, sambil menyelam sambil minum air. Sambil memperalatkan nama Khir Johari untuk mencapai kepentingan diri sambil memanfaatkannya sebagai umpan dalam membantu DAP untuk menipu orang Melayu Islam.

Wednesday 19 December 2012

Sivakumar umum 30k yang hadir di Seri Iskandar...rupanye menipu lagi...










Senarai CEC DAP: Demokrasi Ala Malaysian-Malaysia

Sejarah 13 Mei menyerlahkan hati-budi sebenar DAP terhadap Melayu.  Laungan menghina dan menghalau Melayu, ingin merampas Tanah Melayu, ingin membunuh Melayu, semuanya terakam kemas dalam sejarah negara yang kini cuba sedaya upaya dipadam oleh DAP. 

Justeru, persoalan ‘DAP membenci Melayu’ bukanlah satu tuduhan yang sukar dibuktikan.  Apa yang sukar dan belum dapat dibuktikan ialah penafian mereka mengenai sebaliknya – iaitu DAP adalah parti untuk semua kaum yang benar-benar menjunjung konsep kesamarataan total serta tidak berpegang kepada sifat kiasu, chauvinis dan rasis kaum Cina. 

Penafian dan penafian semata-mata konon DAP bukan rasis tidak akan membawa makna selagi pemikiran chauvinis, kiasu dan rasis terus mengikat sebahagian besar bangsa Cina di negara ini.   Demokrasi ala Malaysian-Malaysia DAP yang dilaungkan Guan Eng juga tidak bermakna selagi parti itu sendiri dikuasai oleh anak-beranak, adik beradik dan sahabat handai bagai sebuah Dinasti dalam pemerintahan kukubesi. 

Kerana itu, bagi mana-mana Melayu untuk terus duduk melukut, menyorong-nyorong pipi dan menjilat-jilat kaki DAP walaupun DAP langsung tidak memandang mereka dengan sebelah mata, adalah satu tragedi ke atas individu itu sendiri

Ceramah PAS, PKR Dapat Sambutan di Padang Tembak, Lumut????

Tapak Ceramah
Masa ni ceramah dah mula
antara yang hadir


penceramah

Mana orang nyer??
Memang ramai...sehingga tak boleh kira...
AJK AMK Pusat Saifullah yang bakal jadi calon Parlimen Lumut

Ex Army...Kini dalam PAHLAWAN

Ex Airforce...
Ex Komando..

Ex Navy.... Laksamana (B) Imran  


Malam semalam iaitu pada 18/12/12, satu ceramah yang dianjurkan oleh PKR dan PAS Lumut dijalankan di Kampung Padang Tembak...

Malang sungguh depa nih...setiap kali ceramah, setiap kali tu la orang semakin menyampah...

Manakan tidak orang menyampah dengan depa nih..asyik mengumpat, mengata, mengeji dan kononnyas mereka lah yang terbaik dan kononnya BN dan UMNO yang paling teruk...